HS-51

2.1K 118 5
                                    

Flashback,

Buku yang dipegang kemas oleh gadis itu, terjatuh apabila dirinya terlanggar seseorang.

"I'm sorry." Ucap gadis itu.

Lelaki yang dilanggarnya memberikan senyuman. "It's okay." Lalu dia membantu gadis itu untuk mengutip buku.

"So, what's your name?" Soal lelaki itu. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

Gadis tersebut memandang wajah lelaki dihadapannya. Pernah lihat tapi tak pernah tahu nama. Mungkin dia tidak berapa kisah kot tentang hidup orang lain sebelum ni.

"I'm Ryn Evelyn."

"You've a twin, right?" Ryn menganggukkan kepalanya.

"How'd you know?" Soalnya, hairan.

"I know your sister. She's in my class. By the name, my name is Izz Irshad Haziq." Ramah saja Izz memperkenalkan diri.

Ryn meng'o'kan apa yang dikatakan oleh Izz.

"Do you get along with my sister?" Ryn menyoal. Jarang Quin menceritakan tentang sahabat baiknya melainkan dengan orang yang betul-betul dia rapat.

"Yes. I do. She's sporting and hilarious. She wants me to be friends with her till we getting old."

Terangguk-angguk Ryn mendengar. Kemungkinan dia lupa, Quin Evelyn pernah menceritakan fasal sahabat baiknya Izz Irshad Haziq.

"Besides that, can we be friend?" Izz menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.

Manalah tahu boleh berkawan.

"Friends." Ryn menyambut huluran tangan Izz. Bersama senyuman.

........

Encik Izham dan Puan Daniella membawa keempat-empat anak mereka untuk keluar bersiar-siar di taman.

"Mama..." Meleret Ryn memanggil mamanya.

Puan Daniella memandang anaknya. Dia sudah tahu, jika dipanggil sedemikian, mesti ada sahaja yang mereka mahukan.

"Nak apa?"

"Nak aiskrim!" Serentak Quin dan Ryn berkata. Bersinar-sinar mata mereka. Mengharapkan ibunya belikan mereka aiskrim.

Puan Daniella tersenyum. "Okay, jom." Wanita yang berusia di dalam lingkungan 30-an ketika itu memimpin tangan kembar untuk membawa mereka ke gerai yang menjual aiskrim ditepi taman.

Julia dan Arish pula mengekori mereka dari belakang.

Antara adik-beradik tu, Julia yang paling tua. Dia berumur 15 tahun manakala kembar itu berumur 10 tahun.

Sudah semestinya dia tidak akan meminta-minta. Dia dikira sudah cukup matang.

Puan Daniella melayan permintaan kembar itu. Sekejap nak itu, sekajap nak ini.

"Lia, kamu nak apa?" Julia yang baru sahaja sampai di gerai itu, disoal oleh mamanya.

Julia tersenyum. "Lia nak aiskrim chocolate chip."

"Kamu tak nak makanan?" Julia menggelengkan kepalanya.

Puan Daniella membayar semua makanan yang dibelinya. Quin berpaling ke sebelah. Kelibat seseorang yang sangat familiar membuatkan dia tersenyum.

"Mama.. tu Izz!" Quin menarik-narik blouse labuh yang dipakai Puan Daniella.

Puan Daniella tersenyum ke arah Puan Dahlia yang ada dibawah pokok yang redang.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now