TAMD 18

1.5K 63 3
                                    

" err...saya punya khemah ada masalah nak pasang. Awak boleh tolong pasangkan?" pinta Athirah dengan nada yang minta belas kasihan bila Zulfan memandangnya.

Masin pulak ayat Najwa tadi bila dia sebut student lain boleh minta tolong Zulfan.

Zulfan pandang aku semula. Dia keberatan nak cakap boleh. Pada dia, aku hanya ukir senyuman nipis.

" Is." dari jauh Haziq memanggil. Dia datang bersama seorang lagi kawan lelaki mereka.

" Kenapa ramai-ramai ni?" soalnya bila sampai di tempat kami berkumpul.

" dorang tak reti pasang khemah. Kau tolong dorang, Ziq. Boleh tak?" laju Najwa bagitahu. Sempat dia buat isyarat agar Haziq terima.

" boleh. Amir pun ada boleh tolong aku. Mana khemah korang?" balas Haziq bila dia faham isyarat Najwa.

Muka Athirah tersenyum kelat. Dia nak Zulfan yang tolong kenapa orang lain pulak yang datang ni.

" kat sana. Jom lah kita pergi sana." Nak tak nak dia tunjukkan jugak khemahnya di mana. Takkan nak cakap dia nak Zulfan saja yang tolong.

" good job lah, Haziq." usai Athirah dan kawan-kawannya pergi, Najwa memuji Haziq laju.

" kau kena jauhkan diri dengan dia tu Is. Nampak bahaya tu. Aku dengar dia tu pandai play victim tu." sempat Haziq menitipkan pesanan sebelum dia dan Amir mengikut langkah Athirah ke khemah.

" lepas pasang khemah kita buat apa?" aku menukar topik cepat-cepat bila hanya tinggal aku, Najwa dan Zulfan.

" makan rasanya lepastu self rest sampai isyak. Then lepas isyak baru kita start activity." jawab Zulfan. Tadi dia baru bersembang dengan Ustaz Yasir tentang flow mereka malam ni.

Aku hanya mengangguk. Kepala dipusing menghadapa matahari terbenam. Rasa teringin pulak nak tengok dekat-dekat.

" Wa, nak tengok sunset tak?" Aku mengajak Najwa di sebelah. Berharap dia setuju.

" malas lah. Aku nak tidur kejap sebelum solat maghrib japgi. Kau ajak si Is ni teman kau." Najwa sengaja menolak. Dia nak bagi ruang untuk mereka berdua selesaikan apa yang terjadi di antara mereka.

Aku pandang Zulfan di depan. Walaupun bergaduh, dia tetap cakap dengan aku seolah-olah kami tak bergaduh. Dengan lembut nadanya, dengan prihatin dia.

" Jom kita pergi duduk kat tempat Haziq duduk tadi. Kat situ jelas sikit nak tengok dekat-dekat." ajak Zulfan.

Aku hanya mengangguk setuju tanpa suara. Pada Najwa aku bagi isyarat untuk tinggalkannya sekejap.

" Pertahankan dia, Pya. Ramai yang nak dia tapi dia tetap pilih kau. Balas cinta dia dengan cara yang betul." nasihat Najwa perlahan sebelum aku pergi.

" awak tunggu sini kejap. Saya nak ambik camera kat beg kejap." kata Zulfan ketika aku dah duduk di pangkin yang Haziq duduk tadi.

" Okay." balasku ringkas.



Sedang ralit aku menangkap gambar view, tiba-tiba telinga menangkap bunyi kamera di tepinya.

" klik." Zulfan berjaya menangkap gambar candid aku senyap-senyap.

" mana aci curi-curi tangkap. Padam balik gambar tu." aku marah dia bila kakinya mendekatiku.

" mana boleh padam. Cantik ni." Zulfan menggeleng tak mahu.

" tengok." aku hulurkan tangan, meminta padanya tapi Zulfan laju menggeleng.

" tak boleh. Nanti awak delete." 

Aku menggulingkan bebola mata ke atas. Tahu-tahu je mamat ni.

" saya kenal awak lah, sayang." usik Zulfan.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now