TAMD 21

1.6K 71 1
                                    

" kau dapat klu apa, Wa?" aku menyoal Najwa bila kami berdua dapat kertas dari Haziq untuk dipegang.

" tempatnya luas sesuai untuk bermain." Najwa membaca tulisan di kertasnya.

" kau?" dia tanya aku balik.

" tanpa dia tak lengkap hidup." aku membaca punyaku. Sekali baca aku dah tahu tempat checkpoint aku di mana.

" nanti setiap group yang datang checkpoint and yang lepas challenge dari kita saja yang kita bagi. Kalau tak lepas, tak payah kasi." Haziq mengingatkan balik apa yang dia pesan tadi.

" okay. Ni kitorang kena pergi tempat ni terus ke?" suaraku agak tinggi melawan suara kuat Zulfan yang masih tak berhenti cakap.

" haah. Korang tahu kan kat mana ni?" Haziq mengiyakan. Sengaja dia tak bagitahu checkpoint mereka berdua kat mana walaupun tempat Najwa sekali dengan dia.

" Padang."

" Surau." 

Aku dengan Najwa jawab serentak. Najwa dapat klu ke tempat aku. Aku dapat klu ke tempatnya. Come on lah, setakat klu mudah macam tu diorang boleh teka lah.

" Pandainya teka." puji Haziq kagum. Dia pun ambik masa yang lama nak fikir klu tempat checkpointnya tadi.

" tengok kaki lah." Najwa tayang muka bangga. Aku hanya senyum segaris terhibur.

" jom lah pergi. Nanti dorang dah start game kita kat sini lagi." aku mengajak mereka berdua pergi bila Zulfan macam dah nak habis cakap.

" tapi kau dengan Is. Takpe ke nak pergi sorang dulu?" tanya Najwa.

" haah, kau tak nak tunggu Is ke?" sokong Haziq. Jauh jugak surau dengan dewan utama ni kalau nak pergi.

" takpe, aku gerak dulu nanti dia datang lah. Sempat aku prepare apa yang patut sementara tunggu dia." balasku. Dia okey saja pergi dulu.

" okey lah kalau kau cakap macam tu. Jom lah." Najwa ikutkan saja. Kami bertiga bergerak ke tempat masing-masing. Najwa dengan Haziq, aku sorang diri.







" Najwa, kau tak bagi lagi jawapan semalam." Haziq menuntut jawapan soalannya semalam.

" Is dah bagi dah jawapan. Kau nak jawapan macam mana lagi?" balas Najwa selamba.

" ni kita kena buat apa ni?" dia menyoal bila sampai di meja yang dah disediakan. Ada tepung lah, ada batang paip PVC lah, ada bola pingpong lah dan macam-macam lagi. 

" dorang kena sambung batang paip ni jangan bagi bola pingpong ni jatuh. Kalau jatuh kalah." beritahu Haziq. Dia ambil satu bola pingpong lalu dilambung-lambungkan.

" oh, senang je." Najwa mencebik. 

" senang? kau tengok lah kejap lagi group first yang datang." Haziq senyum sinis. Senang minah ni cakap, eh.

" Diorang kena berjalan ke nanti?" Najwa tanya lagi bila dia nampak arahan yang tertulis di satu kertas. Baru dia tahu ada arahan rupanya.

" haah dari tempat yang kita duduk ni sampai hujung sana then patah balik kat kita tanpa jatuhkan bola ni." terang Haziq. Dia masih melambung-lambung bola pingpong di tangannya.

Najwa mengangguk faham. Dia mencapai satu lagi bola pingpong. Tiba-tiba muncul idea jahat di otaknya. Haziq di depan dia hadiahkan senyuman jahat.

" Ziq." panggilnya penuh muslihat. Apa salahnya kalau dia nak main sekejap sementara tunggu penghuni rumah Nur Kasih ni datang sini kan.

Haziq mengangkat kepala memandang Najwa. Matanya terus bulat bila tangan gadis tu baling bola pingpong ke arahnya. Tak sempat dia nak elak, bola dah headshot terkena dahinya.

