prolog

6.3K 405 55
                                    

   Adalia berjalan memijak rumput dan dedahan kecil yang menghiasi lantai bumi sambil mencari jalan keluar. Asalnya dia hanya pergi ke bahagian belakang rumah neneknya sahaja kerana mahu mengambil daun limau purut dan segenggam cili padi dari tumbuh-tumbuhan yang ditanam neneknya.

  Akan tetapi, dirinya seolah terpanggil untuk menjenguk sebentar ke dalam hutan yang betul-betul berhampiran dengan belakang rumah neneknya itu. Adalia bukan seorang yang pengecut dan dia memang gemar bertindak sebelum berfikir.

  Langkahnya diteruskan akibat terpukau dengan kecantikan dan keindahan isi hutan tersebut sehinggalah dia menyedari bahawa langkahnya sudah membawanya jauh dari rumah neneknya. Segera dia mengorak langkah berpatah balik namun Adalia menemui jalan buntu. Sah dia sudah tersesat di dalam hutan kecil itu.

  Itulah main terjah masuk ke tempat yang tidak mahir selok beloknya, kan sudah merasa. Namun, Adalia tidak merasa gusar mahupun takut malah dia lebih teruja kerana dirinya seorang yang suka cari masalah dan sangat teruja apabila mendapat masalah sebegini rupa. Baginya dia seperti watak utama dalam filem.

  Bakul berisi cili padi dan daun limau purut masih berada kemas dalam genggaman tangannya yang kecil dan mulus itu. Adalia memang tidak mahir dalam selok belok pelbagai tempat atas sebab itulah dia merasakan ini adalah perkara biasa kerana dia sudah berkali-kali tersesat walaupun di dalam pasaraya. Cuai dan tidak pernah belajar dari kesilapan itulah Adalia.

  Sangkanya situasi yang berlaku kepadanya sekarang ini cumalah situasi biasa sedangkan situasi inilah yang akan mengubah hidupnya dari pelbagai aspek.

  Bunyi dedaun kering serta ranting-ranting kecil yang dipijak memecah kesunyian alam. Langit biru cair bertukar kemerahan menandakan hampir tiba waktunya sang mentari melabuhkan tirai. Adalia sudah mula tidak sedap hati tetapi dia tetap kekal tenang. Memang dia seorang yang tenang walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

  Adalia terus berjalan ke arah rumah neneknya tetapi semakin lama berjalan terasa seperti semakin jauh dari tempat asalnya.

  "Sudah hampir maghrib, aku harus segera pulang. Macam-macam boleh berlaku jika aku kekal di dalam hutan ini lagipun kasihan nek, pasti penat menunggu daun limau purut dari aku." Adalia mendengus.

  Dia mula berlari anak tidak mahu leka membiarkan waktu memakan diri. Tetapi hasilnya tetap sama maka larian ditambah kelajuan kerana rasa gerun mula bertapak di dada tatkala langit perlahan lahan bertukar warna kepada biru gelap.

  Lumrah manusia cepat leka, Adalia berlari laju tetapi kain baju kurung yang dipakainya menyukarkan lariannya sehingga menyebabkan dia tersadung lalu  jatuh menyembah bumi. Tidak cukup dengan itu, disebabkan bahagian disitu agak cerun, belum sempat Adalia bangun dan membetulkan kedudukannya dia jatuh bergolek ke bawah menyaluti tubuhnya dengan kotoran tanah.

  Sakit yang tidak terperi dirasai. Selendangnya agak herot tetapi tetap terletak kemas di atas kepala. Perlahan-lahan matanya dibuka menatap hamparan langit yang luas. Hairan langit tiba-tiba menjadi biru cair semula tetapi pandangan Adalia masih kabur dan berpinar-pinar menyebabkan dia tidak kisah tentang langit. Badannya yang bergolek kuat tadi perlahan-lahan digerakkan dengan kudrat yang masih berbaki.

  Perlahan-lahan badan dibetulkan ke posisi duduk dan kemudiannya die berdiri lalu menepuk perlahan baju dan kainnya membuang segala kotoran tanah dan batu kecil yang melekat. Tudungnya yang senget dibetulkan.

  Alhamdulillah walaupun sakit jatuh bergolek itu, namun dia tidak mempunyai sebarang luka di mana-mana bahagian tubuhnya.

  "Alhamdulillah syukur aku selamat." Adalia memandang sekelilinh mencari bakul kecil berisi daun limau purut dan cili padi yang dipegangnya tadi namun persekitaran hutan dirasakan aneh seperti dia berada dia suatu tempat yang lain.

  Bakul kecil tersebut tercampak tidak jauh dari tempatnya tetapi cili padi dam seluruh isi bakul tidak berjaya diselamatkan sebaiknya. Adalia mengutip mana-mana yang boleh diselamatkan dan membiarkan yang lain.

  "Tadi seperti hampir maghrib, tiba-tiba cerah balik langit ini? Hairan betul.. aku silap tengokkah?" Dia mendengus kecil sambil membelek-belek cili yang dikutipnya.

  Adalia membiarkan hairannya berlalu pergi begitu sahaja tatkala matanya mengangkap cahaya terang dari satu arah hutan tersebut.

  "Seperti jalan keluar..." segera dia mengorak langkah ke arah tersebut. Sangkanya bayangan rumah neneknya akan terpampang di hadapan matanya akan tetapi sangkaannya punah tatkala dia meneruskan langkah tetapi dia tiba di suatu tempat yang berbeza.

  Bukan setakat berbeza tempat, malah udara yang dihirupnya adalah lebih segar berbanding udara sebelum ini. Suasana tempat itu juga berbeza. Pakaian yang dipakai orang-orang disitu juga berbeza. Seperti dia telah tiba di sebuah dunia yang berbeza. Sungguh janggal dan memeningkan kerana akalnya lambat memahami apa yang sedang berlaku sekarang ini.

  Dia manakah dia? Orang-orang disitu kelihatannya seperti orang Melayu tetapi cara percakapan dan pemakaian mereka amat berbeza.

  Adalia yang kurang bijak itu masih tercegat dalam keadaan hairan. Dia sedang mencuba sehabis baik untuk mentafsir keadaan namun masih tidak mampu diterima akal.

  "Kenapa aku merasakan aku seperti berada di Kesultanan Tarawangsa? Tetapi itu  bukan dalam sejarah kah? Tidak mungkin lah kerajaan beribu tahun ini masih wujud hingga kini? Ini tempat apa? Rumah nenek tidak ada perkampungan sebegini." Adalia berceloteh dengan diri sendiri.

  Dia berjalan dengan sedikit terhenjot-henjot kerana kakinya terseliuh akibat jatuh tadi. Masih cuba memahami keadaan aneh yang berlaku sekarang ini. Suasana amat tenang sehingga membuatkan dia rasa ingin tahu tempat apakah yang sungguh indah dan tenang walaupun ada suara manusia sedang berjual beli masih boleh kedengaran kuat.

  Udaranya bersih tidak pernah dirasai Adalia akan udara sebersih ini tanpa sebarang debu, jerebu dan sebarang asap ataupun gas yang tidak menyenangkan. Mungkin tiada pemanasan global barangkali. Bumi itu seperti dilimpahi rahmat Ilahi kerana terasa nikmat amannya dengan kicauan burung menghiasi suasana.

  Walaupun Adalia masih buntu dan tidak mengerti, keindahan dan ketenangan suasana membolehkan dia berfikir dengan baik.

  Baru sahaja dia ingin membuka langkah, sebilah pedang berada di sisi lehernya.

 

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now