TAMD 25

2K 76 1
                                    

Zulfan terdiam. Lidahnya tiba-tiba jadi kelu nak berkata-kata. Sungguh dia tak menyangka soalan tu yang akan ditanya Safiyyah.

" Saya..saya tak okey." jawabnya jujur. Bukan kerana tak percayakan Safiyyah tapi dia takut bila gadis tu duduk di negara orang tanpa ada sesiapa.

" tapi.." Safiyyah ingin membalas tapi dia cepat-cepat tahan.

" tapi apa yang buat awak gembira, saya sentiasa akan sokong awak. Pergi lah mana awak nak, tapi jadikan saya rumah untuk awak kembali." dia menyambung ayatnya yang tergantung tadi.

Dia tak boleh nak halang impian perempuan yang dia sayang. Biar lah Safiyyah kejar impian dulu.

" serius?" muka Safiyyah bertukar gembira bila dengar ayatnya setelah itu.

" dengan satu syarat. Tunang dengan saya bulan depan." Zulfan letak syarat. 

" mintak dengan mama papa." balas Safiyyah selamba.







Seminggu kemudian


" Safiyyah, mana awak ni? Kita dah lambat nak gerak ni." Safiyyah jauhkan telefon dari telinganya bila suara Zulfan agak kuat di pendengarannya.

" kejap la dah nak siap ni. Otw, otw." aku balas laju. Zulfan punya nak cepat mengalahkan dia pulak yang nak balik rumah ibu dia.

Aku mengunci pintu bilik. Najwa dah balik semalam rumah keluarga dia jadi bilik mereka tak ada orang.

" tak menyabor betul." aku merungut perlahan. Tak sempat dia nak tengok awning jadi ke tak bila Zulfan desak dia cepat.


Dari jauh kereta audinya aku boleh nampak. Menyerlah betul dengan warna putih kulitnya. Pintu belakang aku buka sebaik saja sampai ke keretanya.

" okay, jom." tuturku bila dah masuk ke dalam perut kereta Zulfan. Mata memandangnya di bahagian pemandu. Segak dia bergaya hari ni, biasa lah nak impress bakal mentua dia.

" makan tak lagi ni?" tanya Zulfan sebelum dia menukar gear. Laju keretanya meluncur meninggalkan asrama perempuan.

" belum." aku menjawab. Telefon di tangan dilekapkan tepi telinga nak call mamanya bagitahu dia dah otw nak balik rumah.

" Assalamualaikum, ma." aku memberi salam bila mama angkat panggilan.

" ya, adik dah otw ni dengan Zulfan. Dalam 2 ke 3 jam lagi sampai la." beritahuku pada mama. Takut mama tak ada rumah pulak nanti walaupun dia dah bagitahu minggu lepas.

" okay, ma. Assalamualaikum." aku tutup panggilan.

" mama cakap apa?" Zulfan bersuara bila aku dah tamatkan perbualan dengan mama.

" dia pesan, hati-hati drive. Jangan bawak laju-laju." aku menyampaikan pesanan mama tadi. Tapi bagi aku, Zulfan tak drive terlalu laju dan tak terlalu perlahan.

" okay. Ni awak nak makan kat mana ni?" Zulfan kembali pada awal perbualan kami tadi.

" tak payah la, lagipun kejap je nak sampai rumah mama. Mama dah masak dah kat rumah." aku dah terbiasa tak makan kalau nak balik rumah sebab mama tahu aku akan makan di rumah.

" betul ni? tak lapar ke?" Zulfan minta kepastian. Dia tak apa lah dah breakfast sebelum datang ambil Safiyyah.

" iya, betul." aku yakinkan dia.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now