Kisah - 35

1.1K 139 64
                                    

"Rehat dan rawatlah diri sebanyak mana yang perlu. Usah dibiar minda memikir tentang anakanda beta, tahulah beta menguruskannya nanti. Terima kasih atas usaha dan kerjasama tuan hamba selama ini." Iskandar membaca semula surat kiriman Tuanku Sultan Muadzam Shah kepada Temenggung Tarawangsa, Arjuna Akasia itu.

Memandangkan pemuda itu kini cedera parah dan memerlukan masa untuk rehat Tuanku Sultan sendiri memberi kebenaran bagi memberi ruang diri untuk sembuh terlebih dahulu.

Arjuna hanya mengeluh kecil. Kesal tidak dapat melangsaikan tugas dengan baik namun tidaklah disuarakan kegusarannya itu risau mendapat bebelan percuma Iskandar.

"Apakah hanya Tuan Rum Aspalela yang meneruskan pencarian Dahlia?" Soal Arjuna ingin tahu.

"Hmm... Sepertinya begitulah. Aku mahu turut serta sama namun ditegah Tuanku juga. Katanya aku masih belum pulih sepenuhnya." Ujar Iskandar sedikit mencebik tidak bersetuju dengan titah Sultannya itu. Ikutkan hati ingin sahaja dia turut serta sama namun apakan daya, titah Sultan usah dipersoal.

"Tidak mengapalah. Kau juga belum sembuh sepenuhnya. Kita sama-sama sakit ya" Sambung Arjuna tergelak kecil. Kebetulan benar mereka berdua cedera pada waktu yang sama.

"Tetapi jikalau kau masih tidak mahu hanya duduk diam dan berehat, marilah turut serta bersama Ku." Kata Arjuna mengajak.

"Turut serta ke mana?"
_______________________•••____________________

Sang Jentayu kini kembali ke alam nyata setelah selesai pertemuannya dengan Ratu Che Tunggal Gemala, Ratu bunian itu. Semoga rancangan mereka membuahkan hasil. Kepada Allah dia serahkan segalanya.

"Semoga semuanya berjalan lancar." Perlahan Jentayu berdoa walaupun itu hanyalah urusan seseorang yang tiada kaitan dengannya. Jikalau mampu untuk dia bantu, akan sehabis baik dia cuba membantu.

'Sekarang mahu ke mana ya?' Dengus hati kecilnya bermonolog sendirian. Memandangkan urusan pentingnya sudah selesai, apakah harus dia menjenguk perkembangan Sang Merpatika dan Dahlia?

"Apakah sudah berbaik dua makhluk itu?" Jentayu tersenyum kecil memikirkan gelagat dua insan itu kemudian matanya melilau memandang sekeliling memastikan keadaan selamat dan tiada kekecohan berlaku di situ sebelum sayapnya dikibarkan luas ke udara dan terbang ke dada langit.
_______________________•••____________________

Dahlia masih lagi berlatih tanpa henti. Sekiranya panahnya habis, akan dicabut semula panah yang telah digunakan untuk digunakan semula sekali lagi. Kemahirannya meningkat sedikit semi sedikit namun tidaklah pagi ini berlatih terus dia berjaya menjadi hebat pada petang itu juga.

Latihan untuk berjaya bukan hanya memakan masa sehari.

Kata-kata itu disematnya utuh dalam atma dada agar tiap kali cubaannya menemui kegagalan, Dahlia tidak terus mengalah dan berputus asa malah terus bangkit dan lakukan cubaan yang seterusnya.

Namun entah kenapa, cepat pula penatnya datang bertandang tanpa diundang. Dadanya sakit seolah-olah dihentak kuat namun tidak dihiraukan sakitnya itu. 'Sudah lama tidak bersenam barangkali...' Senandikanya berfirasat.

Memandangkan masa bakal mencemburuinya, dia tidak mampu menghabiskan masa berlatih membuta tuli tanpa cara dan langkah yang betul. Maka sepanjang cubaannya, Dahlia sebenarnya mencuba pelbagai cara bagi mendapatkan cara yang benar-benar terbaik.

Sudut panahnya ditarik haruslah 45 darjah namun bagaimana untuk dia menganggarkan sudut itu dengan tepat?

Tenaga bagi daya tujahannya pula mestilah lebih besar berbanding daya graviti namun sebanyak mana untuk dia tarik panahnya agar tenaga yang dibekalkan bakal menyamai dengan tenaga yang diinginkannya?

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now