TAMD 1

4.3K 175 1
                                    


" Kamu hadir disaat aku tak ingin jatuh cinta kepada siapapun."
- Nur



"pya jom wayang petang ni?" bahuku direngkuh seseorang dari belakang. Tak lain tak bukan mesti kawan baiknya, Najwa.

" erm petang ni tak boleh kot. Aku ada hal." tolakku perlahan. Tangannya dibahu juga ditolak perlahan. 

" alaa kau ni. takpe lah, kitorang ajak dah tau, bukan tak ajak." Najwa tak nak memaksa. Ni bukan kali pertama dia ajak, tapi dah berkali-kali. Dia tahu Safiyyah bagaimana orangnya. Sekali tak nak, sampai kesudah dia tak nak.

" iye, takpe je. Aku nak pergi library ni. Aku pergi dulu eh? korang enjoy lah. Tengok citer apa?" aku berbasa-basi.

" kitorang nak tengok Mallbat. Movie baru yang keluar tu. Rugi tau kau tak nak tengok. Kau serius ni tak nak ikut?" Najwa mencuba sekali lagi, mana tahu Safiyyah berubah fikiran.

" takpe lah. Aku tak minat tentera-tentera ni. korang pergi je lah, aku okey je."  aku menolak sekali lagi.

" ye lah, ikut kau lah. Ni, aku pergi dulu. Dorang dah tunggu grab dah tu." 

" okey, hati-hati. Apa-apa roger aku tau." pesanku.

" bereh, sobak." akur Najwa. Dia menepuk bahuku perlahan sebelum berlalu pergi.

Aku mengukir senyum pendek sambil melihat langkah Najwa yang semakin jauh. Sebaik saja gadis tu hilang dari pandangannya, aku terus menuju ke library universiti. Tempat lepaknya hari-hari kalau tak ada kelas. Kadang seharian dia melepak di sana, selagi tak azan maghrib, selagi tulah dia nak berkampung di situ.

Matanya melingas mencari tempat yang selalu dia duduk kalau ke library. Matanya bersinar bila melihat tempatnya masih kosong. Baru kaki ingin mendekat, seorang lelaki dah menarik kerusi lalu duduk.

" alaaa." keluhnya perlahan sebelum mencari tempat lain. Tempat yang selalu dia duduk, adalah tempat yang jarang dilalui orang dan cukup tersorok berbanding meja-meja lain. Dan selalunya, tempat tu memang kosong cuma hari ni dah diambil orang dulu.

Sempat dia menilik sekilas muka lelaki yang dah "mencuri" tempatnya. Mungkin dari fakulti lain memandang pakaiannya seperti student-student fakulti pendidikan.

" takpe lah. takde rezeki aku." ujarnya perlahan. Esok dia tekad nak datang lebih awal memandangkan sekarang dia ada saingan.

Zulfan mengangkat kepalanya apabila gadis yang memandangnya lama tadi berlalu pergi. Bibir mengukir senyuman seketika. Bukan dia tak tahu gadis tadi nak duduk di tempat yang dia duduk sekarang. Dia perasan gadis tu selalu datang ke library dan duduk di tempatnya sekarang tapi kali ni dia nak try duduk sebab gadis tu suka sangat duduk di tempat ni.

Dia pun suka lepak di library cuma dia jarang duduk di tempat tersorok macam ni. Sekarang dia faham kenapa gadis tu suka tempat ni. Menenangkan dan boleh lari dari realiti. Mungkin lepas ni tempat ni pun akan jadi tempat kegemarannya.

" maybe dia introvert person." desis Zulfan perlahan. 

" aii, Zulfan. Kau dah kenapa teringat dia. Fokus, jangan nak fikir perempuan sangat." Zulfan menampar pipinya perlahan sebelum mata tunduk memandang laptop. Sekarang musim mengejar due date assignment bagi student-student di sini.



" alamak, tafsir al-munir lupa nak cari." aku menepuk dahi perlahan. Lupa kelas tafsir semester ni gunakan kitab tu sebagai kitab panduan utama mereka dalam memahami tafsir surah-surah dalam Al-Quran.

Aku bingkas bangun menuju ke tempat kitab-kitab disusun. Tak susah untuk dia mencari kitab-kitab atau rujukan di sini sebab dia dah biasa dengan susun atur buku-buku di sini.

