TAMD 9

1.2K 59 0
                                    

" mungkin kerana jodoh kita dipertemukan."
- Nur


" okay, group nombor 6 present dulu." ustazah Fazilah memanggil setelah undian  siapa bentang first selesai dibuat.

Jantung aku berdegup laju ditambah dengan tangan yang menggigil kuat. Aku masih tak bersedia nak ke depan.

" Wa." Aku memanggil Najwa di sebelah dengan nada takut.

" Rileks, Pya. Tarik nafas kau dulu." Najwa menenangkan aku. Tangannya laju menggenggam tangan aku yang dah bertukar sejuk.

Aku mengikut katanya. Nafas ditarik perlahan beberapa kali. Mataku mencari Zulfan di sebelah kiri dan memang tepat waktunya, dia turut memandangku.

" Trust yourself." Mulut lelaki tu bergerak tanpa suara.

Aku, Najwa, haziq dan Zulfan maju ke depan. Terlihat tenang diluar tapi Allah saja yang tahu aku tersangat takut ketika ini tambahan lagi kelas ni bergabung dengan senior fakulti lain.

" assalamualaikum, semua. Saya Muhammad Zulfan Iskandar bersama teammates saya akan membentang surah yang menjadi pilihan kami. Di sebelah kiri saya, Muhammad Haziq Amrullah. Di sebelah kanan saya, Nur Safiyyah dan di hujung sana, Najwa Maisarah."

Dengan penuh karisma, Zulfan memperkenalkan kami satu persatu tanpa tersekat.

" Bismillahirrahmanirrahim." Zulfan memulakan bacaan surah Al-ikhlas. Walaupun pendek, dia berjaya menarik tumpuan semua yang ada di dalam kelas kerana suaranya yang merdu.

" surah ni menegaskan kemurnian tauhid kepada Allah Subhanahuwata'ala, menolak segala bentuk syirik kepada-Nya dan menjelaskan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya." Haziq menyambung tafsir ayat bila Zulfan selesai bercakap.

Aku bertambah berdebar. Lepas Haziq, turn aku pulak. Mata sekali lagi menoleh ke arah Zulfan.


" Kita dah practise banyak hari dah. yakin tak boleh buat ni?" beberapa hari lalu sewaktu aku dan dia berlatih untuk present, soalan itu ditanya.

" tak yakin." Aku tahu diri aku yang tak percaya diri.

" mana boleh macam tu. Awak kena yakin yang awak boleh buat. Kenapa tak yakin dengan diri sendiri ni?" lembut suaranya beriku nasihat.

" saya.." aku berhenti bercakap. Mata naik memandang dia yang setia menunggu jawapanku.

" saya?" ulangnya semula.

" saya insecure dengan orang lain yang boleh buat apa yang saya tak boleh buat." perlahan saja suaraku memberitahunya.

Zulfan diam seketika. Mungkin mencari ayat yang sesuai untuk memujukku.

" let them. I will teach you how to be like them but..saya lagi suka awak jadi diri sendiri. no need to be insecure. awak ada kelebihan awak, diorang ada kelebihan diorang sendiri. No need to compare with you. Manakan mungkin sama antara bulan dengan matahari kan?"

Aku mencari anak matanya. Hatinya mula rasakan sesuatu bila iris mata berwarna coklat terang itu memandangnya tunak.

" pya, turn kau." bisikan Najwa menyedarkan aku kembali. Kepalaku berpaling ke arahnya sekilas sebelum kembali melihat depan. Kini semua mata tertumpu ke arahku termasuklah ustazah Fazilah.

" aaa...okey isu semasa yang berkait dengan surah al-ikhlas ni banyak. Antaranya ialah.." mulutku berhenti berkata-kata. Otak aku tiba-tiba kosong tak mampu nak mengingat semula point-point yang aku hafal.

Mata mula berkaca nak menangis. Muka ustazah Fazilah dipandang menghilangkan resah tapi lagi membuatkan dirinya bertambah takut. Kepala ditoleh memandang Zulfan di sebelah kanan.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now