TAMD 28

1.7K 72 0
                                    

Sebulan kemudian



" Najwa, kau jadi datang tak hari ni?" aku menelefon Najwa mengingatkan hari penting aku hari ni.

" mesti lah datang. Aku nak gerak dah ni, tunggu si Haziq tak sampai-sampai lagi." balas Najwa di sebelah sana.

Dia agak terkejut bila Safiyyah bagitahu yang dia nak bertunang lepas saja mereka habis final exam sebulan yang lepas.

" kau datang dengan dia ke?"Haziq dengan Najwa pun akan bertunang tak lama lagi lepas saja Haziq habis intern dia di sekolah menengah yang sama dengan Zulfan.

" haah, gila Haziq tak datang. Kau bukan tak tahu Is tu dah macam buah hati dia."

" ye lah, hati-hati. Aku off dulu, mama aku dah seru kat bawah." tuturku bila terdengar suara mama memanggil nama aku dari tingkat bawah.

" adik apa yang lama sangat kat atas tu?" sekali lagi suara mama kuat memanggil aku turun.

" ye, ma adik nak turun la ni. Kejap." aku bergegas keluar dari bilik setelah menutup panggilan.

" Mama ada jemput jiran kita dua tiga keluarga makan-makan nanti. Kamu pergi la turun tengok kak long siapkan tempat untuk tetamu. Mama nak mandi kejap." arah mama bila aku bertembung dengannya di tangga.

" okey, ma." aku tak membantah.

" dah mandi ke belum ni?" mama menyoalku.

" dah, awal lagi. Nanti keluarga Is nak sampai baru adik bersiap. Bersiap sekarang susah nak buat kerja." pasti mama tengok aku yang masih pakai baju biasa buatkan dirinya fikir aku belum mandi.

" ye lah. Mama masuk bilik dulu." Mama terus berganjak ke tepi, ingin naik ke biliknya.



" Kak long." Aku tegur kak Suraya dari belakang bila nampak dia kusyuk betul mengemas ruang tengah yang akan menjadi tempat tetamu nanti. Along dengan Papa keluar pergi jemput beberapa jiran kami.

" haa, turun pun adik. Sini, tengok kamu punya pelamin ni dah okey ke belum." Kak Suraya menggamit aku mendekat.

" elok dah la tu kak long kalau orang tu yang aturkan. Lagipun adik bukannya kahwin, bertunang aje pun. Along lah ni nak pelamin segala bagai." beria aku menolak untuk ada pelamin tapi along tak terima. Katanya aku ni satu-satunya adik dia, jadi dia nak buat yang terbaik untuk aku.

" tak apa lah, along nak bazirkan duit dia dekat adik sendiri. kan bagus tu." Kak Suraya bela suaminya. Kalau dia pun akan buat benda yang sama pada adik-adiknya.

" ye lah kalau tu pun niat along, bazir la kat tempat lain. Dia pun tau yang adik ni tak suka ramai orang tengok jadi tumpuan orang." aku mengeluh.

" haa tu panjang umur dia. Balik dah dengan papa." Kak Suraya tukar topik bila nampak kelibat suaminya dengan Encik Ahmad berjalan kaki masuk ke dalam kawasan rumah mereka.


" haa dik, kenapa tak siap lagi ni?" Encik Ahmad menyoal anak perempuannya yang masih berbaju t-shirt biasa.

" nak siap lah ni, pa. Nak susunkan makanan untuk tetamu kejap." balasku. 

" takpe, tu biar along dengan kak long yang uruskan. Kau pergi siap, dik." halau Muiz laju.

" haa betul tu. Adik pergi siap cepat. Kang kalau si Is tu sampai awal, haa mau tak menggelabah kamu nanti." sokong Kak Suraya. Kalau dia dah menyokong, memang aku tak mampu nak melawan lagi dah.

" ye lah." aku akur akhirnya. Langkah kaki dibawa naik kembali ke biliknya.



Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now