TAMD 35

875 48 2
                                    

" kenapa awak ignore saya seminggu ni?" tanya Zulfan ingin tahu kenapa aku buat dia macam tu.

" I just scared awak contact dengan Athirah without I knew it. Saya takut kalau dia selalu kacau awak sampai effectkan kita punya relationship." jujurku.

Air mata yang jatuh tadi diseka laju, tak mahu Zulfan perasaan suaranya berubah dek menangis.

" Allahu, sayang. Itu je ke sebab awak ignore saya selama ni? Okey, kalau tak percaya saya esok kita jumpa. Saya bagi tengok apa yang ada dalam fon saya ni. Sikit pun tak pernah contact dia tau tak? Saya bercakap dengan dia sebab terserempak je, kalau tak terserempak takde maknanya saya nak bercakap dengan dia, sayang." sepenuh hati Zulfan menerangkan kesalahfahaman di antara mereka.

" ye, saya percaya je awak tapi biasa lah perempuan kan? Mesti lah ada jelesnya jugak tambah-tambah awak dengan dia lagi dekat dari saya. Saya percaya awak tapi saya tak percaya dia. Orang kalau dah suka sanggup buat apa saja." 

Aku menggigit bibir malu. Najwa yang berada di hujung katil buat tak dengar walaupun telinganya menangkap setiap bait bicara Safiyyah walaupun kurang jelas.

" ye lah, saya faham. Now, tell me. Apa yang boleh buat jeles awak hilang?" soal Zulfan ingin tahu. Dia rasa demamnya dah kebah bila Safiyyah dah berbaik dengan dia.

Aku diam seketika. Betul katanya, apa yang aku nak dari dia untuk hilangkan rasa cemburu ni.

" takpe lah. Let's forget it, bukan benda yang besar pun ni." aku malas nak panjangkan isu ni lagi. Lagipun aku percaya dia takkan main kayu tiga belakang aku.

" no, saya tak nak awak fikir yang bukan-bukan lagi. Saya tak nak awak ignore saya lagi kalau awak jeles lagi. Now tell me, apa yang saya boleh buat untuk tenangkan hati awak." Zulfan masih lagi bertegas ingin tahu.

" saya okey je Zulfan. Dah, ni awak dah makan ke belum ni?" aku mula mengalih topik.

" kejap lagi saya makan. Tengah tunggu Haziq balik beli makanan. Entah apa yang lama sangat pun saya tak tahu dia tu." balas Zulfan. Dah dekat sejam budak tu keluar pergi beli makanan tapi batang hidung tak nampak nampak lagi.

Selepas itu kami kembali berbual sementara menunggu Haziq balik. Seminggu yang disia-siakan ditebus kembali dengan bertukar-tukar cerita. Kadang aku tertawa mendengar ceritanya dan sesekali aku menyampuk meriuhkan lagi ceritanya.

" okey lah, Haziq dah balik. Ingatkan nak tidur luar dah. Saya nak makan dulu, nanti saya text awak balik eh." Zulfan menyudahkan ceritanya bila makanan yang dia pesan dah sampai.

" ye lah. Enjoy your dinner. Saya pun nak sambung buat final year project punya thesis." Gara-gara menyembang dengan dia, habis kerjaku tertangguh.

" okay, bye fiance." ucap Zulfan lembut sebelum menutup panggilan selepas mendengar balasanku.



" aii, nampak seronok je bergayut? Ingatkan dah tak nak off dah telefon tu." perli Najwa bila aku kembali duduk di meja belajar.

" biasa lah, nak fix problem kena la berbincang baik-baik, lama sikit. Kau discuss pasal program kelas pun lama, ni kan pulak masalah hubungan rumah yang takde tangga lagi ni. Mesti la lama, tak gitu?" balasku selamba. Tak peduli dengan sindiran dia yang sengaja nak sakitkan hati aku.

 " mentang-mentang aku single, tunggu la esok aku ada tunang. Aku on call sampai ke subuh biar bernanah pulak telinga engkau." katanya masih tak puas hati dengan aku.

" time tu aku dah duduk oversea dah, kau tak ingat kita dah nak grad tak lama lagi? yang kau pulak dok main tarik tali dengan Haziq, maunya aku terbang oversea dulu baru nak bertunang." aku menoleh ke arahnya sekilas sebelum kembali fokus dengan laptop di depan.

" kau betul ke nak sambung kat luar, Pya? Tak boleh ke sambung dalam Malaysia jugak? Ada apa U yang hebat-hebat." Najwa baru teringat kawannya itu nak sambung Master di luar negara.

