Prolog

8.9K 263 11
                                    

Dari jauh, aku memerhati dia yang sedang bersanding bersama pilihan hatinya. Senyuman yang terukir di wajah lelaki kesayangannya itu dipandang lama. Terbit rasa sayu di hatinya.

" maaf, aku kalah dengan wanita yang tertulis di lauhul mahfuzmu." ucapnya perlahan. Perlahan-lahan tubuh dipusing ke belakang.

" semoga bahagia selalu sampai ke syurga." 

" dari awal aku tak pernah layak untuknya."

 " ya Tuhan, mengapa Engkau hadirkan perasaan ini jika akhirnya aku akan sesakit ini?" 

hatinya terus berkata-kata seiring kaki melangkah keluar dari perkarangan rumah milik lelaki yang pernah menjadi penghuni hatinya. Setitik demi setitik air matanya jatuh ke bumi.

" aku redha, wahai Tuhanku." bisiknya berkali-kali pada dirinya ketika tubuh sudah tenggelam ke dalam kereta. Matanya kembali terarah ke dalam rumah. Memandang lelaki itu buat kali terakhir sebelum dia pergi.

" jagakan dia dan bahagiakanlah hidupnya, ya Allah. Terima kasih untuk segala kenangan, wahai lelaki yang kusebut sempurna." Kepala ditunduk rapat ke stereng kereta. Memohon kekuatan untuk memandu pulang.




Pintu rumah ditolak lemah. Dia tahu hari ini akan tiba dan bertahun-tahun dia mempersiapkan dirinya untuk menerima hari ini, tapi tetap saja hatinya merasakan betapa sakitnya untuk mengikhlaskan sesuatu pergi. Tubuh dihenyak ke sofa lalu tangan mencapai remote tv. Saluran demi saluran ditukar mencari satu rancangan yang mampu distract hatinya.

" ustaz, macam mana kita nak redha dengan semua takdir Allah?" tangannya terhenti di rancangan " Anda tanya, Ustaz Jawab". Host di sebelah penceramah bebas itu membacakan soalan yang ditanya melalui mesej kepada mereka.

" menarik soalan ni." jawab penceramah bebas itu.






" Is, cari siapa? dari tadi, ibu tengok kamu macam tercari-cari orang aje? Ada kawan kamu yang tak datang lagi ke?" tegur Puan Rafidah apabila melihat anaknya sedari tadi seperti tercari-cari.

" eh, tak cari siapapun. Saje tengok luar, kot-kotlah ada tetamu yang nak datang lagi ke." dalih Zulfan. Senyuman diukir buat ibu tercinta. Hatinya menyebut nama seseorang sejak tadi.

" ye lah, ibu masuk dulu. Jangan lama-lama kat luar ni, tak elok tinggal isteri sorang-sorang kat luar." pesan Puan Rafidah sebelum masuk ke rumah semula.

" Safiyyah, maafkan saya." bisiknya dalam hati. Dia dapat rasakan kehadiran wanita tu tadi tapi dia sedar dan tahu tak manis kalau dia mengejar wanita lain di hari perkahwinannya.

" maafkan saya, Safiyyah." hatinya berbisik lagi. Berkali-kali hatinya merintih kata maaf.

" awak?" panggil isterinya dari belakang.

" ya?" Zulfan menyahut sambil tubuh dipusing menghadap ke arah suara yang memanggilnya.

" tunggu siapa? Ada kawan awak nak datang lagi ke?" soal isterinya lagi lembut.

" eh tak. tak tunggu siapa pun. Jom lah masuk." ajak Zulfan sebelum lebih banyak soalan yang ditanya.






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Tuhan Aku Mahu Dia membuka tirai.

 mohon maaf andai bahasa yang digunakan tidak mencapai kepuasan hati semua.

" Tuhan, jika dia bukan takdirku mengapa Engkau menemukan aku dengannya."

 - Nur

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now