TAMD 24

1.6K 75 0
                                    

Hari ni hari terakhir kami berada di Pulau Songsong setelah tiga hari bercamping di tepi pantai.

" hari ni, aktiviti bebas. Kalau ada yang nak mandi pantai ke, nak berjalan-jalan tepi pantai ke, nak berootd ke ataupun bercontent ke, saya izinkan. Pastikan jaga keselamatan masing-masing. Kita datang dengan badan yang sihat, balik pun mesti macam tu. Saya tak nak ada kejadian buruk yang berulang lagi. Faham, semua?" Ustaz Yasir bagi taklimat pada kami semua.

" kita gerak balik pukul berapa, ustaz?" tanya Suraya, classmate aku dan Najwa.

" kita akan gerak pukul 2 petang. So, manfaatkan pagi kamu kat sini sebaik-baiknya. Saya tahu semua dah penat dengan aktiviti macam-macam, jadi saya bagi kamu rest pagi ni." balas ustaz Yasir.

" wa, jom jalan tepi pantai nak?" aku mengajak Najwa di sebelah.

" kau ajak lah Is. Haziq dah ajak aku jalan dengan dia. Sorry, sistur." Najwa tayang sengih.

Aku kerut dahi. Aku ada tertinggal apa-apa ke lepas dari kejadian rumah Nur Kasih haritu?

" kau dengan Haziq ada apa-apa ke?" aku menyoalnya hairan.

" eh, perlahan la sikit suara kau tu." Najwa memukulku perlahan. Matanya melihat sekeliling takut orang lain dengar.

" aku rasa aku dah tersuka Haziq." Najwa mengaku perasaannya perlahan. Sejak Haziq menjaga dia ketika diserang fobia tempoh hari, hatinya mula terbuka pada Haziq.

" faham." aku mengangguk kecil. Tak nak menyoal banyak, biarlah dia. Lagipun Haziq nampak macam budak baik, jadi dia tak risau sangat.

" kalau macam tu, aku pergi dulu la. Nanti kalau Is cari aku, cakap aku kat bawah tau." aku bangkit berdiri.

" beres bos." Najwa akur.




Aku hirup udara segar di tepi pantai. Baru hari ni dia betul-betul berjalan tepi pantai walaupun dah tiga hari kat sini.

" Safiyyah." seseorang memanggil namaku dari belakang, sekaligus membuatkan matanya terbuka kembali.

Aku paling ke belakang ingin melihat empunya suara.

" Athirah." aku menyebut nama orang yang berdiri di depannya perlahan.

" saya nak cakap sikit boleh?" pintanya lembut dengan senyuman yang dia tak tahu benar ke palsu.

Aku mengangguk sebagai jawapan walaupun dalam hati timbul perasaan hairan.

" awak nak cakap apa?" soalku ingin tahu. Aku berdiri bersebelahan dengan dia.

" awak dah lama ke kenal dengan Iskandar?" Athirah terus direct tanpa basa-basi.

Aku tersenyum kecil bila dapat tangkap arah tuju soalannya.

" tak ada lah lama sangat, baru je. 2 bulan." aku jawab jujur.

" saya kenal dia dari zaman asasi lagi. Hampir 4 tahun. Awak tau yang saya suka dia?" Athirah mengasak aku dengan soalannya lagi.

" awak mungkin suka dia, tapi dia suka saya. Apa yang saya boleh buat?" aku balas dengan berani. Dia salah kalau anggap aku akan berdiam diri macam heroin dalam novel-novel.

Aku tahan senyum bila nampak dia ketap gigi. Mungkin geram dengan ayat aku ataupun terasa.

" Nur Safiyyah." 

Belum sempat dia nak balas ayat aku, Zulfan dari jauh memanggil nama aku berulang kali.

" See that? Walaupun dia nampak awak dulu tapi kenapa nama saya yang dia panggil? That's mean, you're nothing to him. Even awak kenal dia dulu, orang yang dia suka, saya. You need accept this fact. He never see you more than as his classmate." tuturku sinis.

Tuhan, Aku Mahu Dia.जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें