TAMD 23

1.6K 71 0
                                    

Aku terus membalut luka Zulfan tanpa menghiraukan kehadiran gadis itu. Dia tak berniat nak mencampuri urusan mereka berdua.

" terkena pisau tadi." jawab Zulfan kekok. Bibirnya tersenyum paksa memaniskan roman wajahnya.

" Nampak macam dalam je. Tak nak pergi klinik ke?" dari raut wajah Athirah, aku dapat rasakan yang dia risau dengan Zulfan.

" tak kot. Sikit je ni. Lagipun Safiyyah dah tolong rawatkan." aku sembunyi senyum bila Zulfan menyebut namaku. Biar dia sedar yang Zulfan tak perlukan dia kat sini.

" tapi nanti takut kena jangkitan kuman kalau tak dapatkan rawatan betul-betul, Is." dia masih lagi berdegil nak ajak Zulfan ke klinik.

" don't worry, I trust my girl. Lagipun dia belajar cara asas rawat luka. Takkan dia nak buat saya sakit lagi teruk, kan?" 

Balasan dari Zulfan berjaya buat dia terdiam. Tahu pun nak terciduk.

" awak tak payah risau lah, ya? Dah ada orang rawat luka saya lagi baik dari doktor." Zulfan menyambung lagi bila Athirah diam tak membalas.

" b-boleh saya mintak ruang nak bercakap dengan awak berdua?" Athirah pandang aku meminta ruang agar tinggalkan dia dengan Zulfan.

Aku mengangguk faham. Mata beralih arah melihat Zulfan di depan mata.

" saya balik dewan dulu." aku beritahunya perlahan.

" No. tunggu saya kejap. Macam mana nanti kalau geng-geng jahat tu datang cari awak." dia melarang.

Aku yang malas nak panjangkan drama akirnya hanya mengikut. Kaki dibawa jauh kira-kira 50 meter dari mereka.



" awak dengan Safiyyah tengah in relay ke?" Athirah menyoal terus bila Safiyyah menjauh dari mereka berdua.

Zulfan membuang pandang melihat ke arah Safiyyah yang dah mula main dengan telefonnya.

" ya." jawabnya ringkas dengan senyuman nipis.

" Is." Athirah memanggil namanya serius.

" saya sebenarnya dah lama suka awak. Dari kita sem satu lagi." Dia meluahkan perasaannya bila Zulfan menunggu kata-katanya.

Zulfan terkedu. Apa yang dia nak kena buat ni? Nafas ditarik dalam sebelum membalas.

" saya hargai perasaan awak tapi maaf, saya tak boleh balas. Saya cintakan Safiyyah." penuh hati-hati dia menutur kata-kata menolak perasaan Athirah.

" Saya faham." gadis itu menunduk.

" kalau macam tu, saya pergi dulu. Sorry kacau masa awak dengan dia." Athirah meminta diri. Senyuman dia berikan dengan penuh keterpaksaan. Nampaknya dia terlambat meluahkan perasaannya pada Zulfan.

Zulfan hanya mengangguk. Tangannya menggamit Safiyyah kembali bila bayang-bayang Athirah perlahan-lahan menghilang.


" dia cakap apa?" aku menyoalnya laju bila kembali ke Zulfan.

" dia confess." balasnya ringkas.

" lepastu awak jawab apa?" aku ingin tahu lagi. Athirah pun tak kurang cantik rupanya.

" serius nak tahu?" Zulfan masuk mood mengusik. 

" ye lah, takkan main-main pulak." aku melayannya.

" kalau awak sampai dulu kat dewan, saya bagitahu. Kalau saya sampai dulu, tak nak bagitahu." dia mencabar aku.

" mana aci macam tu." aku membantah cabarannya.

" werk..aci kat India." dia mengejek aku sebelum terus berlari meninggalkanku.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now