Kisah - 33

1K 152 76
                                    

"Selamat sejahtera, Tuanku." Sang Jentayu melontar bicaranya tanpa seorang insan pun berada di hadapannya. Pada siapa dia memberi sapaan? Jentayu kini berada di tengah-tengah Hutan Bunian terpacak berdiri seorang diri.

Lama suasana hutan kekal sunyi tanpa sebarang bunyi menghiasi suasana namun Jentayu tetap berdiri di tengah-tengah kawasan itu sambil sabar menanti jawapan dari insan yang ditunggunya kerana dia tahu insan itu mendengar sapaannya.

Seketika kemudian, sapaan Sang Jentayu disambut oleh insan yang dimaksudkan.

"Salam sejahtera." Satu suara membalas lembut namun suaranya bernada tegas. Biarpun dirinya tidak kelihatan, insan yang menjawab salam itu dapat mendengar bicara Jentayu.

Terlukis segaris senyuman nipis pada wajah Sang Jentayu tatkala sapaannya dijawab. Insan yang berbicara dengannya itu bukanlah Islam namun tetap adabnya terhadap orang Islam tiadalah kurang.

"Menjunjung kasih Tuanku kerana menerima kehadiran patik di sini." Jentayu menyambung bicaranya sedikit demi sedikit. Kemudian dia diam lama seketika menanti jawapan seterusnya daripada insan yang berbual dengannya itu.

Sejenak kemudian barulah bicara Jentayu itu dibalas insan tadi. "Tiada masalah. Apakah Lela Sakti merupakan antara asbab dikau berhajat datang ke mari, Hai Sang Jentayu?" Insan itu membalas penuh hormat.

"Geliga minda, bijaksana Tuanku ini. Jutaan maaf patik hulurkan terlebih dahulu seandainya kehadiran patik di sini mengundang rasa tidak selesa pada Tuanku." Bicara disampaikan daripada hati ke hati. Jentayu masih kekal kaku berdiri di lantai hutan bertukar bicara dengan insan tersebut tanpa dirinya dapat melihat insan itu.

Suasana hutan kembali sunyi. Hanya bunyi dedaun kering berguguran ke lantai hutan yang dihiasi rerumput kering serta bunyi kicauan burung-burung yang menghiasi suasana pada ketika itu. Tidak seperti sebelum ini, kali ini diamnya insan itu sedikit berpanjangan berbanding biasa.

Jentayu kekal membatu mengunci mulutnya menelan lidahnya membisukan bicara dan katanya.

Ayat 1-5 bagi Surah Taha dilafaz senandikanya agar Tuhan melembutkan hati insan itu untuk membenarkan dia datang ke mari bertemu dengannya. Sungguh pemilik hati seseorang itu ialah Allah. Kita manusia hanya mampu berdoa agar Allah menggerakkan atau melembutkan hati seseorang itu setakat yang mana yang terbaik dan mampu membawa kebaikan kepada orang lain.

Sesekala bayu dingin menyapu lembut wajahnya menerbangkan guguran dedaun kering ke udara. Masih lagi tiada jawapan dari insan itu namun Jentayu tidak berputus asa, dia tetap kekal berdiri setia menanti bicara insan itu.

Alhamdulillah doanya dimakbul Tuhan. Akhirnya insan itu kembali melontarkan bicaranya.

"Baiklah Jentayu. Beta izinkan kau hadir seketika. Silakan." Sekali lagi bicara Jentayu tidak dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja. Lembut insan itu bertukar kata berbual dengan burung jentayu gergasi itu.

"Alhamdulillah, menjunjung kasih Tuanku kerana mengizinkan patik datang bertandang buat sementara waktu." Jentayu pula membalas penuh hormat tanpa adabnya pudar dalam bicara.

Jentayu kemudian melangkah beberapa tapak ke hadapan seolah-olah sedang menuju ke pintu masuk gah bagaikan pintu masuk istana sebelum dia hilang dari Hutan Bunian tersebut.

Dirinya dibawa pergi ke sebuah alam lain buat sementara waktu atas beberapa urusan yang harus dia selesaikan. Sebaik sahaja dia melangkah masuk sepenuhnya, segera pintu gerbang gah itu tertutup semula dengan sendirinya.

_______________________•••____________________

"Bayangkan Tuanku Puteri yang mahir memanah tiba-tiba tidak tahu memanah mengenai sasaran dengan tepat? Apakah tidak mustahil kemusykilan bakal menapak di jiwa setiap rakyat?" Bicara Merpatika menyentak Dahlia yang dibuai lamunan sejenak.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now