Kisah - 72

1.1K 61 20
                                    

  "Salam sejahtera patik ucapkan buat Tengku." Laksamana Khoja Hassan menjadi insan pertama yang menyambut kedatangan utusan dari Empayar LuoYang. Ternyata Maharaja Han LuoYang tidak turut serta di dalam bahtera serba mewah itu. Hanya utusannya sahaja yang diutus ke mari.

  Beliau merupakan puteranya Maharaja LuoYang, raja bagi Kerajaan LuoYang, sebuah empayar terdiri daripada bangsa Cina. Putera Han Li Yan namanya, selaku abang sulung bagi puteri yang dipercayai hilang di tanah Wantachitra ini. Layanan serba mewah tetap diberikan kepada Putera Han Li Yan memandangkan beliau juga merupakan kerabat diraja.

  "Ampun Tengku Putera Han Li Yan, usah risau akan adinda Tengku, sudah Tuanku Sultan Muadzam Shah, pemimpin Wantachitra kerah tenteranya untuk menggali hingga ke lubang cacing bagi mencari adinda Tengku." Ujar Laksamana Khoja penuh beradab. Bahasa bual bicaranya adalah Melayu belaka memandangkan memang sudah menjadi adat.

  Sesiapa sahaja yang datang ke tanah Melayu, bahasa Melayu lah yang perlu menjadi bahasa bual bicaranya. Begitu juga sebaliknya. Andai orang Melayu yang berkunjung ke tanah Empayar LuoYang, bahasa Cina lah yang akan menjadi bahasa bual bicara di sana, sebagai tanda adab apabila hadir ke negara orang.

  "Sebentar lagi, tunggangan kereta kuda buat Tengku bakal tiba untuk berkunjung ke istana Wantachitra, tempat bersemayamnya Sultan Muadzam Shah dan permaisurinya, Permaisuri Kuntum." Santun penuh adab Laksamana Khoja menjelaskan segalanya kepada putera kerajaan Cina itu.

  Putera Han Li Yan sekadar mengangguk seraya tersenyum. Wajahnya jelas mempamerkan keturunannya. Kulit wajahnya yang cerah bak susu berseri di bawah sinaran cahaya Sang Candra malam itu. Matanya sepet dan mengecil bak bulan sabit apabila senyuman manisnya diukir. Bibirnya nipis namun merahnya bak delima menjadi penambah seri wajahnya.

  Busananya besar dan gah kelihatan serba mewah. Bersulam corak dan seni kerajaan Cina menyerlahkan keindahan adat, budaya dan bangsanya. Rambutnya panjang digayakan menjadi sanggul. Itu budayanya bagi negara bahagian Timur benua Sundalawari.

  "Usah risau. Kami hadir ke mari atas niat yang baik. Tidak langsung akan kami marah kalian atas kesilapan adinda kami sendiri." Putera Han Li Yan mula bersuara. Lagak bahasanya sedikit pelat namun jelas menunjukkan yang beliau fasih akan bahasa Melayu.

  "Adinda beta memang gemar untuk mengembara sesuka hatinya. Ini bukan baru sekali dua berlaku. Kami juga sudah lali dengan perangainya." Sambung Putera Han lagi. Senyumannya kian melebar, matanya seolah hilang ditelan kedutan kulitnya. Boleh diagak umurnya sudah menjangkau kira-kira 30-an namun wajahnya masih kelihatan awet muda.

  Laksamana Khoja sekadar mengangguk seraya tertawa kecil. Dia kemudiannya menjemput Putera Han Li Yan ke singgahsana yang lebih mewah dan sesuai dengan pangkatnya sebagai tetamu kehormat malam itu.
_______________________•••____________________
 
  Dahlia termangu-mangu di atas tilam yang disediakan khas buat dirinya. Bagai ditelan bumi, seluruh tenaganya tiada lagi yang tersisa. Matanya kuyu memandang dinding ruangan istirahat surau itu. Gelap gelitanya atap kayu itu hanya bertemankan cahaya dari lampu minyak tanah di sisinya.

  Sungguh hanya itu kudratnya yang tersisa. Bahkan pergerakan seluruh tubuhnya bagai orang yang baru lepas dibelasah. Bisa seluruh tubuhnya biarpun hanya ingin melakukan pergerakan yang kecil. Dahlia mengeluh berat. Namun tanpa Dahlia tahu, kebolehannya menyedarkan diri dalam jangka masa sepantas itu adalah berkat rawatan akupunktur Han Li Po ke atasnya. Sungguh gadis berbanga Cina itu amat mahir dalam ilmj perubatan.

  Runsing mindanya memikirkan segala hal. Baik keadaan penduduk kampung itu, keadaan Ratna, Arjuna dan masalah penyamarannya yang terbongkar dengan Dewi dan seluruh huru-hara yang berlaku di kampung ini. Atap kayu ruangan itu hampir tembus ditenung Dahlia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now