HS-68

2K 130 7
                                    

Izzara menuruni tangga rumahnya. Mencari kelibat kakak yang tak berapa dia sayang.

"Kakak! Kakak!" Laungnya. Mengharapkan kakaknya menyahut.

"Ya, nak apa kamu ni?" Aisha Izzati keluar dari dapur dan mendekati adiknya yang baru sahaja turun tangga.

Izzara berdiri betul-betul di depan kakaknya.

"Akak kenal Kak Julia?"

Kening Aisha Izzati bercantum. Macam pernah dengar tapi tak pasti betul ke tidak.

"Nama penuh?"

"Julia Erianna." Izzati menepuk tangannya.

"Mestilah kenal. Bestie akak tu. Kenapa tanya?" Jawab Aisha Izzati bersemangat.

"Akak tahu kenapa dia kena bunuh?"

Tergamam Izzati mendengar pertanyaan Aishy Izzara. Dia mengemam bibirnya.

"Tak tahulah. Kenapa kamu nak tahu? Nak jadi penyiasat eh?" Usik Izzati.

Izzara mencebikkan bibirnya. "Bukanlah. Nak tolong kawan Zara je."

Izzati meng'o'kan jawapan Izzara. "Ariana dan Alicia, eh?"

Izzara memandang wajah kakaknya. "Macam mana kenal?"

"Kembar tu dulu suka ikut akak dengan arwah Julia keluar jalan-jalan. Diorang happy-go-lucky je dulu." Ujar Izzati.

Teringat zaman kembar itu masih kecil. Selalu sahaja minta pimpin tangan, nak beli aiskrim, nak main permainan dan macam-macam lagilah.

"Tapi sejak kematian kakak diorang, diorang berubah." Izzara tersenyum hambar.

Satu senyuman terlakar di bibir Izzati. "Nak buat macam mana. Siapa je tak sedih bila kakak kesayangan dia tu mati. Lagi pun, Ariana yang paling rapat dengan arwah. Bila akak ajak arwah keluar je, mesti Ariana yang pegang tangan kakak dia, tak bagi lepaskan. Itu sebab terpaksa bawa diorang sekali." Cerita Aisha Izzati.

Faham dengan situasi mereka berdua.

Izzara mengangguk. Memahami cerita tersebut.

........

Dia termanggu diatas meja. Memandang frame grid yang digantung pada dinding di depan meja belajarnya.

Semua jenis maklumat yang menarik diklipkan disitu.

Tidak lupa juga keputusan peperiksaannya beberapa minggu lepas.

Alicia Ryn Evelyn Binti Izham
5 Pearl (Pure Science)
021206-10-****

Bahasa Melayu - 87 A
Bahasa Inggeris - 95 A+
Sejarah - 80 A
Pendidikan Islam - 75 A-
Modern Mathematic - 90 A+
Additional Mathematic - 95 A+
Chemistry - 70 A-
Physics - 90 A+
Biology - 82 A

Attendance : -
Total grades : 4A+ 3A 2A-
No. in class : 1
No. in batch : 1
Min. grade : 1.20

Walaupun keputusan itu bukanlah keputusan yang terbaik dia pernah dapat, sekurang-kurangnya dia mendapat tempat pertama dalam kelas dan tingkatan sekali lagi.

Dah berapa kali dia dapat keputusan begitu? Jangan ditanya. Banyak kali dah.

Otak bijak tak boleh nak buat apa dah.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now