Kisah - 43

822 95 3
                                    

Terkedu Dahlia mendengar bicara Sang Merpatika.

"Menyampaikan apa itu.?" Dia menyoal Merpatika sambil matanya memandang deruan angin yang dimaksudkan. 'Angin berbicara?' Senandika Dahlia berbisik tidak mempercayai maklumat yang baru sahaja tiba ke pengetahuannya.

"Aku pun tidak tahu." Balas Merpatika ringkas. Dahlia terpana seketika.

Parah benarlah Si Apam ini. Sebentar tadi, katanya Sang Angin sedang berbicara cuba menyampaikan sesuatu, kini dia pula tidak tahu apa yang dibicarakan angin itu? Gadis itu mendengus kuat.

"Ha-"

"Bicaranya alam tidak sama seperti kita. Aku tidak memahaminya." Belum sempat Dahlia menghabiskan katanya, sudah bicaranya ditampan Merpatika menjelaskan lebih lanjut.

Sungguh alam sentiasa berbicara namun selalunya mereka ini berzikir memuji Allah melalui cara tersendiri. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui, mungkin bicaranya alam tidak sama seperti makhluk hidup yang lain iaitu manusia dan haiwan yang fasih melantun kata, namun tetap seluruh alam ini berbicara memuji Allah dan sungguh Dia mendengar segala bicara alam ini.

"Bagaimana kau pasti angin ini sedang berbicara?"

"Bagaimana juga engkau tidak boleh memahami bicaranya?"

Merpatika mendengus kecil mendengar segala persoalan Dahlia. Buntu mindanya untuk menjawab semua itu.

"Sungguh tiadalah mampu aku menjelaskan hal itu kepada engkau. Satu sahaja yang kau perlu tahu, alam sentiasa berbicara cuma terkadang kita tidak dapat mendengarnya." Merpatika membalas ringkas. Dia pasti Dahlia tidak memahami. Sengaja dibiarkan soalan gadis itu berlalu pergi tanpa dihirau.

"Atau mungkin angin ini tidaklah berbicara cuma engkau sahaja yang berfikir yang bukan-bukan..." Dahlia pula meluahkan buah fikirannya. Mungkin benar, alam sentiasa berbicara berzikir memuji-NYA namun sepertinya mustahil untuk alam berbicara cuba menyampaikan sesuatu kepada mereka berdua.

"Mungkin juga..." Merpatika membalas perlahan. Barangkali hatinya yang gundah gulana tanpa sebab tatkala angin itu menderu sebegitu laju yang menyebabkannya berfikir yang bukan-bukan.

Namun entah mengapa, memang benar takhta hatinya dipegang gundah gulana yang luar biasa. Hendak duduk diam pun tidak mahu kerana risau tidak berkesudahan namun diri ini sendiri tidak tahulah apa yang dirisaukannya sebegitu parah.

Bukan hanya Merpatika, Dahlia turut sama berada dalam keadaan tidak tenang namun sehabis baik disembunyikan perasaan itu. Bicara Merpatika tadi sering bermain-main di fikirannya tidak mahu berganjak keluar, melekat utuh di minda sukar dibuang. Hatinya turut diserang gundah gulana tanpa sebab tatkala awan gelap menghadirkan deruan angin laju secara tiba-tiba.

Namun disedapkan hatinya dengan menyangka bahawa mungkin keadaan semakin gelap menjadi asbab mereka berdua dalam keadaan risau sebegitu. Tambahan pula, saat itu benar-benar sudah senja dan azan maghrib bakal berkumandang dalam masa beberapa minit sahaja lagi.

Bisikan syaitan lah yang telah mengundang rasa tidak enak di hati barangkali hingga memaksa dua insan itu berteduh di gua dalam keadaan hati diserang gundah gulana.

"Tidak bolehkah, kau terus terbang ke puncak gunung, tempat asal kita itu? Maghrib sudah menjelma, aku tidak mahu berlama di kawasan yang tidak Ku gemari." Ujar Dahlia sambil merapatkan sedikit tubuhnya ke Merpatika. Sungguh bukan sahaja gundah gulana, dirinya turut diserang rasa takut tanpa sebab.

Dingin menggigit seluruh tubuh tatkala deruan angin pantas itu mula menumpahkan hujan lebat dari langit. Dahlia memeluk seluruh tubuhnya sambil duduk di sisi Merpatika, di bawah bayungan sayap gergasi Apam putih itu.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now