HS-41

2.2K 134 3
                                    

Dia berlegar di dalam rumah. Rasa hairan menyelubungi dirinya apabila kelibat Ariana tidak ditemui.

Arish bertindak untuk keluar dari rumah untuk menjenguk sekiranya adiknya yang seorang tu curi-curi keluar daripada rumah lagi.

Namun, sangkaannya meleset setelah melihat kereta Ariana dan superbike milik gadis itu yang terletak elok di bawah garaj.

Dia mencebikkan bibirnya dan berlalu ke arah dapur. Kerusi yang berada berdekatan island bar ditarik.

Datin Dahlia yang sedang memasak diperhatikan. Wanita itu memandang wajah anak lelakinya itu sekilas dan sambung memasak.

"Kenapa monyok je ni?" Soal Datin Dahlia, prihatin. Jarang sangat untuk lihat muka cemberut Arish. Lelaki itu sentiasa tersenyum.

Arish menguak rambutnya ke belakang terlebih dahulu. "Mama, Ari pergi mana?" Soalnya.

Dia rasa, mama dia masih tidak tahu tentang pergaduhan dia dengan Ariana. Tapi lebih bagus jika mamanya tak tahu.

Nanti jadi masalah besar pula. Dia tak mahu mamanya risau.

"Ari ada dalam private library dia. Tak perlu ganggu dialah."

Dahi Arish berkerut. "Dia ada private library?" Selama ini, dia tidak pernah tahu pun benda itu wujud.

Setahunya, dulu memanglah ada bilik rahsia tapi bilik itu telah diubah suai dan boleh digunakan untuk semua orang dah.

"Arish tak tahu?" Soal Datin Dahlia pula. Dia rasa dia pernah bagitahu anak terunanya itu. Atau dia silap?

Arish menggeleng sebagai jawapan. Datin Dahlia menutup api dapur gas. Masakannya diletakkan ke dalam pinggan.

Asam pedas ikan tenggiri. Makanan favourite Alicia.

"Bilik tu ada dekat hujung sana." Wanita itu menunjukkan arah bilik tersebut. Arish mengangguk.

"Kenapa panggil private library?" Soal Arish lagi. Rasa ingin tahu makin berbuak. Jarang kot gadis sebesar Ariana dah ada private library sendiri.

"Security bilik tu tinggi. Ariana sorang je boleh masuk. Mama pun tak boleh masuk tau." Jelas wanita itu ringkas.

Arish sekali lagi mengangguk. "Pergi panggil Alicia dekat atas."

Lelaki itu segera mendaki tangga untuk memanggil adik bongsunya.

Dalam perjalan ke bilik Alicia, matanya tertancap pada benda berwarna hitam yang ada di birai permaidani.

Benda itu dicapai. Pendrive? Tapi, siapa punya? Bisik hatinya.

"Alicia, mama panggil suruh turun makan." Laung Arish.

Kemudian dia menukar arah ke biliknya. Pintu bilik ditutup terlebih dahulu. Laptop peribadinya dicapai.

Pendrive itu dimasukkan pada USB laptop. Pendrive itu mulai loading. Dia menunggu seketika untuk loading itu siap.

Satu logo yang agak aneh berwarna hitam terpancul apabila loading itu telah sampai separuh. Makin hairan dirinya.

WARNING: Unauthorized device

Muncul amaran itu setelah pendrive itu siap loading. Dengan segera, Arish mencabut pendrive itu dari laptopnya.

Takut tiba-tiba ada virus je. "Siapa punya ni. Misterinya." Bisiknya perlahan.

Laptop ditutup dan dia keluar daripada bilik untuk makan malam. Pendrive itu digenggam bersamanya.

Meja makan yang sudah penuh berpenghuni dia duduki.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now