Kisah - 16

1.4K 189 24
                                    

  Perkasa berjalan di tengah-tengah barisan askarnya. Sekali pandang mereka seperti ingin keluar berperang. Namun, jumlah askar tidaklah terlalu ramai. Sekadar mencukupi bagi menculik seorang puteri yang dikelilingi hulubalang.

  Perkasa sudah mendapat tahu tentang ketibaan askar hulubalang istana dari Wantachitra di Tarawangsa yang ingin mengiringi Puteri Seri Dahlia pulang ke istananya.

  Strategi telah disusun sehabis baik. Kesemua tenteranya berpakaian serba hitam lengkap bertutup wajah hanya melihatkan bahagian mata sahaja. Ini bukan perang ini percubaan menculik. Puteri Seri Dahlia akan dia dapatkan walau apa cara sekalipun.

  Kakinya berhenti apabila dia tiba di hadapan sekali dalam kalangan askarnya. Kemudian dia memusingkan badannya ke belakang memandang kesemua tentera upahan itu.

  "Apakah kalian bersedia?!" Satu suara lantang milik Perkasa bersuara. Serentak dengan itu tenteranya mula bersorak dengan gila masing-masing merupakan tentera yang setia terhadap Raja Sang dan ingin menunaikan apa sahaja permintaan si Raja itu.

  Perkasa mengangkat tangannya tinggi ke udara kemudian mengepal penumbuk memberi isyarat agar kesemuanya kembali diam.

  "Hari ini! Kita akan melangsaikan hutang kita dengan Tuanku! Kita akan raih kemenangan! Kita akan dapatkan cinta hati Tuanku semula!" Perkasa berhenti sejenak. "Maka! Kobarkanlah semangat kalian sehingga kemuncaknya! Bertarunglah dan jangan berhenti selagi tidak membawa pulang pemilik hati Tuanku!" Dia menyambung.

  Bagai mendapat semangat baharu. Masing-masing berwajah serius gerun dilihat sekali pandang dengan pakaian serba hitam dan keperkasaan masing-masing yang terpamer oleh susuk tubuh mereka yang sasa. Kini mereka akan benar-benar membawa pulang Puteri Seri Dahlia.

_______________________•••____________________

  Rombongan yang membawa Dahlia yang telah pun digelar sebagai Puteri Seri Dahlia tiba di lerengan bukit yang merupakan sempadan antara Tarawangsa dan Wantachitra.

  Arjuna berada di barisan hadapan bersama Iskandar mengetuai perjalanan. Delima dan Intan mengiringi di barisan tengah. Sesekala, rombongan sunyi itu dihiasi dengan celoteh Intan yang menceriakan suasana. Tertawa semua hulubalang istana yang melayan karenah Intan itu. Walaupun Delima sudah berkali-kali mendengar lawak Intan, dia sentiasa ada sahaja idea barunya membuatkan orang geli hati. Benar-benar penghibur suasana.

  Dahlia terlelap akibat penat berlatih apa yang harus diperkatakannya di hadapan Tuanku Sultan Muadzam Shah itu nanti. Tenaganya sudah habis merisaukan segala perkara akhirnya dia terlena diulit mimpi.

  Ratna turut sama terlena. Kudratnya sebagai budak kecil cepat keletihan dalam perjalanan panjang.

  Perjalanan berjalan lancar sehingga tiba-tiba satu panahan menyusup laju menembusi tubuh pengawal  penunggang kuda yang membawa Dahlia dan Ratna.

  Serentak dengan itu, kereta kuda megah itu jatuh serta merta akibat kuda yang ditunggang terjelopok ke tanah. Suasana menjadi huru-hara dan kesemua hulubalang siap bersiaga.

  "Lindungi Tengku l!!" Jeritan Iskandar menggegarkan seluruh hutan. Panahan demi panahan menyambar ke lantai bumi.

  Dahlia dan Ratna yang terkejut dengan apa yang sedang berlaku segera keluar dari kenderaan dan bersiaga. Dahlia berdiri di hadapan Ratna kerana tidak mahu gadis kecil itu tercedera. Keris di pinggangnya ditarik keluar bersiaga. Memang masih tidak mahir tetapi diri sendiri harus diselamatkan.

  Semua hulubalang mengelilingi Dahlia dengan rapat. Perisai digunakan bagi menangkis segala panahan. Puteri Seri Dahlia dipastikan berada dalam keadaan baik.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now