HS-22

2.9K 166 5
                                    

Ivy Hazel tidak lekang mengiringi Irshad Haziq kerana dipaksa oleh abangnya.

Sekali lihat macam anak ayam ikut ibunya.

Sesekali Ivy akan jadi photographer tak berbayar Haziq. Iyalah kan, Haziq kan famous.

Mesti ramai yang nak bergambar dengan dia.

"Haidar!" Haidar yang asyik berborak dengan Arish dan Irfan terus berpaling ke arah Haziq.

"Nak apa?" Kening dijongketkan sedikit.

"Ada nampak Ariana?" Dahi Arish berkerut.

Haih.. tiba-tiba tanya fasal Ariana ni kenapa? Bukan ke diorang selalu bergaduh ke?

"Kenapa tanya fasal Ariana? Bukan korang selalu gaduh ke?" Soal Irfan pelik.

Ivy tersenyum senget. "Abang rind- hmph hmph." Haziq sepantas kilat menekup mulut Ivy. Meronta-ronta gadis itu nak lepaskan diri.

Mulut budak tu memang tak reti nak jaga.

Haidar dan Irfan tergelak melihat telatah Ivy.

"Tak ada apa-apalah. Saja je."

"Macam tipu je." Haidar pula cuba menafikan penyataan Haziq.

Ivy menurunkan tangan Haziq. Dia berjaya lepaskan diri. "Memang dia tipu pun."

Haidar menggelengkan kepala sambil tersenyum. Agak dah.

"Ariana dan geng dia ada dekat meja makanan tu. Pergilah tengok. Mana tau rindu." Ujar Arish Edrianne.

Senyuman sinis terukir dibibir Irfan. "Member dah maju."

"Otak kau." Irshad Haziq terus pergi ke arah meja yang terletak makanan.

Kelibat Ariana kelihatan. Dia mampu mengecam susuk tubuh Ariana kerana bahunya yang berbalut je.

Kalau tak berbalut tu, memang tak cam juga.

...........

Ariana Evelyn mengambil sebiji kek cawan yang ada di dalam dulang yang dihiasi dengan bunga-bunga yang boleh dimakan.

Dulang pun lawa!

Baru sahaja dia menggigit sedikit kek cawan itu, dia terus terbatuk-batuk. Kek cawan itu dilepaskan.

Gadis itu terduduk di atas lantai sambil memegang lehernya.

Ikha terus mendekati Ariana. Seisi dewan mula memberi tumpuan ke arah Ariana.

"Ariana, kau okay?"

"Ambilkan.... aku.... air." Tersekat-sekat Ariana bercakap.

Izzara terus pergi ke arah kaunter air. Haziq yang terperasan suasana itu terus berlari ke arah Ariana.

Dia berdiri berdekatan Ariana. Muka gadis itu seperti memerah.

Tanpa melengahkan masa, dia terus menelefon Arish.

"Wey, datang sini cepat. Adik kau macam kena allergic." Macam mana Haziq tahu Arish adalah abang Ariana?

Oh dia terdengar masa Ariana laung tadi.

Ariana masih tidak henti-henti terbatuk. Mukanya semakin lama semakin merah.

Air yang dihulurkan oleh Izzara terus diteguk rakus.

Tekaknya berasa agak lega. Dia perlahan-lahan mula berdiri.

"Ari okay?" Arish berdiri dibelakang Ariana.

"Ari okay." Matanya terus tertutup rapat. Badannya jatuh kebelakang.

Arish terus menyambut Ariana. "Aku bawa dia balik. Alicia nak ikut?"

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now