TAMD 17

1.5K 91 2
                                    

" ops, mak kau." aku melatah bila suara Zulfan tiba-tiba berada dekat dengan telinga. Kepala dipusing ke kiri melihat Zulfan yang selamba berjalan di sebelahnya.

" bila masa saya bebel?" aku menutup rasa malu. Agak-agak dia dengar ke apa yang aku bebel tadi.

Zulfan sembunyi senyum. Lepas selesai jumpa Athirah, dia terus mengejar langkah Safiyyah yang tak berapa jauh darinya. Apa yang dibebelkan gadis di tepinya ni pun dia dengar dari awal.

" jeles ke?" sekali lagi dia sengaja berbisik ke telinga Safiyyah.

" bila masa?" laju aku menafi. Gila nak mengaku depan dia.

" ye ke?" Zulfan memicingkan matanya memandangku curiga.

" malas nak layan awak, pergi la berkepit dengan Athirah tu 24 jam. Dia kan timbalan awak." tanpa sedar aku meluahkan ketidakpuasan hatiku padanya.

" I see." Zulfan menghambur tawa bila aku tanpa sedar dah mengiyakan soalannya tadi.

Tiba-tiba dia berdiri di depan menghalang jalanku. Matanya tepat memandangku lama sebelum mulutnya bertutur lembut.

" awak dah tahu ke apa yang awak nak, sayang?" dia memandang tepat ke dalam mataku dengan pandangan yang lembut. Badannya yang sengaja dipendekkan demi menyamai ketinggianku menambah debar di hatiku.

" ehem." suara Haziq di belakang menyedarkan aku yang hampir hanyut ke dalam pandangan matanya tadi. Kepala digeleng beberapa kali sebelum badan berpusing melihat empunya suara.

" kacau lah kau ni, Ziq. Tadi masa si Athirah tu bersembang dengan aku, kau tak nak kacau." Zulfan baling kulit kacang rebus yang dia makan ke arah Haziq. Geram dia dengan mamat ni.

Bibirku spontan ternaik sikit. Ingatkan suka bercakap dengan timbalannya tu.

" aku tak kacau sebab kau tak suka dia, ni aku kacau sebab kau suka Safiyyah ni. Kang ada yang ketiga naya je." Haziq datang merapat ke arah Zulfan. Sempat dia tayang senyum comelnya padaku. Tak aku nafikan, Haziq memiliki baby face, ditambah lagi dengan senyum comelnya memang perfect diri dia.

" dah, kau jom ikut aku." Haziq mengheret Zulfan pergi bersamanya. Padaku dia lambaikan tangannya.

Aku pusing ke belakang mencari kelibat Najwa yang dia tinggal tadi. Bibir senyum lagi bila matanya menangkap raut wajah cemberut Najwa. Kejap lagi ada la tu dia nak sindir.

" jumpa buah hati sampai tak ingat member sendiri. Berat ni." Najwa memerli bila dia mendekati gadis itu.

" kau tu yang lambat. Aku jalan tadi, dia yang halang jalan aku bukannya aku jumpa dia." aku tak menipunya. Memang  tadi Zulfan halang jalannya.

" sama je lah tu. tadi, si Athirah tu tengok je korang dua. Kesian dia jadi cacing kepanasan tengok kau dengan Is." bisik Najwa perlahan takut orang dengar. Orang tua-tua cakap, cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik.

" biar lah dia. Ingat dia sorang je kot boleh cakap dengan ketua kesayangan dia tu." aku malas nak ambik peduli dengan Athirah.

" aii, marah nampak?" Najwa sengih. Akhirnya, Safiyyah tertangkap dengan perasaan jeles sekali lagi dengan dia.

" dah la kau. jom lah naik cepat." gesaku bila dia mula buka bunga-bunga nak mengusik diriku.





Kami sampai di utara ketika matahari hampir tenggelam kira-kira hampir pukul 7 malam. Angkara permintaan budak lelaki, kami semua akan bermalam di campsite di Pulau Songsong, Yan Kedah.

" Okay semua, lepas je turun kita akan pasang khemah masing-masing. Satu khemah mesti ada 4 orang." Zulfan memberi arahan di dalam bas.

" Baik." Serentak semua menurut. Muka masing-masing dah penat nak bercakap.

" Wa, kau reti pasang khemah tak?" Nasib kami baik bila semua dah cukup 4 orang satu khemah. Jadi khemah kami hanya kami berdua saja.

