HS-52

2.2K 120 3
                                    

Lelaki berjaket kulit hitam itu menyandarkan belakang badannya pada kerusi beroda itu.

Wajah semua anak buahnya yang dari tadi menikus, diperhati.

"Ada perkembangan?" Terselit sedikit kedinginan di dalam suaranya. Apa boleh buat memang hobi dia menakutkan orang lain.

Seorang lelaki yang leka menghadap komputer, menggelengkan kepala. Susah nak maklumat peribadi yang lebih mendalam tentang Ariana Quin Evelyn dan Alicia Ryn Evelyn.

"Aku suruh buat kerja, korang buat kerja atau tak?" Bengang dengan response yang diberikan oleh anak buahnya, dia sudah mula mengeluarkan sisi seriusnya.

Tolonglah jangan bawa main.

"Buat.." Tergagap-gagap semua orang yang menjawab.

Jika orang kanannya ada ketika ini, hanya orang kanannya sahaja yang masih menyempat ingin membuat lawak dan tidak hirau akan serius bossnya.

Dalam hati setiap anak buah tu sangat berharap agar orang kanan boss mereka cepat masuk kerja balik.

Tidak sanggup ingin dimarahi lagi.

"Dah tu, tak ada satu pun maklu-" Tiba-tiba sahaja phone yang berada di dalam kocek seluarnya berdering. 

Memotong percakapan lelaki itu daripada terus menghamburkan kemarahannya.

"Waalaikumussalam, Tuan. Ada kes baharu ke?" Dia berubah menjadi formal apabila mendapati orang yang menelefonnya adalah Tuan Inspektor.

"Kumpulan kamu ditugaskan bersama kumpulan Dark Shadow untuk siasat kes jenayah yang berlaku di sekitar kawasan sekolah East Star High School." Terang polis yang berjawatan inspektor dihujung talian.

Lelaki itu mengangguk kepalanya, faham. Sesuatu perkara terlintas di dalam mindanya. "Siapa ketua kumpulan tu, Tuan?"

Inspektor itu diam seketika. Tak pasti sama ada patut atau tidak dia bagitahu.

"Senanglah sikit saya nak panggil ketua mereka, Tuan." Sambung lelaki itu. Dia tahu mesti Tuan Inspektor ragu-ragu ingin membuat keputusan. Rahsia identiti orang, perlulah dia jaga.

"Her nickname is Bloody Rose. Just call her with that name and she'll respond."

"Thanks for your resp-" Kata-kata lelaki itu dipintas oleh inspektor yang masih lagi tidak meletakkan telefon.

"And the other leader is Dark Orchid. She rarely involved in serious cases but she'll when she think she have to." Sambung inspektor itu.

Lelaki tersebut menganggukkan kepala. Dia faham. Tapi semestinya Tuan Inspektor tak nampak anggukkan tu.

"Thanks, again. I'm sorry for disturbing you and I'll try to solve the case as soon as possible. Terima kasih, Tuan!" Talian dimatikan setelah inspektor mengatakan sama-sama.

 Phone diletakkan ke dalam poket jaket pula. 

"We've a new case. Looks like a serious case. As usual, we're not gonna do this alone. Dark Shadow will also help us." Terangnya.

Bersinar penuh harapan mata anak buahnya. Dark Shadow. Ya, nama itu banyak kali meniti dibibir mana-mana inspektor yang kenali kumpulan itu.

Bukan seorang dua yang mengenali kumpulan itu, terlalu ramai. Dan mereka berasa kagum bila mendapati mereka akan bekerjasama dengan kumpulan itu buat kali kedua.

Kali pertama? Ketika ingin menyiasat kes pembunuhan yang terjadi di sekitar kawasan Shine Highschool.

Cara mempertahankan diri kumpulan itu sahaja mampu membuatkan mulut mereka melopong. Terlalu handal sehingga amat susah untuk dibandingkan.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now