Kisah - 20

1.3K 173 35
                                    

  "Serahkan gadis kecil itu pada aku, Arjuna. Dia masih hidup, aku tahu kerana sekilas pandang mataku menangkap keadaan tubuhnya diangkut Si Durjana itu, dia sedikit memberi tindak balas cumanya lemah namun tetap aku dapat aku tahu bahawa dia masih bernyawa." Ujar Delima menawar diri untuk mencari Ratna memandangkan Arjuna telah ditugaskan Sultan Muadzam Shah untuk mencari Dahlia.

  "Alhamdulillah..." Lega hati Arjuna mendengarkan khabar berita gembira dari Delima itu. "Tetapi apakah kau sudah boleh mula bertugas? Ibunda juga turut mencadangkan bahawa kau harus berehat lagi." Sambung Arjuna.

  Delima menggeleng. "Sekiranya aku berehat, banyak masa terluang akan membuat fikiran aku melayang memikirkan arwah Intan. Lebih baik aku menyibukkan diri sendiri dengan urusan lain. Lagipula bukannya aku berseorangan, tentera Wantachitra akan turut turun padang bersamaku bagi menjejaki gerakan rahsia berpakaian serba hitam ini."

  "Alah bisa tegal biasa, Delima." Ujar Arjuna  menyedapkan hati kakandanya itu.

  Delima hanya tersenyum manis. Masing-masing kemudiannya berubah haluan selepas mengadap Tuanku Ratu Melawati memohon perkenan baginda dalam menjalankan tugasan berat ini. Arjuna tidak dibenarkan pulang selagi Dahlia yang dipercayai sebagai Puteri Seri Dahlia tidak dibawa pulang bersama. Iskandar mahu turut serta bersama namun lukanya terlalu parah hingga beliau diarahkan untuk mengambil masa berehat terlebih dahulu.

  Perjalanan dimulakan saat terbitnya matahari selepas subuh. Istana Tarawangsa yang awalnya penuh dengan kerumun hulubalang Wantachitra yang memangku Tuanku Sultan Muadzam Shah, beberapa tentera yang bertugas menjejaki musuh tentera Perkasa dan seorang adipati Wantachitra yang akan bersama Arjuna kini meninggalkan perkarangan Istana Tarawangsa.

  Istana kini lengang namun kesunyiannya bertambah saat Ratu Melawati turut berangkat meninggalkan istana baginda. Ada hal penting yang harus diuruskannya.

_______________________•••____________________

  "Ya, sahabat." Jentayu mengangguk perlahan sambil paruhnya mengukir senyuman.

  "Kami baru sahaja berkenalan baru-baru ini kerana baru bertemu. Teruja aku kerana sangka Ku burung gergasi yang masih wujud hingga hari ini hanyalah aku dan kakanda Ku sahaja. Ternyata ada lagi yang seperti kami." Sambung Sang Jentayu lagi.

  "Kau punyai kakanda?" Dahlia pula yang teruja. Sangkanya hanya seekor burung gergasi yang wujud, ternyata ada lagi dua ekor yang tidak diketahuinya.

  "Ah, ... Ya..." Senyuman Jentayu memudar. Raut wajah cerianya bertukar muram namun disembunyikan pilunya.

  "M...maafkan aku sekiranya membuka cerita tentang peristiwa yang tidak enak dibualkan." Segera Dahlia menyedari perubahan riak wajah Sang Jentayu itu. Sudahlah hari itu dia tersalah cakap dengan Ratna juga. Rasa kecewa terhadap diri sendiri mencengkam kuat.

  "Tidak mengapa." Jentayu menggeleng. "Kakanda Ku digelar Garuda. Sang Garuda. Gagah perkasa perwatakannya secocok dengan gelarannya itu."

  "Ouhh..." Sepatah Dahlia membalas. Hilang kata gadis itu sebenarnya.

  "Baiklah Dahlia, aku harus bergerak sekarang. Sebentar lagi pasti sahabatku tiba. Namanya Sang Merpatika. Dia mungkin sedikit dingin tetapi usah risau, dia baik sahaja. Berbanding aku, dia burung merpati. Cuma gergasi. Di pertengahan perjalananku, akan aku khabarkan dia tentang kau." Ujar Jentayu menjelaskan.

  "Lagi satu Dahlia, di manakah kau mula-mula tiba ke sini?" Jentayu bertanya.

  "Kampung Duyong, Tarawangsa." Balas Dahlia. 'Pasti dia mahu mengkaji sesuatu.' hati kecilnya bermonolog sendiri.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now