TAMD 14

1.2K 63 0
                                    

" Ibu, Is teringin nak makan udang masak lemak la." Zulfan muncul di dapur ketika aku dan ibunya sedang menyiapkan makanan tengahari kami.

" awak tu alergik udang, jangan nak mengada."

" kamu tu alergik udang. Lupa ke?" 

Aku dan ibunya berkata serentak. Aku  terus memandang ibunya lama. Tak sangka kami akan cakap benda yang sama.

Zulfan ketawa lepas. Oh Tuhan, aku betul-betul mencintai dua orang wanita ini.

" boleh pulak kita cakap serentak." Ibunya turut ketawa seronok.

" dia pass jadi bakal menantu ibu sebab dia tahu apa yang kamu tak makan dengan makan." bisik Puan Rafidah pada anak lelakinya.

Zulfan hanya tersenyum mendengar kata-kata ibunya. Come on lah, ibu. Is ni pandai pilih tau.

" mana adik-adik , bu?" dari tadi dia tak nampak batang hidung adik-adiknya.

" dorang ada tuisyen hari ni." beritahu ibunya.

" kamu pergi sembang dengan ayah kat ruang tamu tu. Jangan kacau kitorang nak masak nanti sampai ke malam tak makan kot." Puan Rafidah menghalau Zulfan.

" Is tu memilih betul makan. Sebijik ikut perangai ayah dia. Ibu banyak kali bebel dengan dia. Jangan nak memilih makan, nanti pergi mana-mana susah nak mencari makan. Tapi mana nak dengar cakap ibunya dia tu. Pening jaga anak-anak lelaki ni, Nur. Tu belum tengok perangai adik-adik dia lagi." bebel ibu sebaik saja Zulfan kembali ke ruang tamu.

Aku hanya ketawa, tak tahu nak membalas apa. Sungguh menjadi seorang yang introvert ni sangat menyusahkan bila kita nak berkomunikasi dengan orang di sekeliling.

" maaf lah, ibu. Nur tak pandai sangat nak berbual macam orang lain. Tapi sejak kenal Zulfan, kehidupan sosial Nur sikit sebanyak meningkat tapi still kena imrpove lagi." aku tak mahu ibunya salah faham dengan aku yang tak banyak mulut ni.

" takpe ibu tahu dan faham. Setiap kali dia call ibu ke balik rumah ke nama kamu mesti dia sebut. Safiyyah itu lah, Safiyyah ini lah. Penat ibu dengan ayah nak dengar delulu dia." Puan Rafizah membocorkan rahsia anaknya.

Aku ketawa. you're too obsessed with me, huh.

Aku dan ibunya kembali rancak bersembang sambil menyiapkan masakan kami.

" Nur, sayur tadi mana?" 

" Ibu, dah menggelegak ni."

Aku lega bila ibunya mampu layan aku dengan baik walaupun anaknya tiada di sisi. Kadang perbualan kami diselit dengan lawak, kadang dengan bebelan ibu kepada Zulfan dan kadang-kadang ibunya menceritakan apa yang anak lelakinya tu suka dan tak suka. Tanpa sedar masa berlalu dengan cepat, kami berjaya masak beberapa masakan untuk tengahari ni.



" assalamualaikum, ibu ayah." aku pasti tu suara adik-adik Zulfan dari ruang tamu. 

" waalaikumussalam. Kat dapur ni, sini makan sekali." balas ibu dengan nada yang dikuatkan sikit.

" wah, sedapnya bau. Ibu masak apa?" muncul dua orang adik kembar Zulfan di muka pintu dapur.

" ops, kita ada tetamu lah bang." si adik menyiku bahagian tepi abang kembarnya.

" along dah bagitahu dah semalam. Kau nyanyuk ke?" malas nak melayan adiknya, si abang cepat-cepat duduk di sebelah kanan Zulfan. Kepalanya menunduk kepadaku, tanda hormat.

" hai, kakak ipar." ceria si adik menyapa. Tangannya naik separas dada melambaiku.

comel. Aku tergelak kecil melihat kelakuannya.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now