TAMD 6

1.4K 77 1
                                    

" mencintai dalam diam itu risikonya tinggi. jika kamu sanggup  mencintainya secara senyap, pastikan juga kamu sanggup menerima satu saat nanti, bukan kamu yang akan menjadi pilihan hidupnya."


- Nur



" Ziq, aku pergi dulu. Kau jangan nak ponteng kelas first kita dengan lecterur lain ni." Zulfan mengingatkan kawan baiknya tentang kelas mereka kejap lai.

" ye, aku tak ponteng. Nanti jagakan tempat aku." pesan Haziq yang masih mamai baru bangun tidur lepas dia sambung tidur habis subuh tadi.

" jangan lambat." pesan Zulfan sebelum keluar. Dia biasanya akan keluar awal setengah jam sebelum kelas mula untuk cari breakfast. Dia tak boleh tinggal breakfast setiap hari sebab dia ada gastrik teruk.

" makan cafe je lah." getus Zulfan dalam hati. Malas dia nak keluar pagi ni. Lagipun sekali-sekala makan kat cafe apa salahnya.



" nasi lemak ayam dengan teh tarik, dik." order Zulfan ketika staff cafe mendekatinya mengambil order.

Tanpa dia sedar, tempatnya membelakangi Nur Safiyyah yang duduk di meja belakangnya. Macam Zulfan, dia pun tak sedar mereka saling membelakangi.

" Pya." panggil Najwa perlahan. Memang rutin pagi diorang lepak di cafe sementara menunggu kelas pagi. Kalau tak ada kelas pagi, mereka tak akan lepak di cafe seawal macam ni.

" hmm." aku menyahut malas. Dia sedang menikmati coffee panas di pagi hari seperti hari-hari biasa di cafe cuma pagi ni dia terasa berdebar lain macam. Entah kenapa dia pun tak tahu sebabnya.

" kau perasan tak lelaki yang makan sebelah kita semalam kat sini?" soal Najwa. Matanya memandang lelaki yang duduk di meja belakang Safiyyah teruja.

 " perasan. kenapa?" aku mengangkat muka memandang Najwa. Kenapa dia tanya soalan tu tiba-tiba pagi ni.

" tu, dia ada belakang kau." beritahu Najwa bersahaja.

Patutlah aku berdebar dari tadi. aku menggetus di dalam hati. 

" ouh." hanya itu yang ku jawab. Tak menoleh dan pura-pura tak berminat ambik tahu di depan Najwa.

" hensem betul dia. Nasib aku dah ada pakwe, Pya. Kalau tak, aku dah pergi mengorat dah." Najwa memuji Zulfan perlahan takut didengari lelaki tu memandangkan meja mereka dekat saja.

" pergi lah try. Mana tahu dia sangkut dengan kau." aku layankan saja perangai menggeletis si Najwa ni.

Tanpa mereka sedar, Zulfan di belakang tersenyum mendengar perbualan mereka. Terasa lucu bila mereka sehabis kuat perlahankan suara takut dia dengar tapi tetap saja dia boleh dengar.

Tak menunggu lama, dia bangun menuju ke kaunter untuk membayar makanannya.

" kira untuk meja belakang saya tu sekali ya, mak cik." katanya bila mak cik cashier nak mengira harga makanannya.



" jomlah, Wa. Nanti kelas full takda tempat pulak." aku mengajaknya bila coffee aku berjaya dihabiskan.

" jom." kami sama-sama menuju ke kaunter nak bayar.

" kamu dua punya makanan dah ada orang bayarkan." beritahu mak cik Kiah ketika aku tanyakan harga makanan kami.

" betul ke ni mak cik?" aku menyoal kali kedua untuk menyakinkan.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now