Kisah - 63

319 45 17
                                    

  Keadaan kembali menjadi terkawal sebelum Dewi itu ditertak Arjuna kerana cuba mengapa-apakan Ratna, Iskandar terlebih dahulu menyelamatkan keadaan. Jelas Dewi hanya tiada mengerti sebarang perkara. Tugasnya memang untuk menjaga Tengku Puteri sebaik yang mungkin.

  Tambahan lagi Puteri Seri Dahlia itu baru sahaja memunculkan diri selepas ghaib entah ke mana lebih dari tiga purnama lamanya. Tidak hairanlah Dewi mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih ketat berbanding sebelumnya.

  "Ampun Tengku, patik langsung tiada mengetahui akak hubungan Tengku dengan gadis kecil ini. Beribu ampun patik utarakan Tengku." Dewi menunduk sedikit kepada Dahlia yang sudahpun mendukung  Ratna erat. Arjuna setia di sisi tanpa sepatah kata pun terpacul keluar dari mulutnya.

  "Tidak mengapa. Beta mengerti. Banyak tidak terhitung dek jari perkara yang berlaku sepanjang tiga purnama berlalu ini. Tidak mustahil banyak juga perkara tentang beta yang tidak kau ketahui." Dahlia menjawab tenang. Hatinya tiada niat memarahi sesiapa ketika ini kerana seluruh sukmanya diselubungi rasa bahagia teramat sangat tatkala dapat bertemu dua insan istimewa ini. Dua insan yang merupakan antara yang terawal bersama dengan Dahlia tatkala dia tiba ke sini.

  Dewi sekali lagi menunduk memohon maaf. Jiwanya sedikit kesal. Selama ini dirinya ibarat menjadi buku nota rahsia Tengku Puteri kerana segala yang berlaku dalam hidup Tengkunya akan diketahui oleh Dewi. Namun lain pula kisahnya kini. Seolah tali hubungan antara Dewi dan Tengku semakin renggang dari hari ke hari. Sayu mencengkam seluruh sukma Dewi namun wajahnya tiada melukis sebarang reaksi.

  "Dewi, ke sini sebentar. Ingin aku bicarakan sesuatu pada kau." Iskandar memanggil Dewi berjarak beberapa langkah dari Dahlia, Ratna dan Arjuna. Memberi ruang mereka bertiga menumpahkan rindu masing-masing.

  "Usah risau. Pemuda itu baik orangnya. Lebih handal dia dari engkau. Tahulah dia menjaga Tengku nanti." Iskandar memujuk lagi memandangkan Dewi seolah berat hati untuk menurutinya.

  "Bicaramu senafas sahaja. Jangan berlama." Ringkas Dewi bersuara sambil menjeling ke arah Iskandar yang sibuk mahu memisahkan antaranya dan Tengku Puteri. Garang bagaikan singa mawar seorang ini. Bicaranya juga tiada lemah lembut, bagaikan teruna belaka. Kasar dan tegas orangnya. Langkah kakinya pantas bergerak ke arah Iskandar yang berdiri agak jauh dari Dahlia dan Arjuna.

  "Usah risau. Tiada hendaknya aku membuang waktu kau dengan perkara sia-sia." Bicara Iskandar seolah memberi maksud ada perkara penting yang ingin disampaikannya pada Dewi. Padahal semua itu entah ada betulnya atau tidak. Selambalah Iskandar mewujudkan fakta-fakta baharu bagi membuang masa Dewi daripada mengganggu waktu emas tiga insan itu berbual bicara.
_______________________•••____________________

  Arjuna mengalihkan pandangan ke arah kandang kambing yang luas itu. Tiada hendaknya dia menganggu sesi jejak kasih Dahlia dan Ratna yang saling berdakapan melepaskan rindu masing-masing. Ratna turut menghamburkan air matanya yang berkaca-kaca di mata sedari tadi.

  Sungguh gadis kecil itu benar-benar rindu akan Dahlia. "Ke mana perginya kakanda selepas ini?" Ratna menyoal perlahan. Kepalanya masih terlentok di bahu Dahlia. Wajahnya melukis reaksi sedih. Bibirnya memuncung ke depan bagaikan itik. Mata dan wajahnya sembap dengan tangisan yang masih belum kering.

  "Ratna mahu turut serta bersama kakanda..." Sambung Ratna perlahan. Genggaman kecil tangannya bermain dengan bibir muncungnya. Sesekali tangan itu juga yang mengelap air mata yang jatuh di bahu Dahlia. Umur gadis ini 6 tahun namun saiz badannya yang kecil memudahkan Dahlia untuk mendukungnya.

  Dahlia terdiam sejenak. Mindanya tiba-tiba mendapat idea baharu.

  "Arjuna, bagaimana dengan Ratna sepanjang aku menghilang beberapa minggu ini?" Soal Dahlia tiba-tiba. Arjuna sedikit tersentak namun segera disembunyikan. Ini kali pertama mereka bertaut pandang kembali setelah sekian lama namun perkara yang disoal bukanlah khabar Arjuna tetapi khabarnya Ratna.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now