TAMD 26

1.8K 69 14
                                    

Terima kasih, yang mana masih nak saya teruskan. Saya teruskan demi awak semua sebab kalau ikutkan hati saya, saya betul-betul nak delete this story dan jugak acc ni. Saya bukan nak cakap saya cepat koyak tapi saya dah lama fikir nak quit tapi saya sayang dengan idea yang muncul. 

Saya tak cakap yang saya ni perfect sampai tak boleh terima kritikan tapi saya manusia biasa yang mudah sakit dengan kata-kata. I know ramai lagi writer and author yang kena lebih teruk dari saya, tapi elok je diorang stay. Awak kena ingat something,

" setiap ujian tak sama. Awak jangan expect, semua orang mampu bertahan dengan kata-kata kita. Everyone is struggle. Semua orang struggle dengan diri mereka. Masing-masing struggle dengan masalah sendiri."

 Saya sendiri pun banyak perkara yang boleh buatkan saya exhausted cepat. saya ada anxiety, saya seorang yang introvert, saya seorang student yang full dengan assignment dari lecturer ii, dan macam ii lagi yang tak mampu saya nak sebut satu-persatu dan harapan saya, wattpad adalah tempat saya lepaskan semua masalah hidup saya ke dunia fantasi. Dan saya pun tak nak lah dunia fantasi ni turut bagi problem pada saya.

Saya tulis hanya untuk fun dan bukan untuk jadikan menulis ni sebagai career saya. Saya tulis waktu saya free, dan saya harap kita semua mampu jadi orang yang tak menjatuhkan orang lain. Dan sikit pun saya tak ada niat untuk novelkan karya saya sebab saya tahu saya banyak lemahnya dalam dunia penulisan. Kalau ya pun saya nak terbitkan, saya akan terbitkan kalau ada syarikat yang offer. Untuk self publish, InshaAllah takkan pernah terjadi.










Hampir 3 jam perjalanan balik, aku dengan Zulfan sampai di rumah keluargaku.

" along pun ada?" aku terangkat kening bila nampak kereta abang sulungku di garaj kereta.

" abang sulung awak dah kahwin ke?" tanya Zulfan bila nampak anak sedara aku keluar dari rumah menyambut kami.

" haah dah, dekat 4 tahun dah." aku buka pintu kereta bila nampak kelibat mama dengan papa dah keluar rumah.

" Assalamualaikum, mama papa." aku berjalan ke arah orang tuaku. Tangan pantas mencari tangan mereka bersalam.

" waalaikumussalam." balas mereka serentak.

" ni ke orangnya?" Papa menyambut huluran tangan Zulfan bila anak muda tu nak salam.

" Assalamualaikum, uncle, aunty." Zulfan menyapa sopan. Senyuman dihadiakan buat orang tua Safiyyah. Hatinya agak gementar berhadapan dengan mereka.

" kenalkan, ni along. Abang sulung saya. Sebelah along, kak long saya. Kakak ipar saya." aku kenalkan dia dengan along. 

Zulfan hulur tangan nak bersalaman. Kepala dianggukkan tanda menyapa.

" Iskandar." Zulfan kenalkan namanya.

" Muiz." aku tersenyum bila along turut kenalkan namanya.

" makcu, amanya makcu ak atang umah Ana." ( maksu, lamanya maksu tak datang rumah Ana) Raihana, anak sulung abang aku menegur dengan bahasa pelatnya. Mimik wajahnya masam.

Aku melutut ke tanah, menyamai paras ketinggian anak saudaraku. Tangan mencuit hidung comelnya, memujuk rajuk si kecil.

" maksu sibuk la, Ana. Ni maksu dah balik ni." aku memujuk dia. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia rindukan si cilik yang bijak ni.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now