Kisah - 47

645 78 16
                                    

Arjuna dan Awi berjalan dalam satu laluan di pelabuhan yang bersinar terang kaya dengan lampu minyak tanah yang menyinari seluruh laluan menuju ke kapal. Bunyi separa riuh-rendah menghiasi suasana malam dengan hanya beberapa insan sahaja yang berada di situ.

Kesemuanya merupakan orang-orang kapal yang mengambil tempat untuk menghirup udara segar dan nyaman di malam hari. Terdapat juga beberapa nelayan yang masih sibuk membaiki jala masing-masing untuk mencari rezeki pada esok harinya. Tawa dalam bual bicara mereka menceriakan suasana pelabuhan pada malam itu.

Sungguh tenang dan damai menguasai alam. Pelbagai topik dibicarakan bagi menghabiskan waktu sebelum masing-masing bergerak menyambung tugas sebagai orang kapal.

"Assalamualaikum." Arjuna mengutarakan salam ke arah seorang pemuda berbadan gempal dalam lingkungan usia 30- an berpakaian sederhana yang sedang duduk di sebuah pangkin kayu berbual bersama rakannya sambil menikmati lepat pisang.

Pemuda itu menoleh. "Waalaikumussalam." Mesra benar pemuda itu membalas salam Arjuna sambil rakan dihadapannya turut berpaling sama.

Arjuna tersenyum manis, bahagia kehadirannya disambut sebegitu rupa. "Jikalau tidak keberatan, izinkan hamba menumpang tanya." Ujar Arjuna ke arah pemuda yang sedang membuka lipatan lepat pisang yang lain itu. Pemuda itu hanya mendongakkan sedikit kepalanya memberi isyarat agar Arjuna menyambung sahaja bicaranya.

"Apakah yang namanya Laksamana Khoja Hassan berada berdekatan dengan pelabuhan ini pada malam ini?" Soal Arjuna akhirnya bertanya secara terus. Senyumannya masih tidak lekang dari bibir. Adabnya dijaga sehabis baik.

Biarpun ramai rakyat yang membencinya, wujud juga rakyat yang boleh menerimanya dengan baik kerana mereka turut percaya dengan kebolehan Arjuna. Tambahan pula, usahlah berperangai seperti kebudak-budakan sibuk mahu bergaduh mencari fasal sana sini. Masing-masing sudah besar panjang maka tiadalah perlu perkara sebegini menjadi isu besar antara mereka. Bagaimana hidup mahu tenang jikalau asyik sibuk mencari silapnya orang lain?

"Ohhh Khoja! Tahu! Dia bertugas malam ini maka dirinya masih di dalam kapal itu hingga sekarang." Balas pemuda tadi yang sedang memasukkan lepat pisang manis ke dalam mulutnya sambil tangannya menghala ke arah sebuah kapal besar yang berada beberapa tapak jauhnya dari mereka.

Terdapat sebuah kapal yang jauh lebih besar, gah dan mewah berbanding kapal lain yang berada di sekelilingnya.

"Oh, dia ada di sana ya?" Balas Arjuna sambil pandangannya jatuh ke arah kapal besar yang ditunjukkan itu.

"Baiklah terima kasih." Ujar Arjuna sekali lagi melantunkan salam kasihnya sebelum memberi tunduk hormat lalu mula membuka langkah berangkat pergi diikuti Awi.

"Eh, sebentar. Jikalau kalian sudi, ambillah sedikit lepat pisang ini. Manis tidak terkata! Lagipula, sahabat aku di sini terlajak beli melebihi sekadarnya, maka adalah lebih baik jikalau ianya disedekahkan daripada dibazirkan begitu sahaja." Balas pemuda tadi sambil mendepakan tangannya seolah menghalang Arjuna dan Awi melangkah pergi.

"Ya Allah.." Arjuna tergelak kecil sambil memandang Awi, lucu melihat gelagat dua insan itu.

"Rezeki jangan ditolak. Terima kasih atas pemberian ini. Semoga kalian dimurahkan rezeki." Arjuna menyambut huluran lepat pisang dari pemuda tersebut lalu satu daripadanya dihulurkan kepada Awi di sisinya yang turut sama memberi salam kasih kepada dua insan berhati mulia itu.

"Hahahah tiada masalah! Aku Bentaru dan ini Mat. Semoga urusan kalian dipermudah Tuhan. Berhati-hatilah dalam perjalanan kalian ya!" Balas Bentaru sambil tangannya mula melambai Arjuna dan Awi yang masih tidak lekang bibirnya dari menguntum seukir senyuman manis.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now