TAMD 15

1.4K 56 0
                                    

" Iskandar, awak jadi ketua yang akan uruskan program kita sem ni." putus ustazah Fazilah bila undian terbanyak siapa yang akan jadi ketua program kami nanti jatuh kepada Zulfan. 

Aku hanya menayangkan riak biasa bila Najwa menyenggol sikuku mengusik.

" saya serahkan kat awak untuk pilih unit-unit yang akan tolong awak nanti." sambung ustazah Fazilah.

" baik, ustazah." akur Zulfan tak membantah.

" saya serahkan masa yang berbaki pada Iskandar and meet me after end discussion, Iskandar." ustazah Fazilah mengemas barang-barangnya.

Zulfan berjalan ke depan kelas bila ustazah keluar. Dia memandangku sekilas sebelum berdehem.

" kita akan create beberapa unit untuk handle program nanti. so, kita start dengan timbalan saya. Any suggestion?" Zulfan memandang satu persatu wajah yang ada.

" saya cadangkan Athirah." seorang pelajar perempuan yang sefakulti dengan Zulfan memberi cadangan.

Zulfan pantas menulis nama yang disebut di whiteboard.

" lagi?" Zulfan mengangkat muka memandangku. Dari raut wajahnya aku dapat meneka yang dia nak aku calonkan diri sebagai timbalannya.

Aku buat tak peduli dengan permintaannya.

" Najwa." haziq bangun mencadangkan nama Najwa. Terus bulat mata mendengar namanya dicalonkan.

" tak nak, Is." bangkangnya laju.

" takpe, kita tengok undian japgi." Zulfan tetap menulis nama Najwa di whiteboard.

Najwa memberi pandangan membunuh pada Haziq. Kau tunggu la mangkuk ayun, aku balas dendam japgi.

" Farah." 

" Aisyah."

" Kamal."

" Suhaila."

Satu persatu nama disebut dan aku bersyukur nama aku tak tergolong. Pada Najwa memang dari dulu aku melarangnya menyebut namaku sebagai ahli jawatan kuasa di mana-mana program.

Akhirnya, pelajar nama Athirah tadi yang mendapat undian terbanyak. 

" Athirah boleh datang ke depan." panggil Zulfan dengan nada biasa. 

Aku memandang perempuan yang bernama Athirah tersebut. Aku sebagai orang perempuan, dari mukanya saja aku dapat rasakan yang dia ada hati dengan Zulfan. Dia jugak yang minta untuk satu group dengan Zulfan dan dia pun ada tanya apa-apa yang tak faham dengan Zulfan.

Kalau dalam kelas yang ni pun dia macam tu, apatah lagi kelas yang aku tak ada. Cepat-cepat aku menggeleng membuang perasaan cemburu yang datang tiba-tiba.

Itu semua kerja, Safiyyah. bisiknya pada hati sendiri.

" untuk semua yang dilantik saya harap kerjasama dari awak semua untuk lancarkan program kita." usai buat pemilihan, Zulfan memberi sepatah dua kata.

Aku meletak kepala di meja. Najwa dah ke depan sebab terpilih jadi AJK. Haziq pulak tu yang jadi ketua dia.

Mata perlahan-lahan tertutup dek rasa mengantuk menguasainya juga kerana rasa sebal yang makin menggunung dari tadi. Dia pun tak tahu kenapa dia perlu rasa macam tu bila rata-rata yang jadi AJK tu adalah pelajar-pelajar yang banyak kali cuba menarik perhatian Zulfan dalam kelas.

Mata Zulfan jatuh melihat Safiyyah yang dah ke alam lain. Kepala digeleng, bibir tersenyum lucu. Makin lama makin dia jatuh cinta dengan wanita itu.



" pya."  aku membuka mata bila terasa ada tangan yang menganggu tidurku. Kepala diangkat memandang ke depan kelas.

Kosong. Hanya ada dia dan Najwa saja yang tinggal.

Tuhan, Aku Mahu Dia.Where stories live. Discover now