TAMD 7

1.4K 67 0
                                    

" Aku masih ingin sendiri untuk memperbaiki diri yang masih banyak kurangnya."


- Nur

" saya tak setuju pun kita satu group." aku menahan Zulfan dan kawannya seusai kelas habis.

" aku tunggu luar tau, Pya." bisik Najwa seraya keluar dari kelas.

" kau tunggu aku kat luar, Ziq." Zulfan menghalau Haziq keluar laju. 

Haziq hanya menurut tanpa kata. Lambat-lambat dia keluar dari kelas. Tangan diangkat sopan menyapa Najwa yang turut menunggu di luar.

" sorry sebab pilih tak beritahu tapi saya tak selesa dengan student yang mintak-mintak nak satu group dengan saya." Zulfan beritahu hal sebenar. Bukan niatnya saja-saja nak bersuara macam tadi.

" lagipun saya kenal awak je dalam tu tadi." sambung Zulfan.

Hati aku berubah menjadi sejuk bila mendengar penjelasannya tapi tetap saja dia tak boleh buat macam tu.

" lain kali jangan la cakap kuat macam tu. Orang lain boleh syak nanti." aku menasihatinya.

" so, awak terima saya satu group dengan awak ke ni?" Zulfan tak dapat menahan gembiranya.

" demi PLK." aku berdalih.

" terima kasih, Safiyyah." tutur Zulfan lembut.

" tapi, saya tak kenal awak dengan kawan awak tu lagi. why not kita introduce diri masing-masing?" Zulfan memberi cadangan.

" nanti cari tarikh semua free, kita buat study group kat library." aku menerima cadangannya.

" nombor fon awak?" Zulfan menghulur telefon bimbitnya, menyuruh aku menulis nombor telefonku.

Tanpa kata aku mengambil telefonnya lalu menulis nomborku.

" terima kasih." ucap Zulfan sekali lagi bila aku mengembalikan telefonnya.

" ya, sama-sama. saya pergi dulu." aku meminta diri takut-takut menimbulkan fitnah kepada dia dan Zulfan sebab berduaan di dalam kelas nanti.

" kau cakap apa dengan Is?" tanya Najwa sebaik saja aku dan dia keluar dari bangunan fakulti ingin kembali ke kolej kediaman.

" aku cakap la tak boleh la cakap kuat macam tu. Dia kena faham kita ni course agama, kena jaga imej agama takut timbul fitnah nanti." beritahuku separuh jujur.

" kau kenal dia lama dah ke?" Najwa cuba mengorek lagi.

" takde la lama. Baru je dua minggu lepas masa kat library. Dia pinjam kitab aku." 

" kau tak citer pun dengan aku. sampai hati." suara Najwa berubah jauh hati. Dia tahu aku tak pernah kongsikan apa-apa cerita dengan dia hanya dia yang rajin bercerita dengan aku tentang hari-harinya.

" aku bukan tak nak cerita, tapi aku rasa benda ni tak penting pun. Kalau penting, aku cerita lah dengan kau." terang aku.

" ye lah, semua benda tak penting. tu yang tak pernah cerita apa-apa dengan aku. dah la, bye. balik la kau sorang-sorang." usai berkata, Najwa berlari meninggalkan aku di belakang.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now