TAMD 12

1.1K 56 0
                                    

" kalau saya bawak awak balik jumpa family saya, awak nak ikut?" 

soalan Zulfan waktu mereka mengulang kaji siang tadi di library terngiang di kepalanya.

" wa." aku memanggil Najwa yang kusyuk melayan drama dari tadi di katilnya.

" hmm." sahut Najwa tanpa memandang ke arahnya.

" Zulfan ajak aku jumpa mak ayah dia." aku memberitahunya untuk minta pendapat.

" seriously?" Najwa mengalihkan perhatiannya kepadaku. Badannya ditegakkan bersedia mendengar lanjut dariku.

" haah, dia nak bawak hujung minggu ni. Apa kau rasa?" 

" kalau aku jadi kau, aku ikut sebab Is dah berjaya buktikan yang dia serius dengan kau." Najwa mengeluarkan pendapatnya.

" tapi aku takut lah. Taku tiba-tiba family dia tak terima ke apa." aku mula overthinking.

" yang tu kau tak payah risau. Kau kenal Is macam mana kan? kau rasa dari mana didikan dia boleh jadi macam tu? Mesti dari mak ayah dia kan?"

" kalau anak dia baik, mak ayah mesti baik jugak." dia menyambung kata-katanya.

Aku mengangguk tanda faham.

" okeylah, aku nak call mama aku jap. Nak bagitahu dia." aku mencapai telefon ingin menghubungi mama.

" kau dah pernah cerita pasal Is kat mama kau?" tanya Najwa ingin tahu.

" dah. Mama aku suka dia." aku tersenyum bila mengingat kembali betapa berkenannya mama dengan Zulfan ketika aku ceritakan tentang dia.

" sekarang turn dia la pulak cerita pasal kau kat family dia. Aku rasa sebab dia dah tak lama lagi nak graduate, tu yang dia nak kenalkan kau dengan family dia." Najwa cuba positifkan fikiranku.

Aku fikir ada betulnya jugak kata-kata Najwa. 

" thanks, wa." ucapku menghargai nasihatnya.

" no problem." Najwa kembali menyambung ceritanya.

" assalamualaikum, mama." ucapku ceria bila mama menjawab panggilan videoku.

" cerianya muka. Ada apa-apa yang mama tak tahu ke?" usik mama sebaik saja menjawab salamku.

Aku ketawa. Mama sentiasa tahu apa yang aku rasa.

" ma, Zulfan ajak jumpa family dia." beritahuku gusar.

" wah, baguslah tu. Dia serius dengan kamu la tu. Apa yang kamu takutkan?" balas mama senang hati. 

" bang, kita nak dapat menantu bang." Mama cepat-cepat beritahu papa yang mungkin ada di depannya.

" ye ke? Alhamdulillah, dapat menantu kedua." suara papa sayup-sayup saja aku dengar.

" abang tak balik ke, ma?" aku teringat akan satu-satunya abang yang aku ada. Kami hanya 2 beradik.

" abang kamu baru aje balik 2 hari lepas. Mama cerita yang kamu dah ada orang, punya seronok lah dia. Dia kata tak sabar nak tunggu rombongan meminang. Alih-alih hari ni kamu bagitahu yang Zulfan ajak jumpa family dia pulak." cerita Puan Kalsom panjang lebar.

" sibuk betul abang tu sampai nak lawat adik kat sini pun takde masa. mama kena beritahu abang yang adik suruh dia datang sini." bukan sebab rindu dia sangat pun, tapi aku rindukan 2 ketul anak sedara aku yang comel tu.

" dia ada jugak bagitahu nak pergi lawat kamu tapi tak ada masa katanya." balas mama.

" bila Zulfan nak bawak adik jumpa keluarga dia?" mama kembali ke topik asal kami.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now