TAMD 33

882 44 0
                                    

" Wa, aku keluar dulu tau." Aku melihat pantulan diri di cermin sebelum nak keluar. Siang tadi Zulfan ajak dia keluar makan malam sekali. Kata dia, mereka berdua dah lama tak jumpa each other.

" okay. Hati-hati tau." sahut Najwa perlahan. Dia sibuk menyiapkan assignment yang akan dihantar dua hari lagi. Nasib dia lah yang suka buat kerja last minute macam ni.

" okay. Kau nak aku tapau apa-apa tak? Kot lah nanti tengah malam kau lapar." tanyaku. Najwa memang suka lapar tengah malam kalau dia stay up buat assignment.

" nanti aku text kau. Aku tak tahu nak makan apa lagi ni." balas Najwa laju.

" okay, aku pergi dulu." pintu bilik ditutup sebelum keluar.










Zulfan bawa aku ke IOI City Mall kerana katanya di situ ada gaming are yang dia nak main dengan aku. Dan aku mula menyesal kerana setuju dengan cadangannya bila dia bawa aku ke area ice rink. Aku tak pandai main ice skating dan seumur hidup, belum pernah aku jejakkan kaki ke sini.

" awak, kita pergi main benda lain lah. Saya tak reti lah nak main benda alah ni." aku mengajak dia ke tempat lain.

" saya kan ada?" balas Zulfan dengan senyuman.

" awak kan lelaki, macam mana saya nak pegang awak. Ish." marahku perlahan.

" don't worry. Nanti ada trainer dekat dalam tu. Dia ajar lah awak. okay, boleh?" Zulfan mencari anak mata Safiyyah.

" saya tak biasa lah. Apa kata kalau kita pergi race kereta? Yang tu saya suka." aku masih mengajak dia main permainan lain.

" ye lah. jom, kita pergi sana." dia mengalah akhirnya. Nanti kalau mereka berdua dah kahwin, tahu lah dia nak paksa Safiyyah main ice skating ni.


" dua tiket untuk dewasa." Zulfan meminta tiket untuk masuk bermain di kaunter.

" abang nak main kereta je ke? Sekarang tengah promo, boleh main semua ruangan game dengan harga serendah 90 satu kepala."  tawar penjaga kaunter itu pada Zulfan.

" awak boleh ke nak main semua game?" Zulfan menyoalku pula di sebelah dengan nada perlahan.

" asalkan tak nak ice skating, saya boleh je yang lain." jawabku. Bukan apa, aku hanya takut saja nanti atas lantai ice tu kalau aku main benda alah tu.

" boleh la, bang." Zulfan setuju untuk ambil harga RM90 untuk semua permainan.

" okay, boleh. Semua sekali RM180, bang." beritahu cashier lelaki itu ramah.

Baru saja aku ingin keluarkan dompet, Zulfan terlebih dulu membayar untuk kami berdua tanpa banyak kata.

" eh, takpe lah saya bayar sendiri." kataku perlahan.

" tak payah. Simpan je duit awak tu beli benda lain. Awak keluar dengan saya semuanya saya bayar, jangan risau." balas Zulfan bersahaja.

" bawak awek ke, bang?" sempat aku mendengar cashier lelaki itu bertanya pada Zulfan ketika dia hulur resit pembayaran.

" Tunang, bang." Zulfan memperbetulkan sangkaan lelaki itu.

" ouh, sorry bang." lelaki itu meminta maaf.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now