TAMD 36

794 38 0
                                    

" saya sidang ke 3, petang. Make sure awak datang ya, sayang."


Mesej dari Zulfan aku tenung lama. Hari ni adalah hari penting buat tunangnya itu, hari di mana lelaki itu bakal mengenggam segulung ijazah bersama jubah konvo. Aku benar benar tak sabar nak tengok dia dalam pakaian konvo nanti. 


" iya, mesti lah saya datang. Pagi ni saya ada hal yang nak settlekan dengan HEP. See you later." 


Cepat cepat aku menaip balasan kepada Zulfan, tak mahu lelaki itu tertunggu-tunggu. Telefon ditutup tak mahu lagi bermain. Dia dan Najwa akan lewat sampai ke bangunan canselori nanti.

" Wa, kau siap ke belum ni?" aku menyoalnya bila dah hampir 30 minit gadis tu bersiap tapi belum nampak batang hidung lagi. Lama betul bermake up budak ni.

" ye, ye siap dah. Jom." Najwa berlari anak ke pintu bilik. Kalut kalut dia menyarung kasut bertutup ke kaki bila jarum jam dah hampir pukul 9.

" nanti petang teman aku pergi dewan utama, Wa." aku mengajak dia pergi bersama.

" aku baru nak mengajak kau. Haziq dengan Is sidang yang sama." balas Najwa. Sedar tak sedar dia dengan Safiyyah berjaya tamatkan pendidikan mereka hari ni tanpa perlu mengulang semester atau menambah semester baru.

" Habis urusan dekat HEP aku ingat nak jumpa lecturer kita sem ni. Nak mintak maaf dengan doakan perjalanan hidup kita lepas ni."kataku agak sedih. 4 tahun di sini bukan lah satu masa yang singkat tambahan lagi banyak kenangan yang bersemadi di sini.

" aku pun. Kau rasa sedih tak, Pya?" soal Najwa ketika kami berjalan beriringan. Walaupun dah 4 tahun belajar di sini, selama itu lah kami ke mana mana hanya dengan berjalan kaki saja. Kalau nak keluar dari kampus biasanya kami akan gunakan perkhidmatan grab student di sini.

" tak. kita kan kawan u je." aku memerli dia dengan teka teki dia tempoh hari.

" HAHAHAHAHAHA kau ni. Aku gurau je tu. Apa plan kau lepas ni?" Najwa mengubah topik.

Aku diam sesaat. Dalam beberapa minggu yang lepas dia dah bincang dengan Zulfan tentang keinginannya ingin menyambung Master di luar negara. Pada mulanya dia tak nak lagi sambung ke luar negara tapi Zulfan terus memberi semangat dan menggalakkannya sambung ke tempat yang aku impikan dari dulu.


FLASHBACK

" kenapa nak cancel pulak sambung dekat luar? Itu kan impian awak sayang. Tak sayang ke?" soal Zulfan lembut ketika mereka keluar makan bersama.

Aku menguis nasi dalam pinggan dengan jari. Terasa serba salah nak teruskan niat sambung belajar di luar negara dengan meninggalkan dia di sini.

" kalau awak risau saya berubah hati, I'm promise to you saya takkan pernah niat cari pengganti awak kat sini. Saya boleh tunggu awak selama-lamanya. Pergi lah, it's your dream. Tiga tahun lagi I'm 27 and awak 26. It's still young, awak takkan jadi anak dara tua sebab sekarang pun kita dah tunang kan. Saya tak nak awak menyesal nanti lepas kita kahwin sebab saya punca awak lupakan impian awak tu." pujuk Zulfan lagi. Kali ni dia betul betul bersungguh-sungguh memujuk aku menyambung pelajaran.

" Saya takut kalau keputusan sambung ke luar negara ni boleh jadi satu kesilapan saya satu hari nanti, Zulfan." aku meluahkan kegusaran aku. Hati masih berbelah bagi nak teruskan impian aku yang satu itu.

" No need to worry, sayang. Trust to Allah. Awak pergi nak belajar bukannya nak buat maksiat. Dah, saya selalu akan support awak. Go on with your dream. Saya tak nak jadi penghalang impian awak." 

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: May 08 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

Tuhan, Aku Mahu Dia.Onde histórias criam vida. Descubra agora