TAMD 4

1.8K 86 1
                                    

" aku tak mahir dalam berkata-kata, tapi aku tahu cara mendoakannya."

- Nur 



" Ziq, bangun tahajud." Badan Haziq digoncang kuat supaya sedar.

" awal lagi la, Is. Subuh nanti kau kejut aku." Haziq menolak tangan yang menganggu tidurnya. Dah la semalam dia tidur lewat siapkan assignment.

" kejap je bangun. Kau solat 2 rakaat nanti kau tidur balik. Rugi sia-siakan waktu macam ni." nasihat Zulfan lembut.

" hmm. kau pergi la dulu. Nanti aku follow belakang." balas Haziq untuk selamatkan diri dari dikacau tidurnya.

" takde. Nanti kau tu subuh pun belum tentu bangun. Cepat, Haziq Amrullah." Zulfan menyeru nama panjang teman baiknya. Tangan masih lagi menggoncang badan laki tu.

" bising lah kau, Is." kata Haziq sebelum bangkit dari tidur. Rambut yang dah serabai digosok lagi memburukkan rambutnya.

" cepat, bangun." tegas Zulfan mengajak. Dia mencapai tuala yang disangkut bersama baldi barangan mandinya.

" aku mandi nanti kau tidur lagi, aku simbah air." ugut Zulfan sebelum keluar dari bilik. Kalau nak tunggu si Haziq ni bangun dari katil dia, mahunya dia terlepas tahajud.

" ye lah, pak ustaz." Haziq membalas lambat-lambat sebelum turut bangun ingin keluar. Tak macam Zulfan, dia tak suka mandi sebelum subuh. Dah sah-sah la sejuk dia sampai ke tulang.



" assalamualaikum wa rahmatullah." Zulfan mengusap wajahnya dengan tangan kanan setelah selesai memberi salam kedua.

Kepalanya digeleng memandang Haziq yang kembali tidur lepas habis solat tahajud 2 rakaat. Betul-betul buat dua rakaat budak ni, tu pun laju dia kalah imam kat Indonesia. desis hatinya lucu dengan perangai Haziq.

" Allahu akbar." Zulfan bangun mengangkat takbir lain.

" ya Allah, aku memohon keampunanmu di mana manusia lain masih lagi berselimut tidur dengan lena. ya Allah, aku meminta kepadamu di saat manusia lain masih lagi bermimpi. ya Allah, aku yakin dengan janjimu di waktu ini. Aku mohon agar Engkau ampunkan segala dosa-dosaku, dosa kedua orang tuaku dan ummat Islam yang telah hidup mahupun mati." Zulfan mengangkat tangan berdoa lepas habis solat-solatnya.

" ya Allah, jika hati ini jatuh cinta, jadikanlah dia yang aku cintai itu adalah takdirku. jadikanlah dia yang aku cintai itu, dia yang ingin menuju syurgaMu bersamaku. jadikanlah dia yang aku cintai itu, dia yang ingin bersama-samaku memperbaiki agama kami dan iman kami. jadikanlah dia yang aku cintai itu, dia yang ingin bersama-samaku di dunia dan akhirat. ya Allah, janganlah biarkan hatiku terpaut pada sesuatu yang bukan ditakdirkan untukku. ya Allah, janganlah Kau biarkan cintaku terhadap manusia melebihi cintaku kepadaMu dan RasulMu. ya Allah, jadikanlah dia yang aku cintai itu, dia yang turut ada di dalam doaku." 

Zulfan mengaminkan doa panjangnya.Sejadah di lantai ditenung lama memikirkan doanya tadi. Buat pertama kali, dia meminta doa tentang jodoh.

" ya Allah, hilangkanlah perasaan ini." Zulfan berbisik dalam hati sebelum meraup wajah menghilangkan bayangan Safiyyah yang menganggunya kebelakangan ni.













" class kita akan collab dengan fakulti pendidikan untuk projek luar kampus semester ni. Did I tell this to you guys?" 

Soalan dari Ustazah Fazilah, pensyarah yang mengajar mereka subjek tafsir menarik minatku.

" belum, ustazah." jawab mereka serentak termasuk dirinya.

" okay kalau belum, saya briefing sikit dengan kamu semua. Untuk subjek ni, pihak uni dah buat silibus baru. Jadi saya dengan Ustaz Yasir dari fakulti pendidikan dah setuju nak collab untuk projek luar kampus kali ni. Starting next week, we will combine class together until final exam. faham semua?" panjang lebar Ustazah Fazilah beri penerangan.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now