Kisah - 53

549 51 4
                                    

"Mengapa Jebat? Ada yang tidak kenakah?" Soal Arjuna tatkala menyedari perubahan riak wajah sahabatnya itu.

Jebat segera berpaling dari memandang gadis yang dimaksudkan seraya cuba bergerak menyambung urusannya tanpa mahu menghiraukan gadis tersebut.

"Aku sarankan kau alas perut kau terlebih dahulu sekiranya mahu mula menghulur tangan di sini." Ujar Jebat cuba mengubah topik perbualan. Kayu-kayu yang diangkutnya tadi dikumpulkan dalam satu kawasan lalu digalasnya untuk dibawa ke sebuah kawasan kumpulan kayu dan serpihan yang lain.

Arjuna hanya mengeluh. Firasatnya kuat mengatakan bahawasanya Jebat dan gadis tersebut saling mengenali. Namun tiadalah hendak dirinya sibuk menjaga tepi kain orang lain yang langsung tiada kaitan dengan hidupnya. Biarlah Jebat sendiri menguruskan soal itu. Tambahan pula, dia dan Jebat baru sahaja mula berkenalan pada malam kejadian. Masih belum cukup mesra hubungan antara mereka, maka tiadalah wajar untuk Arjuna sibuk mengambil tahu tentang urusan dirinya terlebih dahulu.

Baru sahaja ingin membalas bicara Jebat, serta-merta Arjuna dihentak satu ingatan yang membekukan seluruh tubuhnya.

Dia terlupa habis tentang kewajipannya sebagai seorang muslim!

Arjuna terkedu seketika dalam lamunannya tatkala dia mula menyedari soal itu. Namun yang lebih membuatnya benar-benar bagai dihentak jutaan penyesalan adalah apabila saat pertama kali dia tersedar dari lenanya tadi, langsung hal tentang solatnya tidak terlintas walau sedikit dalam fikirannya.

Terkunci mulut Arjuna tanpa sebarang kata dan bicara. Menyedari kekhilafan diri yang bukan sahaja telah meninggalkan solat namun langsung tidak ambil pedulu tentang ibadahnya sendiri. Sungguh Arjuna tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana terhadap dirinya sendiri memandangkan dia sendiri jarang sebegini.

Kebiasaannya, sekiranya dia sakit bagaimana sekalipun, ibadahnya tetap akan menjadi perkara utama yang dipeliharanya. Namun kali ini berbeza sungguh. Beribu penyesalan menghentak jiwa Arjuna menyengat pedih, melukakan hatinya.

'Bagaimana mungkin aku terlupa tentang ibadahku? Apa yang sudah terjadi pada diriku? Ke mana perginya imanku?!' Senandika Arjuna menjerit dari dalam dadanya. Begitulah perspektif Arjuna terhadap dirinya sendiri.

Sungguh mungkin Arjuna lupa bahawasanya, manusia sentiasa berbuat silap. Namun akibat sudah terbiasa hidup tanpa leka, sekali kelekaan menerjah kehidupan, dirinya dirasakan sudah terlalu kotor dengan dosa hingga tiada iman dalam dadanya lagi.

Ligat minda Arjuna memikirkan punca dirinya menjadi sebegini rupa sehinggalah memori malam kejadian menghentak mindanya. Bermula dari tentangan matanya dengan Dahlia hingga bagaimana dia sibuk dengan gadis itu dan dirinya yang bersentuhan sedikit biarpun berlapik dengan wanita itu saat Dahlia hampir jatuh di lantai kapal.

'Astaghfirullahalazim.' Menyedari kekhilafan diri, segera Arjuna beristighfar. Sungguh ikhtilatnya terobek sejak malam tadi. Bagi mahu rebah seluruh tubuh Arjuna saat memikirkan bahawa dirinya terlalu hina kerana sudah berselimut dengan dosa.

Biarpun saat dia menyambut Dahlia daripada rebah itu merupakan perkara yang dilakukan atas dasar darurat kerana jelas sekali gadis itu bagai telur di hujung tanduk kerana nyawanya bagai sudah nyawa-nyawa ikan akibat berada di ambang kematian. Namun Arjuna tetap tenggelam dalam lautan penyesalannya.

"Arjuna?"

Teguran dari Jebat memusnah segala empayar lamunan Arjuna. Kini dia kembali ke alam nyata, memandang Jebat dengan riak wajahnya yang bagai disimbah cat kapur, pucat lesi bagaikan mayat.

"Kau baik-baik sahajakah?" Jebat bersuara cemas. Baru sebentar tadi Arjuna berada dalam keadaan baik kini tiba-tiba dirinya bagai diserang hantu.

"Jebat."

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now