" Tak. Kau?" jawab Najwa laju. Seumur hidup dia mana pernah berkhemah. Kalau bercuti pun semua tempah chalet ataupun homestay.

" Tak jugak. Macam mana ni?" Aku garu kepala. Semua tengah sibuk dengan khemah masing-masing cuma aku dengan Najwa saja yang masih tak pegang sebatang besi pun.

" Kau panggil haziq la, Wa." cadangku laju. Haziq macam boleh diharapkan je.

" Haziq? Tu kau tengok hujung sana tu." Najwa mengarah tangannya ke suatu sudut.

Aku tersenyum kelat bila tengok Haziq sibuk tenung matahari terbenam di pangkin yang tersedia di tepi pantai. Tak boleh harap Haziq ni.

Tak sengaja mataku bertembung dengan Zulfan yang sibuk pasang khemahnya. Bibirnya berkata sesuatu tapi aku tak dapat nak menangkap gerak mulutnya.

" kita try pasang sendiri lah." Aku mencapai beg plastik yang terisi besi khemah.

" pandai pasang tak tu?" tangan aku yang sibuk bawak keluar besi khemah terhenti bila ada suara yang menegur. Tak perlu dia pusing, dia dah mampu teka empunya suara.

" tak, Is. Tolong kami, please." laju Najwa meminta tolong. Aku tahu dia sengaja pun ada.

Zulfan pandang aku lama. Dia hulur tapak tangannya meminta besi di tanganku.

" korang dua tolong sekali." kata Zulfan senada.

" Wa, kau buat apa ni? Nanti kalau student lain tengok dorang fikir apa pulak." aku marah Najwa perlahan.

" Buat apa?mintak tolong dengan Is aje pun. Tu pun dorang nak marah ke? Kenapa tak mintak tolong sekali dengan Is kalau dorang nak." selamba Najwa menjawab. Kadang dia geram dengan Safiyyah. Selalu sangat fikir apa orang cakap.

Aku mengeluh perlahan. Malas nak membalas, aku mengajaknya menolong Zulfan.

" Najwa kau pegang la elok-elok besi ni." marah Zulfan perlahan bila Najwa pegang nak tak nak saja besi khemah. Dia menekan-nekan besi yang menahan khemah dari bergerak ke dalam tanah dalam-dalam.

" Alah kau ni, Is. Datang period ke apa marah-marah ni." naik pening dia dengan mood dua orang di depannya ni. Sekejap baik, sekejap moody. Dah macam orang period dah.

" Mana ada marah. Kau tu yang main-main. Kau tengok Safiyyah, ada ke aku marah dia?" Zulfan beralih arah ke besi yang dipegang Najwa.

" eleh tak marah la dah tu awek kau. Aku ni siapa bagi kau?" cebik Najwa.

" Kau kawan aku." laju Zulfan membalas. Siapapun yang menjadi kawan pada perempuan yang dia sayang, dia akan pastikan orang tu turut menjadi kawannya.

" Dah, tepi." dia menghalau Najwa ke tepi. Dia nak tanam dalam tanah besi yang dipegang Najwa.

" aku rasa aku tahu kenapa kau jatuh cinta dengan Is, Pya." Bisik Najwa bila dia merapat ke arahku.

" sebab dia memang pandai amik hati semua orang. Aku pun boleh cair kalau dia macam ni hari-hari." dia agak terharu bila Zulfan mengaku dia sebagai kawan.

" tapi kan, Pya. Aku takut perangai dia yang baik ni jadi masalah satu hari nanti." Najwa dah mula teori tak masuk akalnya.

" jangan nak mengarut, Wa. Baik kau diam sekarang sebelum aku sumbat tanah dalam mulut kau." Aku enggan dengar lagi celotehnya.

Aku bergeser ke tepi bila Zulfan nak tanam besi yang dia pegang pulak.

Tanpa kami sedar, banyak mata yang memerhati Zulfan yang tolong pasangkan khemah kami. Ada yang berbisik, ada yang tersenyum suka dan ada yang tak puas hati.

" dah siap. Dah boleh letak beg korang." Zulfan puas hati melihat kerjanya yang kemas walaupun sorang diri saja.

" Err, Is." tiba-tiba ada suara yang mencelah perbualan kami dari belakang Zulfan. Aku menahan rasa bila yang datang tu Athirah. Perempuan ni memang tak boleh tengok Zulfan dekat dengan dia ke apa.





Tak sangka semua boleh jumpa cerita ni😂😭baru ingat nak publish biar complete dulu baru bagitahu😭😭😌







Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now