Tanganku pantas mencapai kitab tafsir Al-Munir terakhir yang ada di rak karangan Prof. Wahbah Zuhaili. Nasib yang tinggal adalah jilid yang mengandungi juz yang diajar pensyarahnya. Dia dengan senang hati kembali ke tempatnya dengan kitab di tangan. Boleh dia pinjam sampai habis semester memandangkan kitab ni bertag warna yang boleh dibawa keluar dari library.




" alahai, kena rujuk kitab tafsir Al-Munir lah pulak. Kitab lain tak nak pulak ustaz ni." keluh Zulfan. Lambat-lambat dia bangun ingin mencari kitab yang diinginkan pensyarahnya sebagai rujukan assignment.

Puas dia mencari dan berpusing di bahagian kitab-kitab disusun, tapi kitab yang dia nak tak ada. Kepala yang tak gatal digaru.

" mana aku nak cari ni. Yang pinjam pun satu hal, tak reti nak pulangkan balik ke." bebel Zulfan sorang diri. Matanya masih melilau mencari-cari di rak buku, mana tahu dia terlepas pandang tapi masih jugak tak ada. Tiba-tiba matanya terpaku melihat gadis tadi. Tapi yang lebih menarik perhatiannya adalah kitab tafsir Al-Munir yang ada di atas mejanya.

Tanpa disedari, kakinya bergerak mendekati gadis itu. Dia berdehem pendek membetulkan tekak sebelum ingin bertegur.

" Assalamualaikum." ucap Zulfan sopan. Dia tak terlalu merapat ke meja, cukup menjaga jarak antara mereka berdua.

Safiyyah menoleh. Makhluk mana yang bagi salam kat dia pulak ni.

" eh mamat yang ambik tempat aku. Dia nak apa tegur aku ni?" desis hatinya.

" waalaikumussalam. ada apa ya?" aku menjawab lambat-lambat.

" maaf menyibuk tapi awak dah habis guna ke kitab tu?" Zulfan menunjuk ke arah kitab karangan ulama' Indonesia yang terkenal itu.

Aku memandang ke arah jarinya terhala sebelum kembali memandang wajah bersih di hadapannya.

" maaf jugak tapi saya nak pinjam satu semester ni. Lect buat sebagai rujukan kelas." kataku dengan kepala yang agak mendongak memandangnya.

" ouh ye ke? boleh tak saya nak pinjam sekejap? Untuk rujukan assignment saja. Saya janji tak lama pun." Zulfan mengangkat tangan seolah-olah berikrar.

Aku hampir-hampir tersenyum tapi sempat ditahan. Comel pulak laki ni dia rasa.

" dekat rak dah habis ke?" sengaja aku bertanya padahal dah tahu.

" dah habis dah. Kebetulan saya nampak atas meja awak sama dengan jilid yang saya tengah buat assignment pulak tu. Tu yang berani nak tegur tu." beritahu Zulfan malu. Nampak macam dia nak mengayat anak dara orang pulak sekarang ni dengan guna cara lapuk.

" ouh. okeylah, ambiklah nanti bagi saya balik, saya tunggu kat sini." aku bersetuju untuk meminjamkan padanya. Lagipun dia nak guna sekejap saja.

" serius ke ni?" Zulfan terkejut. Jarang dia jumpa orang nak bagi buku pada orang yang dia tak kenal. Boleh jadi nanti orang tu bawak lari ke apa tapi gadis di hadapannya ni memang tahap level kepercayaan pada orang tinggi betul.

" ya, tapi nanti jangan tak bagi pulak. Saya kejar awak satu universiti ni nanti." selorohku.

" hahahaha. ye, ye nanti saya bagi balik. terima kasih.. err saya tak tahu nama awak." seronok bercakap sampai lupa nak kenalkan diri masing-masing.

" saya, Nur Safiyyah." beritahuku laju.

" saya, Zulfan Iskandar." beritahu lelaki tu pula.

" terima kasih, Safiyyah." ulang Zulfan semula dengan lebih proper.

" ya, sama-sama. gunalah dulu." aku memberikannya kitab tafsir tadi bersama satu senyuman nipis diukir.

" Zulfan Iskandar." aku mengulang semula nama lelaki tadi sebaik saja dia beredar pergi.

" sedap namanya." tanpa sedar senyuman di bibir terukir.

" Nur Safiyyah." Zulfan menyebut semula nama gadis yang baik hati tadi sebaik saja dia kembali duduk di tempatnya.

" salam perkenalan, orang baik." ucapnya perlahan sebelum kembali menyambung assignmentnya.




Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now