TAMD 31

1.5K 64 0
                                    

" kami balik dulu lah, ye?" Puan Rafidah bersalaman dengan mama. Ayah Zulfan pulak salam dengan papa. Aku di tepi hanya memandang dengan senyuman. Along dah balik rumah dia, tiba-tiba saja dapat panggil oncall dari hospital padahal dia dah mohon cuti hari ni. Nak tak nak terpaksa lah balik, dah tugas dia.

" ye lah, hati-hati drive. Ye lah jauh kan, risau lah jugak kaminya pun." balas mama selepas pelukan mereka dileraikan.

" mama, papa, Is nak cakap dengan Safiyyah kejap boleh ke?" Zulfan minta izin dari kedua orang tua aku.

" silakan, silakan." papa mengizinkan laju. Aku mengikut langkahnya ke kereta bila dia bergerak ke kereta.


Aku mengerutkan dahi bila dia masuk ke dalam kereta seolah-olah ingin mengambil sesuatu. Sangkaan aku betul bila dia keluar dengan sehelai rida' dan sapu tangan kecil miliknya.

" saya nak awak simpan rida' dengan sapu tangan saya ni sampai lah hari kita kahwin nanti. Boleh?" Zulfan hulurkan barang-barang miliknya itu pada aku.

" kenapa awak nak saya simpan?" aku bertanya ingin tahu walaupun tangan masih tetap menyambut pemberiannya.

" sebab dari dulu saya dah niatkan macam ni. Saya nak bakal isteri saya ada sesuatu yang hubungkan ikatan antara saya dan dia." jawab Zulfan tenang.

Aku mengangguk faham. Kepala ditunduk memandang ukiran di kedua-kedua kain di tangannya. Tertulis sebaris nama milik Zulfan bersulamkan jahitan tangan yang kemas.

" mana pun awak pergi, ingatlah saya sentiasa ada dengan awak. Di sini." ucap Zulfan ikhlas. Tangannya naik menyentuh dada sendiri.

" hahahaha. jiwangnya tunang saya ni." aku tak mampu tahan tawa. Tiba-tiba Zulfan terlebih romantik pulak sekarang ni.

" saya serius, Safiyyah. Kita dah jarang jumpa sekarang. Awak busy dengan study awak, saya dengan kerja. Kalau awak nak jumpa saya, bagitau je. Nanti saya pergi sana jenguk awak." Zulfan masih dengan mimik muka yang serius.

" ye lah. Hati-hati drive. Dah sampai nanti text lah saya bagitau." balasku.

" okey. Jaga diri awak." Zulfan titipkan pesanan terakhir sebelum kembali ke keluarganya.

" jom, ibu ayah." ajak Zulfan bila tinggal dia saja yang ahli keluarganya tunggu untuk bergerak balik ke Johor.

Najwa dengan Haziq turut beransur pulang sebaik saja keluarga Zulfan pulang.

" aku balik dulu, Pya. Jumpa bukak sem nanti." Najwa datang peluk aku erat.

" hati-hati, Wa. Thanks tau datang hari ni." aku ucap terima kasih pada dia. Ye lah dia lah satu-satunya kawan universiti yang aku jemput.

" Kau kan bestfriend aku." kata Najwa ikhlas. Dia meleraikan pelukan kami sesaat kemudian. Pada Haziq aku ucapkan terima kasih kerana banyak menyumbang jasa pada aku dan Zulfan hari ni.

" jangan lupa send gambar nanti malam." sempat aku titipkan pesanan pada dia. Mana tahu lelaki tu lupa nanti.









Nasib along order katering, jadi tak adalah penat nak mengemas. Untung jugaklah papa jemput mengalahkan satu taman tadi, boleh lah tolong mama dengan dia kemas apa yang patut tadi.

" Papa dengan mama nak keluar kejap. Kamu nak ikut tak?" Belum sempat nak rehatkan kepala di sofa, mama datang mengajak keluar.

" erm tak kot ma. Adik penat lah. Adik stay kat rumah je lah." aku menolak sopan. Dia betul-betul penat melayan tetamu tadi. Energy sosialnya hampir habis dek sifat ramahnya menjawab soalan-soalan tetangga tadi.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now