Kisah - 14

1.5K 207 98
                                    

  Gelap malam menguasai alam hanya bertemankan cahaya bulan sebagai mentol langit. Arjuna termenung di luar beranda rumah milik Tok Imam dan Mak Enon. Ratna sudah lena diulit mimpi merehatkan diri.

  Lama pemuda itu termenung merenung bulan menjadikan langit cerah dihiasi bintang indah itu sebagai bentangan cerita buat hati dukanya. Dia jarang sebegini. Hidupnya selalu tidak punya terlalu banyak masalah. Walau seberat mana tugasnya sebagai temenggung Tarawangsa sekalipun, dia tidak  pernah termenung memikirkan masalah sebegini rupa. Namun kehadiran Dahlia mengubahnya dalam pelbagai aspek.

  Kini langit indah menjadi tatapan mata buat minda yang ligat mencari jawapan bagi segala masalah. Haruskah dia mempercayai Dahlia tentang cerita masa hadapannya?

  Tiba-tiba ilham menyentaknya. Arjuna baru tersedar yang dia sebenarnya boleh menerima alasan Dahlia dari masa hadapan. Walau tidak munasabah mengikut logik akal. Tetapi kerana itu Dahlia, dia mampu mempercayainya. Jadi kenapa sehingga kini dia sering bertanya tentang itu kepada dirinya? Ternyata sebenarnya ego berkeras menidakkan tentang alasan itu sehingga menyebabkan dia bertikam lidah dengan gadis tidak bersalah itu.

  'Ah, tidak kiralah benar ataupun tidak. Aku tetap mempercayai Dahlia.' Arjuna mendengus kecil. Malas sudah mahu memikirkan hal itu lagi. Kini dia hanya harus mencari jalan memohon kemaafan Dahlia atas kata-katanya pagi tadi.

  Sedang leka menghargai keindahan ciptaan Tuhan, bahunya disapa lembut dari belakang.

  "Assalamualaikum termenung apa itu?" Tok Imam menarik lagi satu kerusi rotan di sebelah Arjuna lalu melabuhkan punggungnya di situ.

  "Waalaikumussalam." Arjuna membalas dengan seukir senyuman nipis. Kemudian dia menoleh semula memandang bentangan langit indah.

  "Apa yang berada di fikiran kau sehingga membuatkan kau masih terang mata di malam hari bagaikan pungguk yang merindui bulan?" Soal Tok Imam. Suaranya bernada perlahan. Tengah malam tidak seharusnya berbuat bising.

  Arjuna hanya mendengus kecil. Tiada rasa ingin membuka cerita lagipula masalahnya tidaklah begitu berat namun tetap memeningkan. "Tiada apalah Tok. Sekadar menenangkan diri sebentar." Balas Arjuna lembut.

  Tok Imam mengangguk perlahan dan menoleh ke arah langit yang dihiasi bintang  itu. Suasana sunyi. Kedua-dua insan itu menikmati suasana alam yang indah bertemankan bunyi pungguk sebagai pelengkap suasana.

  "Arjuna." Satu suara gadis dari belakang menghentikan lamunan Arjuna. Kenal benar dia dengan suara gadis itu. Segera dia menoleh. Tok Imam turut menoleh sama.

  Dahlia ingin memohon maaf atas pergaduhan pagi tadi kerana tidurnya tidak lena asyik memikirkan hal itu. Tetapi tidak ingin berduaan dengan Arjuna di malam hari sebegitu. Sangkanya ingin mengajak Ratna menemani tetapi gadis kecil itu sudah pun tiba ke alam lain tatkala kepalanya menyentuh bantal empuk yang disediakan Mak Enon.

  Tetapi dia terlihat Tok Imam keluar menemani Arjuna maka nanti dia tidak berduaan lagi. Jadi peluang ini digunakan sebaik mungkin bagi menyatakan maafnya.

  "Dahlia, maafkan aku." Arjuna terlebih dahulu membuka bicara. Tok Imam hanya memandang langit memberi ruang bagi Arjuna dan Dahlia bertukar bicara.

  Dahlia tersentak dengan permohonan maaf Arjuna. "Tidak, aku yang sehrusnya memohon maaf kerana berbohong tentang nama ku pada kau. Aku cuma harus berwaspada di tempat yang tidak aku ketahui." Dahlia menjelaskan.

  Arjuna mengangguk perlahan memahami. "Tetap aku ingin memohon maaf atas tingkah laku dan bicaraku yang banyak mengguris hati kau. Aku percaya kau. Tidak kiralah apa jua alasan kau sekalipun, aku tahu kau orang baik maka akan aku percaya kata-kata kau. Semuanya." Arjuna pula menjelaskan bagi pihaknya.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now