TAMD 29

1.3K 63 1
                                    

" perahu kolek ke hilir tanjung, sarat bermuat tali-bertali. Salam tersusun tepak terjunjung, apakah hajat tuan sekeluarga sampai ke mari." Papa mulakan pantun mengikut adat melayu bila keluarga Zulfan dijemput masuk ke dalam rumah.

Atas permintaan papa dengan mama, mereka nak berbalas pantun semasa hari pertunanganku. Kata mereka, baru lah mengikut adat melayu. Mama dengan papa memang tinggi sentimental value dengan adat melayu.

" bukan batang sebarang batang, batang berdiri sukar dipanjat. Bukan datang sebarang datang, datang kami mengutus hajat." ayah Zulfan balas balik pantun yang diberi.

Aku pandang Zulfan sekilas yang duduk bertentangan dengan papa dari sebalik kain langsir di dapur. Mama tegah dia duduk di ruang tamu sampai lah waktu sarung cincin nanti baru dia dibenarkan datang ke ruang tamu.

" malam-malam pasang pelita, pelita dipasang di atas peti. Kalau sudah bagai dikata, silakan terang hajat dihati." Encik Ahmad senyum manis. Dulu masa anak sulungnya bertunang, mereka tak pulak berpantun macam ni sebab pihak keluarga menantunya dulu tak kisah pun tak berpantun.

" pokok benta dicelah batang, jatuh menunduk di tengah taman. Dari Johor kami datang, ingin menyunting mawar di taman."  

Aku kira itulah pantun yang terakhir bila kak long datang ke dapur memanggil aku ke ruang tamu bersamanya.

" yang kami ada mawar ni je lah. yakin ke mawar ni yang nak disuntingnya anak tuan sekeluarga?" tanya papa bila aku dah duduk di sofa. Tiba-tiba muka terasa merah dek malu ramai jiran-jirannya tengok. Papa lah ni pergi panggil ramai sangat jiran dia. Ingatkan rumah sebelah aje, sekali tengok macam dah sekampung papa dia ni jemput.

" haa betul ke Is yang ni? kang tersilap meminang, kamu pulak yang merana." Encik Zulhairi mengusik anak sulungnya. 

" betul lah bunga ni yang Is nak." jawab Zulfan laju. Dia pandang aku lama tak berkelip.

" dah-dah, pandang tu sekejap aje tak boleh lama-lama." along mencelah tiba-tiba.

Aku guling mata ke atas dengan ayat along. Macam ni dah dia, entah apa yang dia nak jeleskan dia pun tak tahu. Bukannya Zulfan nak putuskan pertalian darah kami pun.

" kamu nak jeles apanya Muiz. Kamu tu dah berkeluarga dah, takde pun adik kamu ni jeles macam kamu. Biar lah dia pulak yang nak berkeluarga macam kamu." sampuk pakcik Rahman, jiran sebelah kiri rumah kami. Dulu aku dengan along selalu main dengan anak-anak dia.

" entahnya, pakcik." aku menyokong kata-katanya. 

Seisi rumah ketawa mendengar ayat pakcik Rahman.

" dah, dah. Muiz, control sikit. Malu jiran tengok." usik papa. Dia pun join membahan anak sulungnya. Bertambah gamat suasana bila ditambah dengan ayat papa.

Nuzhan dengan Naufal pun gelak sekaki. Aku tak sempat nak tegur mereka tadi. Kejap lagi lah dia tegur. Tiba-tiba dia teringat Najwa dengan Haziq. Tak sampai-sampai lagi diorang ni. Lama betul, jem ke.

" macam mana, adik? Setuju ke nak terima lamaran keluarga Iskandar?" papa kembali ke topik asal kami.

" setuju." aku berikan jawapan yang semua orang mahu dengar bahkan jawapan yang dia sendiri nak.

" Alhamdulillah." ucap semua orang di ruang tamu serentak gembira. sempat aku memandang Nuzhan yang berhi-five dengan abang kembarnya. Seronok betul riak wajahnya.

" kalau macam tu, boleh la ibu Is sarungkan cincin tunang kan?" salah seorang jiran mencelah lagi. Kalah tuan rumah pulak yang kalutnya.

" Assalamualaikum." belum sempat Encik Ahmad nak membalas kata-kata jirannya, tiba-tiba terpacul dua susuk tubuh di depan pintu rumahnya.

" waalaikumussalam." balas mereka semua serentak. Semua mata memandang Najwa dengan Haziq.

