Kisah - 41

732 96 2
                                    

"Apakah kau benar-benar yakin dengan apa yang dibicarakan dirimu sendiri?" Ratu Gemala menyoal tegas sambil matanya merenung bunian itu penuh tajam. Dirinya harus memastikan kebenaran kata-kata pemuda itu supaya beliau boleh membuat persediaan awal terlebih dahulu.

"Mudah sahaja. Mungkin Raja Sang lah yang akan melakukan semua itu dan ianya tiada kaitan dengan alam bunian kita. Namun, sekiranya kerajaanku sudah berjaya menawan Wantachitra, tidak mustahil bunian di sana mahukan dua pemimpin di alam kita bukan?" Dengan mudah bunian tadi membalas pertanyaan Ratu Gemala dengan persoalan.

Dahlia sedikit terpinga tidak memahami maksud bunian itu. 'Jikalah sudah mahu melontar kata, bicaranya usah terbelit-belit!' Dengus Dahlia geram. Dia mahu turut sama tidak ketinggalan dalam keadaan begini.

Merpatika terkedu. 'Wantachitra akan ditawan?' Hati kecilnya berbisik. 'Mengapa Permaisuri dan Sultan seolah-olah tidak bersedia?' Hilang seketika Sang Merpatika dalam layangan fikirannya. Sungguh hakikat kerajaan lain ingin sentiasa menawan sebuah lagi kerajaan lain itu berada dalam pengetahuannya, namun bicara si bunian tadi seolah-olah menyatakan bahawa Sulantara benar-benar akan melakukan serangan dalam masa terdekat.

"Untuk apa? Tiadalah sebab yang kukuh untuk sesebuah kerajaan menawan Wantachitra?" Soal Sang Merpatika. Wajahnya terserlah rasa ingin tahu yang mendalam. Hatinya sedikit membara dengan api amarah namun berjaya dikawalnya dengan baik.

"Hahahah, kau sangka aku bodoh ya?" Si bunian tertawa sinis sambil matanya mengerling Merpatika seolah memerli burung gergasi itu.

Ratu Gemala kekal membatu dengan harapan si bunian menjawab pertanyaan Merpatika itu. Sungguh dia tahu tidak mungkin seseorang yang mahu menyerang akan memberitahu rancangannya kepada pihak lawan. Hancur binasalah rancangan mereka nanti.

"Kalian sangka aku akan bongkarkan rahsia ini semudah itu sahaja kepada kalian?" Tawanya si bunian jahat itu semakin lama semakin kuat nada memerlinya. Terkekek-kekek dia ketawa persis pontianak.

Sang Merpatika masih menanti bicara bunian itu biarpun diperli sebegitu rupa. Api amarahnya ditelan seketika demi mendengarkan jawapan daripada pemuda itu.

Namun hampa. Bunian itu masih terkekek ketawa tanpa henti. Ratu Gemala mendengus berat. 'Dasar tidak guna punya bunian!' Dirinya yang setia menanti turut kecewa sama.

"Tidak mengapalah, Sang Jentayu dan sahabatnya usah gusar. Pemuda ini akan Beta bawa pulang ke alam Beta semula dan akan dipastikan dia membuka mulutnya berbicara memuntahkan segala maklumat yang diketahuinya." Ujar Ratu Gemala memandang Jentayu dan Merpatika serta Dahlia yang berada di sisinya. Saat matanya bertentang dengan Dahlia dan Merpatika, segera kepalanya menunduk sedikit tanda hormat.

"Humban dia ke Penjara Sangkar!" Titah Ratu Gemala kepada hulubalangnya. Penjara Sangkar merupakan penjara tahap paling tinggi dalam tingkatan penjara-penjara di alam bunian di mana penjara ini mempunyai pengawalan yang sungguh ketat dan banduannya tidak mampu bergerak ke mana-mana kerana seluruh tubuh diikat di dinding penjara tersebut.

Biasanya penjara itu akan digunakan buat banduannya yang benar-benar merbahaya dan besar kesalahannya hingga salah satu cara untuk melepaskan diri dari penjara itu adalah mati.

Baru sahaja Ratu Gemala ingin membuka langkah menoleh ke belakang dan bergerak pulang ke tempatnya semula, langkahnya terhenti tatkala kedengaran satu suara wanita yang menjerit dari belakang.

"Kanda!" Suara itu melaung dengan panggilan sayang namun dalam nada penuh gusar dan risau.

"Melur?" Lela Sakti terkedu melihat kelibat adindanya yang tiba-tiba muncul dari belakang Dahlia. Wajahnya terlukis risau tiada penghujung sambil matanya melekat tidak berganjak daripada menatap bunian cedera itu.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now