TAMD 34

1.3K 40 2
                                    

Dah seminggu aku melancarkan perang dingin dengan Zulfan selepas saja malam itu. Entah kenapa, otak aku selalu saja berfikir, kalau-kalau mereka berhubung tanpa pengetahuan aku. Tapi jauh di sudut hatinya, dia percayakan Zulfan cuma tak percayakan perempuan yang suka dengan tunangku itu. Dia pun perempuan, dan dia tahu kaum perempuan ni sanggup buat apa saja untuk orang yang mereka suka. Dia bimbang Athirah akan buat sesuatu yang memisahkan dia dengan Zulfan nanti.

" ish, apa yang aku fikir ni." aku menggeleng laju menghilangkan fikiran negatif di otak.

" kau kenapa, Pya? Ada masalah ke?" tanya Najwa prihatin. Dah seminggu dia nampak kawan baiknya tu macam serabut.

" tah lah, wei. Aku pun tak faham dengan diri aku ni." balasku ringkas.

" Kenapa? Kau gaduh ke dengan Is?" Najwa menyoal lagi.

" Aku tak gaduh punn tapi aku ignore dia dekat seminggu dah." aku mula bercerita.

" kenapa kau ignore dia? Dia buat apa kat kau?" Najwa mula datang dekat ingin mendengar lebih lanjut.

" kau ingat malam aku keluar dengan dia minggu lepas?" aku memandang Najwa mengingatkan gadis tu tentang malam aku keluar dengan Zulfan tempoh hari.

" haa, ingat. Kenapa?" Nasib dia ingat.

" waktu kami nak main game dekat IOI city mall tu, dia cerita yang Athirah ada ajak dia keluar. Masalahnya kan, dia memang tak keluar pun dengan perempuan tu tapi entah lah. Aku tiba-tiba terfikir kalau-kalau Zulfan tu contact  je dengan perempuan tu kat luar. Aku tau, apa yang aku fikir ni salah tapi kau pun tau perempuan ni selalu je lah overthinking benda-benda macam ni." aku beritahu dia panjang. Ingin berkongsi masalah dengan dia, mana tahu dia ada solusi untuknya.

" ouuh, faham. Kau jeles la ni kan?" sempat dia mengusik aku.

" jeles la, siapa je yang tak jeles kalau orang kacau tunang sendiri." aku mengaku depan dia. Kalau depan Zulfan, lambat lagi nak mengaku.

" aku rasa kau tak boleh buat Is macam tu. Kau sendiri kenal dia macam mana, takkan dia nak tipu kau pulak. Kau kena tanya dia pasal Athirah tu betul-betul, kalau kau tuduh dia contact perempuan tu belakang kau tapi tak betul, kesian Is tu. Kau kena la settle baik-baik, mana boleh ignore dia macam tu. Kesian tau dia." Najwa bagi nasihat pendek. Nak bagi panjang-panjang, Safiyyah dah besar. Dah pandai fikir apa yang baik dan apa yang salah, dia cuma boleh nasihat saja.

" settle dengan dia baik-baik. Jangan lari macam ni, kesian Is." ulangnya lagi.

" hmm ye lah. Japgi aku settle baik-baik dengan dia." aku akur. Betul lah kata dia, mungkin tuduhan aku tu tak betul pun sebenarnya.

" biasa lah, ujian bertunang ni besar sikit. Kau kena la kuat nak lawan ujian ni." Najwa menepuk-nepuk bahuku memberi semangat.

" okey lah, thanks Wa. Aku ikut cakap kau nanti." aku berterima kasih padanya.

" No problem. Masalah kau, masalah aku jugak." 






" kau kenapa nampak serabut ni?" Haziq menyoal Zulfan ketika mereka sedang menikmati waktu lunch bersama. Lelaki tu dah macam tak duduk depan dia tapi menerawang fikir lain.

" mana ada serabut. Aku tengah pening ja." balas Zulfan lemah. Dah berhari-hari dia fikir apa salah dia sampaikan Safiyyah ignore dia, chat dia, call dia semua lah dia ignore.

" kenapa?" tanya Haziq ingin tahu.

" Safiyyah ignore aku dah dekat seminggu dah. Masalahnya aku tak tahu apa salah aku. Lepas je aku keluar dengan dia malam tu, dia terus berubah tak pedulikan aku." cerita Zulfan.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now