Kisah - 7

1.4K 201 27
                                    

Arjuna dan Iskandar menyelit-nyelit dalam kerumun orang ramai. Cuba bergerak dengan lebih pantas mencari Dahlia.

"Arjuna!" Jeritan Ratna memberhentikan langkah Arjuna. Segera dia menoleh. Kelihatan Ratna sedang duduk di dalam warung. Tetapi Dahlia tiada di sisinya.

Arjuna bergerak mendekati Ratna. "Ke mana Dahlia menghilang?" Soal Arjuna. Nafasnya sedikit turun naik.

"Dia bilang mahu memanggilmu. Disuruhnya hamba untuk menunggu di sini sementara dia mencari engkau, Arjuna." Balas Ratna. "Kenapa ini? Kau kelihatan tercungap. Ada sesuatu yang buruk berlakukah?" Soal Ratna risau.

Arjuna menggeleng. Iskandar di belakangnya terus bergerak meninggalkan mereka terus mencari Dahlia.

"Teruskan menunggu di sini. Jangan ke mana-mana." Tegas Arjuna. Dia kemudiannya pantas mengekori Iskandar mencari Dahlia.

_______________________•••____________________

"Kau patut bersyukur tuan aku tidak membenarkan aku mencederakan kau! Jikalau tidak sudah lama kau aku habiskan. Sakit bukan kepalang tahu tak batu yang kau ketuk di kepalaku tadi!" Si misteri mula bersuara bengang.

Dahlia masih terhuyung-hayang. Setiap kali bangun, dunia bagaikan senget dan berpusing. Tidak terkira sudah berapa kali dia gagahi jua untuk bangkit bersiaga kerana tahu musuh di hadapannya namun kesan hentakan tadi masih berbisa.

Matanya masih berpinar namun dia tetap bersiaga mengepal penumbuknya dengan batu di tangan sebelah kiri. Sungguh dia hanya mampu memanjatkan doa sebanyak yang mungkin agar diselamatkan dari sebarang kecelakaan.

"Dengar, aku tidak mahu mencederakan kau. Cukup sekadar kau mengikuti aku, tidak akan aku apa-apa kan kau lagi" jelas Si Misteri itu.

"Aku tidak akan mengikut kau sampai bila-bila sekalipun!" Batu besar di tangannya dihayun kuat ke arah musuh namun dia sempat mengelak.

"Benar-benar melampau!" Dengus Si Misteri itu lalu bergerak pantas ke arah Dahlia dan menampar pipi wanita itu. Dia tidak menggunakan seluruh tenaganya dalam tamparan tersebut namun kekuatan tenaga biasanya sudah cukup membuatkan wanita itu terhumban ke tanah lagi sekali. Darah merah pekat terkeluar dari mulutnya.

Dahlia cuba bangkit mengengsot ke belakang sedikit demi sedikit berusaha sehabis baik menjauhkan dirinya dari pemuda tersebut kerana sungguh Si Misteri itu terus menerus menyerangnya tanpa memberikannya waktu untuk membetulkan keadaan kepala dan mindanya yang berpusing itu.

Dahlia berjaya bangkit dan berundur. Si Misteri tidak terus menyerang kerana dia tahu Dahlia sudah tidak mampu lari ke mana-mana lagi. Jikalau dia mahu lari sekalipun, lariannya yang huyung-hayang itu tidak mampu melawan kelajuan larian Si Misteri. Maka cubaan Dahlia hanyalah sia-sia.

Setapak demi setapak Dahlia cuba berundur dari Si Misteri. Cuba melengahkan waktu daripada dirinya terus diserang. Sakit tidak terperi dengan serangan Si Misteri itu tadi.

"Maafkan aku kerana telah melukakan wajah jelita engkau. Memang tuan aku tidak membenarkan aku mencederakan kau tetapi dia juga berpesan agar aku menggunakan sedikit kekerasan sekiranya kau berkeras." Si Misteri tersenyum sinis. Walaupun dia memakai pelitup muka, kenyitan matanya yang semakin mengecil menunjukkan bahawa dia sedang tersenyum sinis.

Dahlia tetap berundur setapak demi setapak dengan kudrat yang berbaki. Namun Si Misteri yang sudah tidak mahu menunggu lama bergerak pantas ke arah Dahlia segera melepaskan serangannya.

"Dahlia!!" Jeritan Arjuna menyedarkan Dahlia yang hampir rebah.

"Arjuna..." Lega hati gadis itu apabila mendengar suara Arjuna. Dari jauh samar-samar dilihatnya Arjuna sedang bergerak pantas ke arahnya. Walaupun dalam keadaan separa sedar, lega terpalit di hati melihat kelibat Arjuna sudah datang ke mari.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now