" aduh, sakitlah mangkuk." dia menggosok dahinya laju. Kasar betul minah ni.

" kau main kasar eh?" Haziq senyum sinis. Giliran dia pulak nak balas dendam. Bola yang jatuh tadi dia capai kasar.

" tak baik pukul perempuan, Ziq. Aku report dengan Is." Najwa buka langkah seribu. Takut bola tu mendarat di dahinya pulak.

" ah takde. Siapa suruh kau cari pasal. Sini kau." Haziq mengejar gadis tu sampai ke tengah padang.

" Oi, korang yang jaga ke korang yang jadi pemain ni?" tegur salah seorang student yang sama kelas dengan Haziq dari hujung padang bila nampak mereka berdua tengah kejar-mengejar.

" jaga, jaga." sahut Haziq kuat. Dia masih tak puas hati bila bola yang dia baling tak kena Najwa. Dia kembali ke meja semula bila student yang menegur tadi pergi ke tempat jagaannya yang tak jauh dari padang. Najwa yang mengekek ketawakan diri dia, dipandang tak puas hati.

Kau tunggu la kejap lagi. getus hatinya perlahan.











Aku baca kertas yang tertulis arahan game yang akan dijaga nanti.

Nama Game: PASKAL Game.

" apa nama game pun dah nampak susah." aku tergelak bila baca nama game yang ditulis.

Mata meliar melihat di sekeliling kawasan luar surau. ada tali yang diikat rendah membentuk satu jalan. Sekali pandang aku tahu ni mesti nak buat jalan meniarap atas tanah ni macam askar-askar. Sekarang dia tahu kenapa nama game diberi macam tu.

" masa untuk diorang lepas berjalan hanya 3 minit." Zulfan muncul dari tepi. Sengaja dia bagitahu walaupun dia yakin aku dah tahu.

" nanti dorang tengah merangkak, kita simbah air." dia menyambung lagi bila aku hanya diam tak membalas.

" kejamnya. Tak payah la simbah air, basah nanti baju diorang." aku balas laju.

" mana ada kejam. nama pun game PASKAL. Kalau askar punya latihan, guna pistol terus. Kira okey la kita guna air, kan?" bantah Zulfan. Dia tetap nak simbah air.

" ikut awak lah. Malas nak gaduh. Tu, ada group dah sampai." aku tak jadi nak bergaduh dengan dia bila ada sekumpulan perempuan datang ke arah kami.

" jom." Zulfan mengajak aku kembali ke meja semula.



" tengok klu yang korang dapat." Zulfan meminta klu pada mereka.

" tempat healing." bagitahu salah seorang dari mereka mungkin juga ketua.

Aku tersenyum bila mendengar. Mereka salah tempat.

" salah. Ni bukan tempat healing. Cari lagi." halau Zulfan.

" kenapa awak letak lelaki dengan perempuan jaga setiap checkpoint?" aku menyoalnya bila kumpulan tadi beredar.

" sebab ibu Aisyah bagitahu diorang ni kalau orang luar datang, agresif jadinya." dia menjawab tenang.

Aku mengangguk faham. Dia pun tahu lah kiranya.

" and I don't want anything happen to you, so I decide to did like this." sambung Zulfan.

" kenapa tak bagi lelaki je yang jaga?" aku menyoal lagi. Dah kalau risau, tak payah la bagi orang perempuan jaga.

" mana boleh takut diorang lagi tak selesa." dia menjawab lagi.

" kenapa.." aku baru nak sambung soalan lagi tiba-tiba dia menunjuk kumpulan lain yang menghampiri kami.

" dah, tak payah banyak tanya lagi. I think they found us." kata Zulfan. Dia berdiri bila mereka dah sampai ke meja kami.

" klu?" tanya Zulfan. Aku turut bangun berdiri menyambut mereka.

" tanpa dia tak lengkap hidup." beritahu mereka serentak.

" I told you. They found us." bisik Zulfan di tepi telingaku seolah-olah bangga dengan tekaannya.

" okay, come. korang punya challenge senang je." Dia menggamit semua mengikut langkahnya ke tempat game kami.





Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now