Kisah - 3

1.9K 241 58
                                    

  Arjuna menyarungkan pedangnya yang telah dilap kembali ke dalam sarung pedang. Dia kemudiannya melangkah meninggalkan perkarangan hutan penuh berdarah itu. Mayat mereka akan diuruskan oleh orang lain. Tugasnya sudah selesai dia harus segera pulang ke istana untuk memberitahu tuanku bahawa selepas ini tiada lagi ancaman merbahaya bagi peniaga dan penduduk Tarawangsa.

  Langkah diteruskan menuju ke jalan keluar hutan tiba-tiba langkahnya terhenti tatkala matanya mengangap kelibat seseorang berpakain serba hitam. Perlahan-lahan dia bergerak dalam diam ke arah insan tersebut sambil tangan kirinya erat menggenggam pemegang pedang.

  "Ini pasti salah seorang dari perompak tadi." Bisiknya dalam hati. "Tetapi hairan, tubuhnya tidak sasa seperti yang lain.."

  Adalia leka memerhati seluruh tempat tersebut  tanpa menyedari ada insan yang sedang menunggu waktu untuk sesuai untuk menyerangnya.

  Arjuna semakin menghampiri insan tersebut. Selangkah yang terakhir, pedangnya ditarik keluar dari sarungnya dengan pantas lalu dihunus di sisi leher insan tersebut.

  "AAAHHH!!" Spontan Adalia menjerit akibat terkejut dengan sergahan serta merta itu.

  Serentak dengan itu, bakul cili yang berada kemas dalam genggaman Adalia terlepas jatuh ke tanah. Dia tidak mampu bergerak kerana takut pedang tajam itu akan mengoyakkan lehernya.

  Arjuna tersentak tatkala mendengar suara jeritan itu adalah milik seorang gadis. Lantas dia menjarakkan sedikit pedang itu dari leher gadis tersebut dan perlahan-lahan bergerak ke sisi gadis itu untuk melihat wajahnya.

  Adalia yang ketakutan masih tidak bergerak. Seumur hidupnya tidak pernah dia dihunus pedang di lehernya sebegini rupa. Sudahlah baru sahaja lepas jatuh bergolek dalam hutan, tiba-tiba ada orang menghunus pedang ke lehernya pula. Banyak sungguh kejutan hari ini.

  Perlahan-lahan Adalia melirik ke arah Arjuna walau dirinya dalam keadaan gemuruh yang teramat sangat. Arjuna memandang wajah Adalia yang bertutup dengan pelitup muka hitam.

  "Gadis?" Arjuna berbisik kecil. Wajah jelita Adalia ditatapnya. Matanya bertentang dengan mata jelita Adalia yang berada dalam ketakutan itu. Bisikan nakal syaitan mula berbisik, maka Arjuna serta merta memalingkan mukanya ke tepi.

  "Astaghfirullahalazim..."  Arjuna mendengus perlahan tetapi boleh didengari Adalia yang masih kaku berdiri di situ.

  "Jj-jangan apa-apakan saya... A-apa salah saya.." perlahan Adalia memohon dengan menggunakan nada dan intonasi bahasa melayu yang biasa digunakannya.

  "Siapa kau? Apakah kau bersekongkol sama dengan gerakan perompak tersebut?" Adalia tersentak mendengar nada dan intonasi pemuda itu. Seperti nada orang dulu-dulu.

  "A-aku tidak tahu apa yang kau maksudkan te-tetapi aku bukan orang jahat. Aku tidak pernah merompak sesiapa." Terketar-ketar Adalia menjawab soalan pemuda tersebut. Posisinya masih kekal dalam keadaan kaku begitu. Tahap gemuruh sudah mencapai tahap maksimum. Mahu sahaja dia menangis di situ tetapi atas dasar rasionalnya dia harus menyelamatkan dirinya terlebih dahulu walau gentar bagaimana sekalipun. Matanya dikatup rapat takut ingin memandang wajah sang pemuda itu.

  Arjuna memandang Adalia lama sebelum kembali membuka bicara.

  "Sekiranya begitu, mengapa pakaianmu serba hitam. Wajahmu juga ditutup persis seorang perompak atau apakah kau memakai purdah? Tetapi muslimah berpurdah lain bentuk purdahnya." Balas Arjuna.

  Adalia mula menerima hakikat bahawa dia berada di Zaman Kesultanan Tarawangsa yang wujud beribu tahun dahulu walaupun agak tidak masuk akal, dia menerima hakikat itu buat sementara waktu sahaja.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now