" maaf lambat, kitorang kawan Iskandar dengan Safiyyah." beritahu Haziq segan. Tangan kirinya naik menggosok belakang leher.

Aku senyum lebar. Sekarang nampak macam diorang berdua pulak watak utama yang nak bertunang.

" ingatkan watak ketiga yang nak stopkan pertunangan ni." sampuk Nuzhan disambut dengan tawa tetamu-tetamu.

" banyak sangat tengok drama tu yang terpengaruh." balas papa selamba.

" tetamu-tetamu jemputlah makan. Layan diri. Kita pun dah nak di penghujung majlis." papa bangkit berdiri mengajak jiran-jiran yang datang keluar ke laman rumah. Mereka sediakan makanan bagi pihak lelaki di luar dan pihak perempuan di dapur.

" haa kamu Is, jom sekali. Tinggalkan ibu kamu dengan Safiyyah aje kat sini." Encik Zulhairi mengajak anak-anaknya keluar ke laman rumah.




Hati aku berdegup kencang bila ibu Zulfan datang duduk di sebelahnya bila semua tetamu keluar ke laman rumah.

" cantiknya bakal menantu ibu ni." Puji puan Rafidah ikhlas.

Aku tersipu malu dengar pujiannya. Mama di sebelah kiriku senyum mengusik.

" sama padan la dengan Iskandar." balas mama pada bakal besannya.

" itulah. Anak sulung saya tu pun bukannya pernah bercerita pasal hati. Tup tup haritu bagitahu nak bawak balik bakal menantu. Mau tak terkejut kita dibuatnya." Puan Rafidah teringat waktu mula-mula anak sulungnya bercerita tentang perempuan yang dia dah jatuh cinta dengannya.

" sama lah kita, kak. Tup tup, lah dah ada orang rupanya." Mama menyokong ibu Zulfan.

 Aku tak pernah bercerita pasal lelaki dengan mama sebelum aku jumpa Zulfan. Kadang mama selalu menganggap aku tak ada niat nak berkahwin sebab tak pernah bercerita tentang cinta dengan dia.

" eloklah kalau kita sarung cincin sekarang. Nak makan pulak lepas ni." seorang makcik yang aku rasakan dia jiran kami, menegur. Mungkin dah tak sabar nak makan agaknya.

" ye tak ye lah, kak. Kita lambatkan waktu makan dorang aje." mama ketawa perlahan.




" congrats, Pya. dah tak single kawan aku sorang ni." Najwa datang memeluk aku selepas sesi menyarung cincin selesai. Mama dengan ibu Zulfan pun dah beredar bersama tetamu-tetamu perempuan yang lain.

" lambatnya kau sampai. Jem ke?" soalku bila pelukan dilerai. Haziq mungkin dah melepak dengan Zulfan kat luar.

" haah, jem jugak lah lepastu si Haziq tu kejap kejap berhenti RnR, mau tak angin aku dengan dia." Najwa mula bukak cerita apa yang menjadi penyebab mereka lambat sampai.

" hahahahaha. takpe lah, asalkan kau dah selamat sampai rumah aku. Jom, makan?" Aku menepuk belakang badan Najwa perlahan-lahan, memujuk dia.

" jom lah, aku pun tak makan apa datang sini." Najwa setuju. Kami terus masuk ke ruang dapur dengan niat nak mengisi perut tapi lain pulak yang jadinya bila makcik-makcik mula membuka mulut.

" berapa lama dah kamu kenal dengan tunang kamu tu, Safiyyah?" soalan pertama yang aku dapat tangkap dari mulut salah seorang makcik-makcik di situ.

" dia dah kerja ke? ke tengah study macam kamu lagi?" soalan kedua.

" hensem betul tunang kamu tu. Ada lagi tak kawan-kawan dia yang single? makcik nak jodohkan dengan anak makcik jugak lah." soalan ketiga.

Aku menghela nafas pasrah. Wajah mama dicari meminta tolong.

" makcik-makcik, kami nak makan dulu. Jap lagi Safiyyah jawab eh?" Najwa menjawab bagi pihak aku.

" haa ye lah. Makan cepat sikit, kami semua tak sabar nak korek banyak-banyak ni." nasib mau dengar cakap makcik-makcik ni. Kalau tak jenuh dia nak menjawab semua orang.





Salam Nuzul Al-Quran, semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Jangan lupa kita dah masuk 15 malam terakhir. Marilah sama-sama mengejar lailatul qadar dengan bersungguh-sungguh, mana tahu ini adalah Ramadhan terakhir kita. kan?



Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now