" bukan masalah hebat, Wa. Kau tau kan study luar negara memang impian aku dari dulu. At least, Master tak la selama degree. " jari yang menari-nari di keyboard laptop terhenti seketika. Bukan aku tak fikir untuk kuburkan niat sambung belajar di luar negara sejak bertunang, tapi hati tetap ingin impian yang satu itu tercapai.

" kau dah discuss dengan Is ke pasal ni? Dia kata apa?" Najwa bangun menuju ke meja belajarnya. Tak puas rasa hatinya bila bersembang jauh-jauh ni.

Aku diam sesaat bila wajah Zulfan mula terbayang di fikiran. Aku dah pernah bincang hal ni dengan dia dulu sebelum bertunang dan jawapannya positif, mengizinkan aku ke sana tapi itu dulu.

" dulu ya lah aku pernah cakap dengan dia and dia pun takde masalah tapi kalau lepas bertunang ni, aku tak bagitahu lagi lah."  jawabku tak lama kemudian. Senyuman tipis diukir buat teman baiknya di sebelah.

" kau bincang balik dengan Is nanti, Pya. Kau sanggup ke nak tinggal dia bertahun-tahun? Kau tak takut ada orang sailang dia nanti? Kau pun tau kan Is tu femesnya macam mana? Esok-esok dia dah habis intern, kau jugak yang makan hati kat luar negara tu bila tengok ramai yang kejar dia. Kau nak ke macam tu?" nasihat Najwa lembut. Dia tahu mesti susah nak lepaskan sesuatu tapi Safiyyah perlu ingat sesuatu bahawa,

" kau kena ingat, Pya. Dalam dunia ni kita tak boleh genggam kesemuanya. Sama ada kau lepaskan peluang kau nak sambung luar negara atau kau kena bersedia untuk kehilangan Iskandar. Kita manusia lemah, Pya. Tak mampu nak bawak semua dalam tangan kita. Nak tak nak kau kena lepaskan jugak sesuatu, kau tak boleh ambik semua. Kau faham kan apa yang aku cakap ni?"  sambungnya bila nampak Safiyyah masih lagi runsing berfikir.

Aku hanya mengangguk perlahan tanda faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

" terima kasih, Wa. Kau banyak tolong aku dari awal kita kenal sampai lah dah nak habis ni. Kau lah satu-satunya kawan terbaik yang pernah aku ada." Aku tepuk dua tiga kali bahu Najwa tanda hargainya.

" no hal la, beb. Alang-alang dah menyembang ni, aku nak bagi kau satu teka-teki. Nak dengar tak?" muncul satu idea teka-teki yang dia jumpa di fyp tiktok dua tiga hari lepas. 

" Apa dia?" aku hanya melayan. Memang dah jadi habit budak ni tiap-tiap minggu mesti ada saja teka-teki pelik dari dia. Yang jadi mangsa menjawabnya aku lah.

" dalam banyak banyak ikan, ikan apa yang sakit hati?" soal Najwa. Mulut tersengih jahat, tahu yang Safiyyah pasti tak boleh jawab macam sebelum-sebelum ni.

" ikan buntal." sengaja aku sebut ikan spesis itu walaupun dah tahu tu bukan jawapannya sebab jawapan yang Najwa selalu bagi adalah jawapan yang tak boleh diterima oleh akal.

" salah. jawapannya adalahhh..." jeda Najwa sebentar sengaja biar aku terasa tertunggu tunggu.

" apa dia? cepat lah." aku menggesa. Dia tak tahu ke yang dia dah kacau masa aku buat assignment.

" eeekan kita kawan je." beritahu Najwa laju.

" tapi aku nak tambah sikit. Eeekan kita kawan u je." sambung Najwa mengaitkan dengan ucapan terima kasih aku tadi.

" HAHAHAHAHAHA tak baik do kau, Wa." aku ketawa kuat bila dapat tangkap lawaknya.

" just kidding. Aku akan make sure kita kawan sampai syurga." Najwa menyudahkan tawanya sebelum masuk mod serius balik.

" ya, kawan sampai syurga." ulangku bahagia.

" dah, kau pergi balik katil kau. Aku nak sambung buat assignment, mengacau je." sengaja aku menghalau dia, mengelak dari dia perasan hati aku yang mula terasa sebak terharu ni.

" elelelele, terharu kerr tu? Blushing keee tu? Elelelele comelnya tunang Iskandar ni bila blushing elelelelele." usik Najwa seronok. Dia kenal lah Safiyyah macam mana. Dia tahu gadis tu takkan pernah tunjuk sweet depan dia tapi dia zahirkan dengan caranya sendiri. Lain dari yang lain.

" diam lah, aku baling fon karang." aku acah acah marah pada dia menutup malu.



Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now