TAMD 11

1.2K 61 0
                                    

Sejak dari haritu, aku dan Zulfan semakin rapat hari demi hari. Dari dia, aku mula belajar untuk kawal stage frightku ketika present. Dia banyak mengajar aku self confident. Dia juga yang banyak tolong aku buat latihan sebelum presentation di library.  Aku teringat ketika satu hari aku beritahunya aku ada presentation.

Flashback

Me

" awak, hari ni saya ada presentation subjek falsafah."

Setiap kali aku akan present, dialah orang pertama yang akan aku beritahu. Bukan saja dia akan bagi aku semangat, dia turut akan pergi ke kelasku ketika itu.

Zulfan Iskandar

" nanti bagitahu kelas mana and pukul berapa. Kalau saya free saya datang tengok awak."

Setiap kali dia ada, aku berjaya kawal gementarku di depan. Melihat saja senyumannya, hatiku berubah tenang setenang air di sungai.

" itu saja dari saya, ada soalan?" penuh yakin aku mengakhiri pembentanganku. Dari depan aku dapat lihat reaksi kagum Najwa denganku. Mata memandang belakang kelas. Entah macam mana aku tak tahu, Zulfan berjaya menyelinap di semua kelas yang aku bagitahu dan duduk di kerusi belakang.

" congrats." hanya mulut dia yang bergerak tanpa suara. Dia melebarkan senyumannya. Begitulah dia setiap kali datang melihat aku present.

" ya Allah, aku semakin jatuh cinta padanya." desis hatiku setiap kali melihat senyumannya.

Seisi kelas menepuk tangan dengan pembentanganku.

" kau makin hebat, Pya." puji Najwa bila aku kembali duduk di sebelahnya. Aku memandangnya sebelum tangan naik berhi-five dengannya.

" berkat ada orang kat belakang." bisikku padanya perlahan. 

Aku berjaya membuka ruang hidupku untuk Najwa mengetahui hari-hariku. Ada saja cerita yang aku ceritakan pada dia.

" untunglah buah hati support. Aku ni siapalah nak support." Najwa pura-pura sedih. Dia dan Adam dah seminggu putus kerana lelaki tu kantoi curang di depan kawan baikku. Hampir seminggu juga aku terpaksa melayan sendu dia di bilik. hari-hari menangis, hari-hari mengadu padaku.

" haziq kan ada." usikku. Macam lah aku tak tahu dia dan Haziq makin rapat sekarang. Semuanya sebab group kelas ustazah fazilah.

" diam, fokus." tiba-tiba mood dia bertukar serius. Malu lah tu.


" saya bangga dengan awak." tak perlu menoleh, aku tahu suara siapa yang berbisik di telingaku tadi.

Najwa meminta aku menunggunya di luar tandas sebaik saja kelas habis.

Aku memandang ke sisi. Zulfan dengan senyuman membunuhnya memandangku penuh minat.

" jangan senyum macam tu kat public." aku melarangnya.

" nak senyum dekat orang yang saya sayang pun tak boleh?" kening Zulfan bertaut. Dia masih senyum seperti tadi.

" awak lupa macam mana saya boleh fall in love dengan awak?" soalannya aku balas dengan soalan.

Makin lebar senyuman dia. Lagi dilarang, lagi dibuat.

" starting today, senyuman ni hanya untuk awak." bisik Zulfan perlahan. Dari matanya, aku boleh lihat sinar cintanya. Aku berbalas pandang dengannya seketika sebelum suara Najwa menyedarkan kami kembali.

" ehem.. sila hormat orang single please." Najwa menayang wajah menyampah sekilas sebelum dia turut tersenyum untuk aku dan Zulfan.

" haziq free petang ni. Nak aku panggil dia tak?" usik Zulfan. Memang hobi dia mengusik orang.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon