TAMD 10

1.4K 57 0
                                    

Zulfan balik dalam keadaan basah kuyup. Hatinya terasa nak menyumpah Haziq sekarang sebab tak angkat telefonnya.

Nasib ada insan yang baik hati tolong tumpangkan dia balik ke bilik tadi. Matanya tajam merenung Haziq yang masih pulas tidur tak ingat dunia.

" hachum." hidungnya bersin sekali. Dia tak boleh kena hujan nanti dia kena demam panas. Kepalanya dah berdenyut dari tadi.

" hachum." sambil tangannya menyelongkar laci meja mencari panadol, hidungnya bersin lagi sehingga membangunkan Haziq dari tidur.

" Is?" panggilnya dalam mamai.

Zulfan hanya memandang tak menjawab.

" kau main hujan ke?" tanya Haziq. Dia tahu kawannya tu tak boleh kena hujan nanti sakit.

" kau tengok fon kau dulu." arah Zulfan dengan nada yang tertahan.

Haziq pantas mencari telefonnya.

10 missed calls from Iskandar.

20 messages from Iskandar.

" mana motor kau?" usai membaca mesej dari Zulfan yang meminta dia datang mengambilnya di tasik, dia mengangkat kepala bertanya.

" aku bagi orang pinjam." jawab Zulfan separuh jujur.

" lah, kenapa? Dia nak pergi mana?" pelik. Sebelum ni tak pernah-pernah pulak dia nampak Zulfan bagi pinjam motornya.

" jangan banyak tanyalah, Ziq. Aku pening ni. Kau ada panadol tak?" Zulfan memegang kepalanya yang semakin terasa berat.

" alamak, tak ada lah weh. Kejap aku pergi belikan." haziq bingkas bangun dari katilnya. Nasib baik lah hujan dah reda.

" kau nak apa-apa lagi tak?" haziq menyoal di muka pintu. Nasib di sini setiap bilik hanya 2 orang yang menghuni. Tak lah menganggu Zulfan nak rehat sangat nanti.

" tak nak. Nak panadol je." tekaknya sekarang tak mampu nak telan apa-apa selain ubat.

" okey. kau rehat dulu nanti aku balik aku kejutkan." haziq keluar dari bilik. Dia pernah menjaga Zulfan ketika sakit akibat terkena hujan. Ini kali kedua lelaki tu sakit sebab terkena hujan.

Zulfan meletak kepala di atas bantal sebaik saja Haziq keluar. Telefon yang berbunyi tadi dicapai. Terpapar nama Safiyyah di notification.

Safiyyah

" awak balik naik apa tadi?"

Mulutnya ternaik sedikit. Caring jugak awak kat saya, ye. hatinya mendesis.

Tangannya cepat-cepat menaip.

" Ada orang tumpangkan. Kenapa? awak risaukan saya ke?🫢"

Hilang sakit kepalanya sekejap. Lepas ni tak payah la dia beli panadol, dah ada ubat lagi mujarab dari panadol.

Safiyyah

" mana ada risau. Saya tanya aje."

Zulfan senyum senget. Tak risau lah sangat.

" saya okey je, jangan risau. Saya nak rehat dulu eh, nanti saya chat awak balik."

Zulfan tak mampu menahan sakit kepalanya lagi. Itu lah takda penyakit, pergi cari penyakit. Kan diri sendiri yang susah.



Aku memandang ruang mesej antara aku dan Zulfan lama. Kenapa tiba-tiba dia risaukan lelaki tu.

" macam mana kau balik tadi, Pya?" soal Najwa ingin tahu. Setahunya tadi hujan lebat.

" Is pinjamkan motor dia." jawabku jujur.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin