Kisah - 11

1.2K 188 71
                                    

  "Apakah Kakanda Dahlia akan baik-baik sahaja?" Ratna berbisik perlahan selepas dalam perjalanan pulang semula ke masjid selepas menghantar Dahlia.

  "Kepada Allah kita pohon perlindungan. Inshallah Dahlia akan baik-baik sahaja." Tok Imam mendengus kecil.

  Sang mentari terus menyinari alam. Bayang-bayang kayu yang terpacak di masjid lebih panjang berbanding kayu itu sendiri menandakan waktu asar telah tiba. Mereka berdua bergegas ke masjid demi menunaikan kewajipan.

_______________________•••____________________

  Dahlia bergerak ke ruang tamu semula untuk menyoalkan Citra tentang pintu yang terkunci.

  Citra hilang.

  Dahlia hairan. Kegusarannya mula menguasai diri. Belum sempat dia menoleh ke belakang, satu pukulan kuat hinggap di batang lehernya melemahkan seluruh tubuhnya lalu Dahlia jatuh terkulai di lantai rumah Citra.

  "Tidak sangka berguna juga periuk besar aku ini." Citra tergelak sinis. Matanya penuh sinar bahagia melihat Dahlia yang sudah tidak sedarkan diri.

  Perlahan-lahan dia menyentuh wajah jelita Dahlia. "Sudah aku katakan kau jelita, tetapi sepertinya wajah ini lebih layak untuk aku..." Jarinya bermain-main di wajah Dahlia.

  "Dahlia, di manakah lelaki itu? Baunya sungguh harum melekat pada kau..." Citra mengatup matanya menikmati bau lelaki yang dimaksudkan. Dahlia masih tidak sedarkan diri.

  Seketika kemudian Citra tersenyum sinis dan tergelak kecil. Persis syaitan. Dia kemudiannya menarik Dahlia dan dikunci di dalam satu bilik.

  "Mereputlah kau di dalam sana. Aku harus segera mencari lelaki baharu ini. Harum sungguh baunya menggetarkan tulang rusukku..." Citra memulakan angkara jahatnya.

_______________________•••____________________

  Tok imam, Budi, Arjuna dan Ratna melaksanakan solat Asar berjemaah. Pawana petang lembut menyapu wajah hamba-hamba Allah itu. Tiada bunyi, sunyi sepi namun tenang suasana, damai terasa. Sungguh Allah merahmati manusia yang melaksanakan kewajipan dengan penuh khusyuk.

  "Assalamualaikum!" Kedengaran suara seorang pemuda memberi salam dari luar masjid. Tok Imam dan yang lainnya baru selesai mengaminkan doa segera menoleh.

  Kemudian mereka bangun menuju ke pintu masjid. "Waalaikumussalam, Pak Kasim, ada apa hajat kemari? Macam penting sahaja bunyinya." Tok Imam menjawab salam.

  "Memang penting Tok, ada mesyuarat tergempar diadakan di dewan berkumpul. Kita ada sedikit masalah yang harus dibincang. Ini soal hidup dan mati. Seluruh penduduk sudah berada di situ. Kami menunggu ketibaan kau, Tok Imam. Perbincangan ini harus dihadiri oleh semua penduduk. Ayuh lekas, Tok!" Pak Kasim bergegas datang memberitahu akan hal itu.

  "Iyakah? Jika begitu, akan aku segera ke sana. Ayuh, Budi." Tok Imam mengajak Budi turut serta memandangkan dia juga penduduk Kampung Kijang.

  "Eh? Tidak perlulah kau ikut sekali Budi. Tidak penting untuk kau. Kau tinggal sahaja di sini, ya." Pak Kasim menolak Budi untuk turut serta.

  "Eh? Kau kata seluruh penduduk harus hadir. Apakah Budi bukan penduduk sini?" Tok Imam membantah.

  Pak Kasim mengeluh berat. "Iyalah..iyalah..." Wajahnya menunjukkan dia tidak gemar berada dekat dengan Budi yang hodoh itu. Sungguh tidak bermoral layanannya terhadap Budi.

  "Ini pula siapa Tok?" Telunjuk Pak Kasim ditujukan kepada Arjuna dan Ratna.

  "Oh, ini orang datang singgah sebentar ke kampung kita untuk solat." Ujar Tok Imam sambil menyarung selipar.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now