TAMD 22

1.6K 58 3
                                    

Selesai saja game explorace kami, aku dengan Najwa merancang untuk berjalan-jalan di sekeliling rumah ni. Kami malas nak tengok acara penyampaian hadiah bagi kumpulan yang menang.

" habis basah orang-orang yang datang ke checkpoint aku tadi. Zulfan punya kerja lah pergi simbah dorang air." aduku pada Najwa ketika kami berjalan. Tak kami nafikan di sini tenang tempatnya. Ada tasik, ada taman bunga, ada surau dan macam- macam lagi lah. Walaupun namanya rumah, dia tak macam rumah tapi macam institut.

" tahu. Ada yang datang tempat kami basah kuyup lepastu si Haziq tanya lah kenapa. Diorang cakap kerja korang." sahut Najwa. Punya berdekah la dia gelak waktu diorang datang ke tempatnya tadi.

" wa." aku berhenti melangkah bila nampak sekumpulan gadis yang duduk tak jauh dari kami.

" eh, diorang tak kumpul sekali ke kat dewan?" dia menyoal pelik bila nampak apa yang aku tunjuk padanya.

" aku pergi kat diorang, kau tunggu sini. Apa-apa jadi, kau call Zulfan ke Ibu Aisyah ke Haziq ke ataupun siapa-siapa lah." kataku. Mata masih memandang ke arah mereka.

" bahaya lah, Pya. tak payah la pergi, kita patah balik je." larang Najwa. Takut pulak dia tengok perempuan-perempuan tu. Siap merokok lagi.

" takpe. Kau tunggu je sini. Kalau tengok pelik sikit, kau call je siapa-siapa." aku tetap ingin ke sana. 

Najwa tak mampu menghalang. Dia menyorok di belakang pokok bila aku mula mendekat ke arah sekumpulan gadis di sana. Dia terus mendail nombor Zulfan sebaik saja kawannya pergi.

" Is, kau datang sini jap. Nanti aku bagi kau live location dekat whatsapp." pintanya sebaik saja Zulfan angkat telefon.

" datang mana? kau kenapa? Safiyyah mana?" Zulfan disebelah sana bertalu-talu menyoal dia.

" kau datang sini dulu. Aku rasa Pya dalam bahaya baik kau datang cepat. Bawak Ibu sekali datang sini." usai saja dia beritahu, talian terus ditutup.





" Assalamualaikum." aku menyapa mereka mesra walaupun dalam hati ada perasaan takut jugak.

" Assalamualaikum." aku memberi salam kali kedua bila mereka hanya buat tak peduli dengan salam pertamaku. Mereka semua ada lima orang mengikut kiraannya.

Mereka berhenti bergelak tawa bila serasa aku seperti mengacau. Gadis yang masih pegang rokok di tangannya memandangku atas bawah.

" kau nak apa?" tanyanya kasar. Rokok di tangan dia lempar ke tanah sebelum apinya dipijak mati.

" kenapa tak kumpul sekali kat dewan?" aku menyoalnya berani walaupun dalam hati terbersit rasa takut.

" suka hati kami lah nak buat apa pun yang kau sibuk ni kenapa? Rumah ni kau punya ke?" dia membalas kasar.

Aku telan air liur yang terasa kelat. Dia berundur setapak ke belakang.

" maaf kacau korang semua. Saya pergi dulu." aku bertindak meminta diri sebelum muncul masalah lain. Tak pulak dia sangka mereka sekasar ini kalau tak memang dia takkan dekat tadi.

" kau nak pergi mana? report dekat Ibu?" gadis yang aku fikirkan ketua mereka menyoal aku.

" aaa...s-s-saya n-na-nak ba-balik dewan." aku tiba-tiba gagap. 

Tu lah kau, Safiyyah. Berani sangat kat tempat macam ni. marahnya dalam hati.

" heh jangan harap kau boleh pergi macam tu je." Dia merapat setapak demi setapak ke arahku.

Aku membulat mata bila dia tiba-tiba keluarkan pisau lipat dari poket bajunya. Kakinya kaku tak dapat bergerak.

" lain kali jangan sibuk urusan orang lain." dia berkata sinis padaku disambut tawa kawan-kawannya di belakangnya.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now