TAMD 20

2.4K 106 3
                                    

" awak nak sambung mana?" tak terus menjawab, aku menyoalnya balik.

" UKM. jom lah sekali dengan saya kalau nak sambung." ajak Zulfan. 

" kalau saya nak sambung oversea macam mana?" dari dulu memang impian aku nak sambung belajar di luar negara.

" Malaysia kan banyak U hebat-hebat?" soalanku dia balas dengan soalan.

" tengok lah macam mana nanti lagipun saya ada lagi setahun nak grad. Entah-entah awak pun dah tahun berapa kat sana. Tinggal saya sorang-sorang jugak nanti." 

Zulfan ketawa lagi. Betul jugak apa yang gadis tu cakap. 

" ye lah, ikut awak lah." Zulfan tak membantah tapi dia harap Safiyyah tak pilih U di luar negara.

" saya mengantuk dah la. Awak tak nak tidur lagi ke?" aku menguap lagi. Entah kali ke berapa dah dia menguap depan Zulfan.

" awak pergi lah tidur dulu. Saya nak join Najwa dengan Haziq kejap." balas Zulfan. Dia belum rasa mengantuk lagi walaupun dia selalu tidur awal.

" okay." aku tak menghalangnya.

" awak tak nak wish good night dekat saya ke, sayang?" hati Zulfan berbisik.

" nanti awak bagitahu Najwa saya tidur dulu eh?" pesanku takut Najwa mencarinya.

" okay." akur Zulfan. Baru saja dia nak bangun tiba-tiba badannya jatuh terduduk balik mendengar ayat terakhir aku.

" good night, my man." aku terus masuk ke dalam khemah usai wish padanya lalu cepat-cepat menarik zip tutup khemah. Ahh, dia malu tiba-tiba.

" tiba-tiba rasa nak tidur terus." tutur Zulfan lemah. Pertama kali Safiyyah gelarkan dia dengan panggilan macam tu.

" good night too, sayang saya." dia menghantar mesej pada Safiyyah sebagai balasan ucapan tadi sebelum dia bangun mencari kelibat dua orang kawannya lagi. Kat mana lah dorang melepak malam-malam ni.





" Najwa, kau ada boyfriend tak?" Haziq cuba mengorek. Takkan orang cantik macam dia tak ada orang nak kan?

" ada." jawab Najwa laju. Mereka berdua duduk di tebing tanah tak jauh dari khemah.

" serious lah?" Haziq terkejut. Kenapa macam tak boleh percaya saja.

" dulu lah tapi." sambung Najwa selamba. Awal-awal dulu saja dia agak sedih tapi sekarang dia rasa semua lelaki sampah kecuali dua orang mamat yang segroup dengan dia ni.

" fuh, nasib ada chance lagi." Haziq bisik perlahan pada dirinya.

" apa chance chance? tak de, aku malas nak bercinta dah." selar Najwa bila dia dengar apa yang Haziq bisikkan.

Haziq bulatkan mata. Dia dengar la pulak minah ni.

" tapi aku tak jahat." dia buat muka comel. Mana tahu tiba-tiba Najwa tercair dengan dia.

" siapa cakap kau jahat?" soal Najwa balik.

" dah tu? aku bagi banyak hint dah kat kau, takkan tak nampak lagi." Haziq mencebik. Jual mahal betul la minah ni.

" orang gila je tak nampak, unless dia betul-betul gila." sampuk Zulfan dari belakang. Puas dia mencari, kat sini rupanya diorang berdua.

" eh? asal kau datang sini?" mereka berdua serentak menyoal.

" kenapa? aku kacau korang dating ke?" Zulfan senyum mengusik.

" dating kepala kau lah, Is. Kau jugak yang halau aku dengan Haziq lepastu banyak bunyi pulak sekarang." selar Najwa. Dah la suka hati halau dia lepastu tuduh dia dating pulak.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now