TAMD 5

1.7K 70 1
                                    

" adakah ini namanya jatuh cinta?"

- Nur

Zulfan patut berterima kasih dengan Haziq sebab belanja dia makan di cafe tengahari tadi. Tak dia sangka akan jumpa Safiyyah di sana. Dia jarang makan di cafe uni sebab makan di luar tak terlalu mahal macam di cafe.

" kau tengah bercinta ke, Is?" soalan Haziq menyedarkan dia dari lamunan tengahari tadi.

" hah? bercinta? bila masa pulak aku bercinta. takde lah. Asal tanya aku bercinta pulak ni?" balas Zulfan. Tak jadi dia nak tidur kalau si Haziq ni asyik ajak dia menyembang tak berhenti-henti.

" aku tengok kau dari tadi tersengih-sengih. Kejap senyum kejap geleng. Kau dah mabuk cinta ke apa ni?" selar si Haziq. Bukan dia tak nampak perilaku kawannya tu.

" kau memandai je cakap aku mabuk cinta. Kau tu dah la ponteng kelas Ustaz Yasir tadi tu yang tak tahu apa-apa tu." dalih Zulfan. Kebetulan berita yang dibawa Ustaz Yasir pagi tadi memang berita yang menggembirakan para-para student yang pemalas macam si Haziq ni.

" kenapa dengan kelas ustaz?" Haziq kerut dahi. Kenapa tiba-tiba Zulfan mention kelas Ustaz Yasir pulak.

" next week kelas kita combine dengan fakulti lain untuk PLK ." bagitahu Zulfan. Dia dah agak memang kalau bercakap dengan Haziq dia dah tak ada peluang nak tidur lagi dah.

" PLK? apa tu?" Haziq bingkas bangun melompat ke katil Zulfan. Susah betul bersembang jauh-jauh ni.

" projek luar kampus. which is kita kena buat projek kat luar kampus yang berkait dengan subjek tafsir ni like pergi interview penceramah-penceramah tafsir ke tapi sekali dengan fakulti lain." terang Zulfan panjang lebar.

" and, kau dah tak boleh ponteng kelas dah lepas ni sebab yang akan take over kelas kita sepenuhnya lecturer fakulti sana." sambung Zulfan.  

" serius lah?" bulat mata Haziq mendengar.

" iye, dengar citer lect tu perempuan and strict. kau jangan nak try ponteng kelas dia kalau tak nak sakit." Zulfan sengaja menakutkan padahal dia pun belum tahu lecturer tu macam mana.

" alah leceh la." rungut Haziq. 

" dah kau pergi naik katil kau sendiri. Aku nak tidur la mangkuk, jangan kacau aku." halau Zulfan. Tubuh Haziq ditolak-tolak turun dari katilnya.

" yang tu pun buat kau sengih macam orang gila? apa kelas yang kita nak combine tu kelas awek kau ke?" Haziq curiga dengan dia.

" Is, nak ikut kau pergi gim lepas asar ni." beritahu Haziq bila aku tak menjawab soalan terakhirnya.

" hmm..suka hati kau lah." sahut Zulfan perlahan. Matanya perlahan-lahan tertutup dek rasa mengantuk menguasai dirinya.









" Wa, kau balik ke minggu ni?" aku menyoal Najwa sementara menunggu lecturer masuk kelas. Selalunya Najwa akan balik tiap-tiap hujung minggu sebab rumahnya tak jauh dari kawasan uni kami.

" haah, macam biasa lah. Kenapa? kau nak ikut balik ke? boleh je." Najwa menutup telefonnya, fokus memandang ke arahnya.

" tak lah. aku saja je tanya, mana tahu kau tak balik ke kan." balasku bersahaja.

" kau tak nak ikut aku balik ke? jalan-jalan kat kawasan rumah aku." ajak Najwa. Banyak kali dah dia mengajak aku balik ke rumah keluarganya tapi aku masih belum tergerak hati nak ikut. Lagipun, aku nak menghabiskan cuti hujung mingguku dengan melayan kdrama.

" tak kot, Wa. Lain kali eh? aku segan lah dengan keluarga kau." aku menolak lembut takut dia terasa dengan penolakan aku setiap kali dia mengajak.

" alah kau nak segan apa? parents aku siap ajak lagi tau. dorang nak kenal-kenal lagi dengan kau. jom lah." tak putus-putus harapan Najwa mengajak aku ke rumahnya.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now