TAMD 16

1.5K 59 1
                                    

Pagi ni kami akan bertolak ke Kedah bersama-sama ustazah Fazilah dan ustaz Yasir sebagai pihak pembimbing kami.

Sebelum perjalanan kami start, ustazah menyuruh Zulfan memberi sepatah dua kata dan membaca doa sebelum memulakan perjalanan selaku ketua program kami.

" Wa, nak duduk sebelah tingkap. Aku nak tidur, ngantuk lah." aku berbisik di telinga Najwa ketika Zulfan sibuk bagi taklimat keselamatan kepada kami.

" ikut kau lah, Pya." Najwa hanya mengiyakan. Malas dia nak berebut tempat dengan gadis tu.

Aku menjerit suka dalam hati. Dia memang suka duduk tepi tingkap kalau naik bas boleh tengok suasana luar melalui tingkap.

" saya harap semuanya boleh jaga adab sepanjang rihlah kita selama 3 hari ni sebab masing-masing dah besar, kan? saya harap tak ada yang timbulkan masalah dan harap semua dapat jaga masa. Tolong tepati masa dan dengar arahan ketua dan timbalan. Faham semua?" ustaz Yasir pulak yang bagi taklimat selepas Zulfan selesai baca doa.

" faham, ustaz." jawab kami serentak.

" kalau faham, student perempuan naik dulu penuhkan seat belakang. Yang lelaki semua kat depan." ustaz Yasir bagi arahan. 

Entah kebetulan atau takdir, aku dan Najwa berada di belakang Zulfan dan Haziq. Mereka berdua duduk di seat barisan terakhir sebelum student perempuan.

" eh, Safiyyah, Najwa." ceria Haziq menegur kami. Mukanya nampak seronok bila seat kami belakang dia.

Aku hanya tersenyum tanda menyapa dia. Sekilas mata memandang Zulfan di sebelah Haziq. Diam dan tak menyapa seperti selalu.

" aku ke depan kejap. Nak cakap dengan driver bas." telinga menangkap suara Zulfan bercakap dengan Haziq sebaik saja mereka duduk di tempat masing-masing bila bas mula bergerak.

Langkahnya aku perhati tak lepas. Hatinya tiba-tiba rasa hampa bila Zulfan langsung tak menegurnya sejak dari tadi. Bukan saja nak tegur, pandang pun dia tak nak.

Najwa di sebelah dah menutup mata, tidur. Aku yang cakap mengantuk, dia yang tidur dulu.

Telefon dibuka seraya aplikasi WhatsApp dibuka. Jarinya menekan ruang chat Zulfan. Hatinya berkira-kira sama ada nak mesej atau tak.

" Assalamualaikum, awak." selang sesaat dia padam kembali salam yang ditulis. Jari menulis ayat lain.

" awak marah saya?" sekali lagi dia padam balik apa yang ditulis. Telefon ditutup kasar tak nak menganggu lelaki itu.

" Korang nak tak?" hampir sejam perjalanan, haziq menawarkan jajan yang dibawanya kepada kami.

Aku menggeleng tanda tak mahu tapi Najwa laju mengangguk. Pantas tangannya menyambut pemberian Haziq. Dia dengan makanan memang tak berpisah.

" weh, kau tengah gaduh ke dengan Safiyyah?" haziq berbisik di telinga Zulfan. Pelik dia tengok lelaki tu diam saja dari tadi.

Zulfan menarik earbud di telinganya sebelum kepalanya berpusing memandangan Haziq.

" apa?" soalnya semula bila tak dengar apa yang ditanya lelaki tu.

" kau gaduh ke dengan orang belakang?" haziq mengulang soalannya kembali.

" takde ah. Kenapa?" 

" kau diam je dari tadi. Tak tegur pulak tu dia. Selalunya ada je benda kau nak cakap dengan dia."

" Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Orang tak hendak, kita ikutkan ingin." Zulfan menaikkan nada suaranya biar didengar orang belakang. Dah la pandai-pandai dia saja ubah peribahasa orang dulu-dulu.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now