Kisah - 15

1.4K 196 25
                                    

  Tapak kaki Arjuna berhenti di alun-alun  istana. Kemudian dia menunduk hormat kepada Ratu Melawati yang berdiri di hadapannya. Ratu Melawati juga turut sama menunduk sedikit tanda hormat.

  Bibirnnya melukis segaris senyuman manis walaupun dia dalam keadaan terkejut dengan ketibaan mengejut Tengku Puteri Seri Dahlia tanpa sebarang berita. Tetamu kehormat itu harus dilayan sebaik mungkin.

  "Assalamualaikum sebagai pembuka kata,
Tetamu kehormat Puteri Dahlia,
Kunjunganmu tiba mengejutkan beta,
Marilah masuk hai tetamu mulia." Indah teratip cantik pantun empat kerat spontan Ratu Melawati. Pakaian Puteri Seri Dahlia juga seperti orang biasa memberinya rasa ada sesuatu yang tidak kena.

  Namun tetamu harus dilayannya sehabis baik. Sudahlah kunjungan mengejut, langsung tiada sebarang persediaan yang disediakan. Harapnya pantun empat keratnya berjaya menjaga hati Sang Puteri itu.

  Dahlia tersenyum manis mendengar pantun itu. Indah benar bahasa dan nada yang dilantunkan sesuai intonasi pantun. Namun dia tidak tahu bahawa Ratu Melawati sedang menganggapnya sebagai tetamu kehormat pada hari itu.

  "Waalaikumussalam Tuanku. Menjunjung titah, Tuanku." Balas Arjuna seraya bangkit tatkala Ratu Melawati mendepakan tangannya ke arah istana tanda mempersilakan mereka untuk masuk.

  Ratu Melawati kemudiannya berjalan mendahului mereka mengetuai jalan menuju ke ruang utama istana.

  "Jalan dihadapanku. Ikut sahaja langkah Tuanku." Arjuna bergerak ke belakang Dahlia sambil berbisik perlahan di telinganya ketika mereka bersisih. Dahlia sebenarnya panik kerana ini kali pertama dia masuk ke istana diraja tambahan lagi mengadap Tuanku pula itu. Dia hanya menurut perintah Arjuna tanpa sebarang bunyi.

  Mereka diiringi hulubalang istana dari kiri dan kanan yang lengkap bersenjata. Hulubalang itu berhenti mengiringi tatkala mereka masuk ke ruang utama istana. Langkah begitu teratur dan kemas. Kagum Dahlia melihatnya.

  Dahlia melangkah dengan tertib dan teratur kemas menuruti langkah Tuanku Ratu Melawati. Dayang-dayang segera menyediakan lagi sebuah kerusi singgahsana di sebelah kerusi singgahsana milik Ratu Melawati.

  Tangan Si Ratu kemudiannya didepakan ke arah kerusi lagi satu dengan memandang Dahlia di belakangnya. Dia mempersilakan Dahlia untuk duduk di situ. Dahlia terpinga.

  "Ampun Tuanku, patik pacal yang hina tidak layak untuk bersemayam di situ, Tuanku." Balas Dahlia penuh beradab.

  Ratu Melawati mengerutkan dahinya namun senyuman tetap tidak lekang di bibir. "Kenapa pula begitu, hai Sang Puteri?" Soal Si Ratu.

  Arjuna segera mencelah. "Ampun Tuanku, izinkan patik menjelaskan keadaan ini, Tuanku." Sebelum berpanjangan kesalah fahaman ini, lebih baik dia hentikan semuanya setakat ini sahaja.

  Ratu Melawati memusingkan seluruh badannya menghadap Arjuna yang sedang tunduk hormat. "Silakan." Titah Ratu Melawati.

  Arjuna bangkit dari tunduknya. Dia kemudian memandang seluruh dayang istana memberi isyarat kepada ratu bahawa penjelasan ini perlu dalam kalangan mereka sahaja.

  Ratu Melawati memahami segera dia menitahkan agar dayang hulubalangnya meninggalkan mereka di ruang istana itu. Setelah semuanya berangkat pergi, matanya kembali memandang Arjuna memohon penjelasan.

_______________________•••____________________

  Ratu Melawati mendengus berat selepas mendengar penjelasan dari Arjuna. Dia terkejut dengan apa yang didengarinya. Sungguh tidak disangka wanita dihadapannya bukanlah Puteri Seri Dahlia yang disangkanya. Sungguh serupa! Tiada yang beza. Malah dirinya yang pernah berjumpa dengan Si puteri sendiri pun tidak dapat menyedari itu bukanlah puteri sebenar.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now